Ahad, 3 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Subra: Majikan boleh ambil pembantu rumah Indonesia tanpa ejen

Posted: 03 Jul 2011 12:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Majikan boleh menggaji pembantu rumah warganegara Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata perkara itu merupakan antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lepas.

"Contohnya kalau majikan itu ada pembantu rumah yang bekerja sekarang sudah tamat tempoh dan mahu pulang (ke negaranya), kemudian pembantu rumah itu mempunyai angota keluarga yang mahu menggantikan tempatnya, majikan boleh terus mengambilnya tanpa melalui saluran agensi," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran program "My Skills 2011" peringkat kebangsaan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Universiti Malaya di sini, hari ini.

Dr Subramaniam berkata kedua-dua negara sedang memperincikan perkara itu termasuk menyenaraikan prosedur yang perlu dipatuhi oleh majikan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Selain itu, mengenai kadar bayaran pengambilan pembantu rumah oleh agensi pekerja asing, beliau berkata pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi terbabit bagi menjelaskan kadar bayaran baru.

Beliau berkata daripada 100 agensi yang ditemui, lebih 30 agensi telah menyatakan persetujuan untuk mengenakan bayaran pada kadar RM4,511 seperti yang terkandung dalam MoU itu.

"Agensi-agensi yang bersetuju ini bolehlah mengambil pembantu rumah apabila pengambilan semula dibuka nanti, mereka yang tidak bersetuju kena tunggulah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib: Putrajaya guna Ordinan Darurat elak masalah serius

Posted: 03 Jul 2011 12:17 AM PDT

PEKAN, 3 Julai — Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

"Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.

Najib berkata beliau yakin polis memahami segala implikasi dalam mengambil sebarang tindakan terhadap penyokong perhimpunan itu.

"Ada sebahagian daripada rakyat yang mahukan kita (kerajaan) bertindak dengan menggunakan apa juga kuasa yang ada pada kita tetapi saya percaya pihak polis memahami segala implikasi kalau mereka nak mengambil apa-apa tindakan, yang penting sesuatu tindakan itu mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata penganjuran perhimpunan 9 Julai mengundang pelbagai eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.

"Ada beberapa elemen bila ada demonstrasi seperti ini, ada orang nak tumpang semangkuk jadi mungkin ada mereka yang berfahaman komunis, ada mereka yang merupakan kaki pengacau, mungkin ada mereka yang suka berhimpun sebab suka pada keadaan yang liar dan keadaan yang boleh menaikkan semangat mereka dan sebagainya," katanya.

Perdana Menteri berkata kumpulan itu juga cuba menggambarkan kerajaan bersifat autokrasi dan kuku besi serta tidak liberal kerana menolak perbuatan yang mereka ingin lakukan.

"Mereka akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan secara negatif kerajaan Malaysia... kalau sekiranya mereka boleh buat provokasi pada kita sehinggakan kita terpaksa menggunakan sesuatu yang mereka boleh gambarkan sebagai menggunakan kezaliman terhadap mereka.

"Kebebasan untuk berkumpul ada syarat-syarat sebab kita mesti jaga keamanan dan ketenteraman awam. Kalau kita buat terlalu bebas nanti negara kita ini akan menjurus pada keadaan yang huru-hara dan tidak menentu yang tidak menguntungkan sesiapa sama sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved