Isnin, 20 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Handle with care

Posted: 19 Jun 2011 05:01 PM PDT

JUNE 20 — The debt crisis in Greece is likely to cause Greece to default on its sovereign debt obligations. While Greece may seem to be a long way away from Malaysia, the repercussions from this event will have global implications that would on the whole be negative for the world.

Lest we forget in 1997, the Asian Financial crisis started with Thailand and caused widespread havoc in South-east Asia.

As I remember it, only Hong Kong and Singapore were able to successfully defend their currencies. Malaysia had to resort to currency controls in 1998 to isolate itself from the onslaught of the currency markets.

Nevertheless, Malaysia was able to prevail as opposed to many of its other neighbours, which suffered major economic, social and political upheavals. To a large extent we have to thank Tun Dr Mahathir Mohamad for his unconventional actions at the time which gave the country some breathing room and gave the economy a chance to recover.

Lest we forget, in 1998, other than the ringgit taking a nose dive and dwindling foreign exchange reserves, we also had massive social and political disruptions caused by the "Reformasi" movement.

There were many thousands of people in the streets protesting against Datuk Seri Anwar Ibrahim's arrest for sodomy. It certainly was not a given that the Malaysian economy could be salvaged.

We had to form Danaharta and Danamodal to rescue our beleaguered banking system that was overwhelmed with bad loans. It was not until after the 1999 general election that we achieved some semblance of order and normalcy.

In light of the above, I am always mindful of events that may cause major disruptions at inopportune moments in Malaysia. As a liberal, I support the need for greater space of alternative views even if I may not agree with the views put forward. For example, I am more inclined to support Bersih than Perkasa though I believe both have a right to articulate their views.

Bersih's call for electoral reform resonates more when its president is stopped from entering Sarawak during its recent elections. Certainly the legitimacy of Bersih's calls for reforms is strengthened by the actions of those who would want to stifle it. Nevertheless the naysayers would be better off debating the details of what it wants changed rather than questioning its right to exist.

For example, I am not sure I would support a minimum campaign period of 21 days during an election. It feels a little too long, for me, to listen to all the political nonsense that tends to show up during the campaign period. Nevertheless I think Bersih's objectives are noble and so long as they remain apolitical, they will have my implicit support.

On the other hand, I find Perkasa to be the ugly face in Malaysia's politics. Its rhetoric is divisive and it plays on the worst aspects of human nature. I can safely say that I am totally against what Perkasa stands for.

Nevertheless, if I believe that they have a right to espouse their views, I need to try and understand what underlies their actions no matter how pathetic I may believe them to be.

My view is that they are driven by a strong inferiority complex and that their bravado belies their deep-rooted fears of a future as yet unknown. They seriously underestimate the ability of the Malays to stand confident with their own talents. Their rabble rousing ways too are far from the Malay ideals of carrying oneself with poise and dignity.

So what of the planned rallies on July 9? The best outcome would be for the police to facilitate the various rallies at different venues and ensure that nothing untoward occurs. However, if the scenario is such that Bersih has a rally and the anti-Bersih groups also rally at the same time and place, it would seem that it is a recipe for trouble.

While as a liberal I feel it is unfair to discourage Bersih from exercising its democratic rights to rally, I would also not want to see it being made use of by parties that have their own political agendas.

If I were its president, I would take the high moral ground and postpone the rally to some future date. In a way Bersih has already won the day and been made more relevant by those who would oppose it.

As a Malaysian, first and foremost, I would be extremely wary of events unfolding beyond our shores that may have a significant economic impact on all of us. We need to handle the coming economic disruptions from a position of strength.

It would be better if we could tone down the political rhetoric until the next general election.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vishu: Meraikan kepelbagaian

Posted: 19 Jun 2011 04:55 PM PDT

20 JUN — Dalam pada khabarnya "meraikan kepelbagaian", kita sebenarnya melakukan stereotaip dan cuba meletakkan label yang "umum" pada penduduk pelbagai kaum, agama, budaya, etnik dan keturunan.

Setiap kali membicarakan perayaan dan hari kebesaran kaum India di Malaysia, contoh yang diberikan adalah Deepavali dan Thaipusam. Sebenarnya, kaum India terdiri daripada pelbagai keturunan yang masing-masing menyambut pelbagai perayaan yang kurang diketahui umum.

Setiap keturunan ini juga menyambut tahun baru pada tarikh yang berlainan. Penduduk keturunan Punjabi beragama Sikh menyambut Vaisakhi, keturunan Tamil menyambut Chitirai manakala keturunan Telegu menyambut Ugadi.

Bagi masyarakat keturunan Malayali atau Malayalam, sambutan tahun baru dikenali sebagai Vishu. Tahun baru dalam kalendar Malayali bermula pada hari pertama bulan Medan yang biasanya jatuh pada bulan Mac atau April.

Tahun baru Vishu bukanlah suatu perayaan besar-besaran. Sebaliknya merupakan perayaan unik yang diraikan bersama-sama keluarga dan sahabat-handai. Ketibaan Vishu terus diraikan secara penuh tradisi oleh penduduk Malayali di seluruh dunia walaupun kehidupan mereka dikelilingi arus pemodenan.

Bagi masyarakat Malayali di Malaysia, mereka hanyalah kelompok minoriti berbanding penduduk keturunan Tamil, Punjabi dan Telegu. Namun, sambutan Vishu tetap menjadi amalan dan tradisi turun-temurun. Hal ini pernah saya nyatakan dalam sebuah rencana yang disiarkan di majalah Dewan Budaya pada April 2004.

Harus dinyatakan bahawa Vishu bukan sambutan berkaitan agama Hindu. Maka sebab itulah di Kerala, Vishu turut disambut seluruh penduduk Malayali tanpa mengira agama. 

Sebagaimana majoriti penduduk kaum India, masyarakat Malayali juga mementingkan amalan melihat objek suci sebagai objek pertama pada subuh hari perayaan. Amalan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa sekiranya seorang individu melihat objek suci pada pagi hari perayaan, maka hidupnya akan bahagia dan mendapat rezeki yang melimpah-limpah.

Sehari sebelum hari Vishu, kaum wanita akan menyediakan Vishukani yang akan dijadikan objek suci untuk dipandang menjelang subuh keesokannya.

Vishukani dibuat menggunakan sebuah bekas tembaga bulat yang menyerupai sebiji periuk besar. Pada dasar periuk tembaga itu diletakkan beras, lalu ditutup dengan sehelai kain bersih.

Di atas kain itu pula akan diletakkan beberapa barangan mengikut kemampuan keluarga terbabit. Barangan yang biasanya diletakkan adalah seulas nangka, sebiji mangga, sehelai kain bersulam emas, sayur-sayuran, bunga warna kuning, duit syiling, bekas kecil berisi air serta senaskhah kitab suci.

Barangan lain yang turut disusun kemas di dalam periuk tembaga itu adalah perkakas yang digunakan untuk upacara sembahyang (asthamangalam), sirih, pinang dan cermin kecil.

Selain daripada itu, sebiji kelapa dipecah dua lalu dijadikan sepasang lampu. Minyak diisi dan dipasang sumbu padanya. Dua lampu minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa ini turut diletakkan di dalam bekas tembaga berkenaan. Maka, siaplah Vishukani.

Pada hari sambutan tahun baru Vishu, golongan wanita akan bangun lebih awal. Biasanya, wanita paling tua dalam keluarga akan memasang dua lampu yang diperbuat daripada buah kelapa yang dipecah dua. Maka bahagian dalam bekas tembaga itu akan bersinar dan memancarkan cahaya kekuningan.

Para ahli keluarga akan dibangunkan serta diingatkan supaya tidak membuka mata. Golongan wanita (nenek atau ibu) akan memimpin anak-anak dengan mata terpejam menuju ke sisi Vishukani. Apabila anak-anak itu membuka mata, mereka akan melihat Vishukani yang diterangi cahaya kuning keemasan sebagai objek pertama pada tahun baru Vishu.

Cahaya warna kuning pada Vishukani disamakan dengan warna emas; iaitu lambang kekayaan dan kemakmuran.

Amalan melihat Vishukani ini bukan hanya untuk ahli keluarga. Pengasuh atau orang gaji yang tinggal bersama-sama keluarga itu tidak dikecualikan. Sekiranya keluarga berkenaan mempunyai haiwan ternakan dan peliharaan, maka haiwan berkenaan juga diberi peluang melihat Vishukani!

Selepas setiap anggota keluarga selesai melihat Vishukani, bermulalah Vishukaineetom iaitu upacara memberi hadiah tahun baru. Biasanya warga tua dalam keluarga berkenaan akan mengeluarkan duit syiling, beras dan bunga kuning dari dalam bekas tembaga dan memberikannya kepada setiap ahli keluarga. Pakaian baru yang disebut kodi vastram juga akan diberikan. 

Anggota keluarga turut mendapatkan restu daripada orang tua. Amalan Vishukainetom dipercayai akan membawa kebahagiaan dan kemewahan kepada generasi muda yang menerima hadiah dan restu daripada generasi tua.

Tentu sahaja segala gambaran di atas adalah sambutan Vishu secara tradisional. Pada masa kini, sambutannya sudah jauh berubah mengikut peredaran zaman. Tambahan pula di negara yang "meraikan kepelbagaian" tetapi melonggokkan penduduk kepada tiga kaum utama semata-mata.

Berbalik kepada penerangan tadi, selepas mandi, ahli keluarga akan memakai pakaian tradisional kodi vastram yang diterima sebagai Vishukaineetom. Selepas itu, mereka akan sembahyang bersama-sama dan meminta restu agar tahun baru membawa kemakmuran.

Sesudah sembahyang, seisi keluarga akan menikmati sadya iaitu jamuan makan tahun baru. Masakan nabati (vegetarian) ini hanyalah beberapa juadah yang sederhana tetapi sangat istimewa bagi masyarakat Malayali pada pagi tahun baru Vishu.

Sadya disedia menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang senang didapati pada musim berkenaan. Masakan berasaskan nangka, mangga, labu manis (pumpkin) dan kelapa menjadi pilihan utama.

Kunjung-mengunjung turut menjadi amalan pada Vishu. Jiran-tetangga yang tidak merayakan Vishu biasanya akan dijemput untuk turut menikmati juadah yang disediakan. Kanak-kanak pula akan diberi Vishukaineetom.

Vishu juga dianggap tarikh yang amat baik untuk memulakan sesuatu usaha. Misalnya, memulakan perniagaan atau pertanian. Amalan ini masih menjadi ikutan bagi penduduk Malayali di Kerala, khususnya dalam kalangan petani.

Di Malaysia, walaupun penduduk keturunan Malayali merupakan kelompok minoriti, mereka tetap berpegang teguh pada amalan dan tradisi nenek-moyong. 

Saya perhatikan bahawa generasi muda keturunan Malayali juga sudah mula menyedari betapa penting usaha menjaga dan memelihara budaya dan amalan tradisi seperti ini. Mereka semakin berminat dan berbangga memiliki amalan yang amat istimewa seperti Vishu.

Apatah lagi, Vishu bukan perayaan berciri keagamaan. Maka lebih mudah untuk ditonjolkan dan diperkenalkan kepada masyarakat pelbagai kaum, keturunan dan agama di negara ini dalam usaha murni mewujudkan Bangsa Malaysia yang saling memahami.

Vishu selalunya diraikan pada bulan April. Mungkin sambutan Tahun Baru Malayali itu akan lebih meriah pada tahun 2012 berikutan kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan penduduk pelbagai kaum yang benar-benar meraikan kepelbagaian.

Kehadiran Pilihan Raya Umum Ke-13 juga mungkin tiba-tiba memberi idea kepada pihak tertentu untuk menganjurkan acara besar-besaran bertema "1 Malaysia" dan "meraikan kepelbagaian".

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved