Ahad, 31 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jenazah Seniman Negara Syed Ahmad selamat dikebumi

Posted: 31 Jul 2011 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Jenazah Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, yang meninggal dunia malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini pada pukul 11.30 pagi tadi.

Syed Ahmad, yang menerima anugerah Hadiah Seni Negara pada 1995 dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatan beliau dalam seni visual, meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira pukul 10 malam.

Beliau meninggalkan isteri Datin Halimah Mohd Noor, 69, dan dua anak lelaki iaitu Syed Nurlhaq, 35, dan Syed Nabil, 39.

Ketika ditemui pemberita, Halimah berharap usaha Allahyarham suaminya untuk menaikkan martabat seni negara dapat diteruskan pelbagai pihak.

"Arwah telah mengutarakan banyak cadangan kepada kerajaan serta pihak lain dalam usaha ikhlas arwah naikkan martabat seni negara . . . harap cadangan ini dapat dilaksanakan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata seni yang dihasilkan Allahyarham sepanjang hidupnya juga diharap menjadi pemangkin bagi generasi muda di negara ini untuk terus berkarya demi membawa seni ke tahap tertinggi.

Anak bongsu Allahyarham, Syed Nurlhaq, pula berkata bapanya meninggal dunia akibat sakit tua.

Sementara itu, Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara Datuk Mohd Yusof Ahmad yang turut menziarahi jenazah Allahyarham berkata pemergian Syed Ahmad merupakan satu kehilangan besar dalam bidang seni lukis di negara ini.

"Arwah merupakan seorang seniman prolifik dalam seni lukis di negara ini, beliau pergi meninggalkan satu legasi dan hasil karya beliau amat diminati dan dicari-cari pegumpul seni lukis di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata kali terakhir Allahyarham bekerjasama dengan Balai Seni Lukis Negara ialah dua tahun lepas untuk menjayakan pameran retrospektif yang mempamerkan lukisan dengan susunan perjalanan seni beliau.

Mohd Yusof berkata Balai Seni Lukis Negara amat berbangga menyimpan karya Syed Ahmad dan menganggapnya satu amanah bagi memastikan karya Allahyarham dapat dinikmati generasi akan datang.

Pensyarah UiTM Profesor Madya Jailani Hassan pula berkata Allahyarham merupakan 'bapa' kepada semua penggiat seni lukis muda di negara ini.

"Arwah amat mengambil berat tentang generasi kami . . . arwah ini penyambung antara penggiat seni lukis generasi terdahulu dengan generasi kita sekarang, arwah adalah mentor saya dan mentor generasi sekarang," katanya yang bertemu Syed Ahmad buat kali terakhir pada tiga hari lepas.

Rakan karib Allahyarham, Raja Ahmad Aminullah berkata kali terakhir mereka berjumpa ialah pada minggu lepas, dan seperti biasa, beliau dan Syed Ahmad berbincang isu mengenai seni budaya di negara ini.

"Arwah merupakan seorang yang begitu ghairah dalam hal berkaitan seni di negara ini, arwah selalu memberi pandangan yang mampu memberi manafaat kepada masyarakat, arwah juga seorang yang sanggup bersama susah dan senang dengan kawannya," katanya yang juga Pengarah Galeri RA Fine Arts.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Putrajaya hadapi cabaran jurang ekonomi antara kelas, kata menteri

Posted: 31 Jul 2011 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Putrajaya mengakui ketidaksamaan ekonomi antara pelbagai kelas sosial dengan Tan Sri Nor Mohamed Yackop berkata, ia menjadi halangan untuk menyelesaikan masalah itu termasuk di kalangan kaum yang sama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sementara pentadbiran Najib berusaha "mengurangkan" jurang pendapatan antara pelbagai kaum, ia masih belum dapat menyelesaikan perbezaan ekonomi antara kaum.

"Walaupun kami berjaya mengurangkan ketaksamaan antara kaum, namun masih terdapat jurang antara kaum itu sendiri," katanya pada satu program dialog anjuran Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS).

Nor Mohamed (gambar) yang bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi (UPE) juga berkata, dasar kuota Bumiputera masih lagi diperlukan.

"Ia satu falsafah moral... kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membawa semua orang ke titik permulaan. Setiap kelemahan yang ada memberi satu peluang untuk kembali ke asal.

"Sebaik sahaja anda mendapat mereka untuk ke titik permulaan, persaingan akan diteruskan," katanya.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved