The Malaysian Insider :: Bahasa |
Zainal: Umno Pulau Pinang tak sertai demo di Komtar Posted: 02 Jul 2011 01:35 AM PDT GEORGE TOWN, 2 Julai – Umno Pulau Pinang menafikan penglibatannya dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam. Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan. "Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat. "Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang," katanya dipetik laporan Bernama Online hari ini. Semalam 1,500 orang termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng. Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar. Bagaimanapun Zainal Abidin berkata terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini. "Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terlibat dengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri," katanya. Beliau berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mahathir: Bersih bukan mahu pembaharuan pilihan raya tapi tsunami politik Posted: 02 Jul 2011 12:48 AM PDT
"Objektifnya ialah untuk mencemar nama kerajaan dan polis, dan dengan itu, parti-parti politik akan menang. "Tujuannya ialah politik... khususnya bagi PR (Pakatan Rakyat). Ia bukan sama ada pilihan raya bersih atau tidak... itu (soal) kedua," kata bekas perdana menteri (gambar) pada Forum Generasi Muda di sini hari ini. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan