Khamis, 28 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Firma umum projek paip gas RM300b, dakwa direstu PM

Posted: 28 Jul 2011 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint Sdn Bhd mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).

Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

"Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran," kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail kepada pemberita selepas satu pengumuman di sini Mandarin Oriental Hotel di sini petang ini.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

TV AlHijrah siar 24 jam hujung minggu bulan Ramadan

Posted: 28 Jul 2011 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan bersiaran selama 24 jam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Bukhari Che Muda berkata, siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 pagi.

Beliau berkata, penambahan waktu siaran itu menjanjikan rancangan menarik termasuk pengisian mantap sepanjang Ramadan bagi membolehkan lebih ramai penonton menikmati rancangan yang terbaik.

"Sempena Ramadan ini, TV AlHijrah akan menampilkan slot berkonsepkan Ramadan yang boleh mengajak penonton untuk beribadah," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Menurutnya antara rancangan menarik ialah Muhasabah Ramadan, Taddarus Al-Quran, Ramadan di Australia, Fattabiouni dan Resipi Umi.

Bukhari berkata penjadualan rancangan televisyen itu dibuat dalam pelbagai genre selaras dengan slogan yang ditampilkan iaitu Ramadan Satu Perjuangan.

Walaupun baru berusia tujuh bulan, TV AlHijrah menyiarkan 70 peratus terbitan tempatan dan bakinya merupakan terbitan luar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved