Jumaat, 22 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Isu Teoh: Tsu Koon harap tindakan tegas atas tiga pegawai SPRM

Posted: 22 Jul 2011 02:56 AM PDT

ALOR SETAR, 22 Julai – Tiga daripada lima jawatankuasa bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bagi memperbaiki kelemahan dan kecacatan SPRM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata tiga jawatankuasa terlibat adalah panel untuk mengkaji semula proses operasi SPRM, Jawatankuasa Pengaduan Komuniti serta Jawatankuasa Khas, yang terdiri daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang.

"Jawatankuasa ini akan meneliti laporan itu dari semua aspek bagi memastikan semua kelemahan yang ada pada SPRM dapat diperbetulkan agar dua kes kematian, Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Ahmad Sarbini Mohamad tidak berulang.

"Saya harap kerajaan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap tiga pegawai SPRM terbabit yang melanggar prosedur soal siasat sehingga menyebabkan kematian mendiang Teoh Beng Hock," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) negeri Kedah di Dewan Perhimpunan Cina, Tanjung Bendahara hari ini.

Dipetik Bernama Online, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata, jawatankuasa bebas berkenaan perlu bermesyuarat segera dan mengkaji laporan itu bagi membolehkan institusi kerajaan tersebut melaksanakan tugas dengan cekap, selain mendapat kepercayaan rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata tindakan DAP mempertikaikan ketelusan laporan itu sengaja dilakukan dengan tujuan mempolitikkan isu berkenaan demi kepentingan parti pembangkang berkenaan.

"Mereka sudah rancang dalam siri ceramah mereka dan sebagainya untuk mempertikaikan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja, yang kononnya SPRM masih menyimpan beberapa bukti penting untuk dimuatkan dalam laporan itu.

"Saya harap rakyat jangan percaya dengan mainan politik oleh parti DAP, dan Gerakan sedia untuk menangkis segala tohmahan yang dibuat DAP," katanya.

Koh juga berkata jika ada perkara yang disembunyikan SPRM, DAP perlu mengemukakan bukti sahih berhubung perkara itu agar siasatan dapat dijalankan semula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bersih 2.0: Suhakam mula kumpul bukti tindakan keras pihak berkuasa

Posted: 22 Jul 2011 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Suhakam meminta pihak yang mempunyai bahan bukti atau maklumat berkaitan dakwaan mengenai penggunaan kekerasan melampau pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 9 Julai lalu agar menyerahkannya kepada badan itu sebelum 2 Ogos ini.

"Orang awam yang telah menyaksikan sebarang perbuatan atau insiden mengenai dakwaan-dakwaan yang disebutkan atau mereka yang boleh memberi maklumat yang berkaitan dan atau dokumen serta bukti-bukti termasuk rakaman video atau gambar mengenai dakwaan-dakwaan ini diminta menghubungi suruhanjaya dengan segera," kata Suhakam dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tarikh akhir bagi tujuan itu, yang dinamakan sebagai penyerahan awam, adalah 2 Ogos ini.

Untuk pertanyaan dan penyerahan awam orang ramai boleh menghubungi

Ameer Izyanif Hamzah atau Shahizad Sulaiman di pejabat Suhakam di Aras 13, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail atau menerusi talian telefon 03-26125669 / 5623, faks (03-26125620 / 5694) atau e-mel  complaints@suhakam.org.my atau  humanrights@suhakam.org.my

Suhakam mengambil tindakan itu ekoran keputusannya, minggu lalu, mahu mengadakan siasatan awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai lalu.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Kenyataan Suhakam juga berkata terma rujukan siasatan awam kali ini antara lain akan menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan, dan jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, ia akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut dan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

Selain itu, siasatan awam juga akan  mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Suhakam juga menambah, sapina akan dikeluarkan pada masa yang sesuai kepada saksi-saksi yang berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.

Kuasa itu diperuntukkan oleh Seksyen 14 (1)(a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved