Ahad, 31 Julai 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Najib mencari ‘Talian Hayat’

Posted: 30 Jul 2011 07:03 PM PDT

31 JULAI — Bila penulis menerbitkan satu makalah "General Election in July, folks!" pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk 'spin'. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau 'window' paling wajar menyerang-hendap atau 'ambush' Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen  boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam 'panic mode'. Najib gagal.

Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau 'window' paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.

Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi 'liabiliti' terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ' su'ul khatimah' atau 'kesudahan buruk' dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan 'pendek kata'), Najib telah menjadi 'liabiliti paling besar' buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan 'perjuangan' mesti dipertahankan, walau apapun. Mungkin  'mantra' atau 'maxim' ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau 'approval rating' beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan 'pandangan awam' atau 'public opinion' sehingga sanggup mengungkpakan bahawa 'Era kerajaan tahu semua telah berlalu". Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya "Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan'. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih 'persepsi' terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga 'netizen' dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan 'engaged' secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan 'warlords' partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, 'tahap sokongan' atau 'approval  rating' terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar 'dirinya'. Beliau 'reckless' atau tidak punya 'jatidiri politik' yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti 'you help me dan I help u' memperkuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu 'sokongan' semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku 'first ladynya' . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan 'taste' atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang  'entourage' keluar Negara seperti urusan  pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan 'goodwill'nya atau 'sangka baik' dan 'hormat' rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk  bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula  terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang  mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang 'kotor' dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa 'era kerajaan tahu semua sudah berlalu'. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat 'netizen' media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin!

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai 'front' memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak 'sumbang' mungkin dengan nasihat pelbagai firma 'consulting'nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi' atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan lawan. Perilaku mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun).

Najib mengundang amarah kaum India, yang sokongan mereka belum pasti akan kembali kepada BN. Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden telah 'broke-rank' lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960. Kini seluruh lapisan rakyat sivil dan politik Pakatan bergandingan untuk membebaskan tahanan EO6 ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara 'terdesak' mengambil tindakan menahan lantas 'mendeport' William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program 'fund raising' Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat "1-Malaysia" nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan 'inklusif' atau 'keterangkuman'nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu 'Malay first' sesuai dengan slogan 'Hidup Melayu' dan 'Ketuanan Melayu' yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan 'inklusif' Najib tidak di'kongsi' oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh 'warlords' Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu "1-Malaysia". Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi 'warlord' partinya sendiri sebagai menghakis 'penguasaan politik' dan 'kedudukan ekonomi' orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan 'patah-balik' tidak dapat merawat 'kemarahan warlords' partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang "korupsi, kronisme dan krisis perkauman" yang membarah dan endemik  dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu "Grand Coalition" untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah 'game-plan' atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjtauhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua?  Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling parah sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi talain hayat kepada parti Melayu tertua di dunia ini?

Najib terus mencari tallian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

The writing (or decorations) is on the wall

Posted: 30 Jul 2011 06:13 PM PDT

Jalan To Kong (Temple Street), Malacca: there are three places of worship along this road; the Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi temple (fore-ground), the Kampong Kling Mosque (with the minaret) and at the far end the Cheng Hoon Teng temple. The early multi-ethnic and multi-cultural communities' living shoulder to shoulder with to each other is reflected in the way they built their places of worship. All photos by Victor Chin.

JULY 31 — As the legend goes, Malacca was founded by Parameswara, the fugitive with his group fleeing from Singapore, about 500 years ago. Later he went on to establish the first Malacca Sultanate in the 15th century.

At that time Malacca was a natural port that sheltered the sailors from the north-east and south-west monsoons in this region. The monsoons were one of the keys to the success of Malacca as a trading port in the early sailing years. The winds brought the Arabs, Indians and then the Europeans from the West and the Javanese, Bugis and Chinese from the East.

As years went by, due to its increasing strategic and commercial importance, Malacca became a battle ground as the colonial world powers and the local warlords fought to control it.

But despite all the wars and violence in the waters of the Malacca Straits, many of the early sailors, traders, pirates, warriors and labourers of various races established their new homes in Malacca.

Jalan Hang Jebat, Malacca. This street has many fine examples of the Nyonya style architecture and auspicious ornamental facades built in the early part of the 20th century. This group of wealthy Malaccans displayed their financial position and social status openly.

This street has many fine examples of the Nyonya style architecture and auspicious ornamental facades built in the early part of the 20th century. This group of wealthy Malaccans displayed their financial position and social status openly.

By the early 20th century, many Chinese had settled and set up homes in Malacca. Some of the Chinese merchants had become very wealthy doing business with the colonial powers.

One group in particular, calling themselves the Baba Nyonya or Peranakan, became millionaires and they all strived to build houses that symbolised their newfound wealth.

This group kept their Chinese religious and cultural beliefs and customs but remixed their language, food, dressing, music and dance with the local Malays, Portuguese and English.

Their deep Chinese roots meant a heritage full of myths, legends and stories. Many of them continued to practise their religious customs and rituals. The rich among them built impressive buildings and adorned their facades with auspicious shapes, images and symbols. The poorer families made do with items made of paper and ink which they stuck on their walls and doors. 

No 17, Jalan Hang Jebat, Malacca. This is one of my watercolours done in the 1990, from a collection of 64 paintings of the facades of early shophouses in Penang, Malacca, Kuala Lumpur and Singapore. These watercolours were my way of contributing to the documentation and conservation of our architectural heritage.

The dragon and the phoenix are the most popular mythological creatures in Chinese art. There is a pair of colourful flying phoenix, made of broken coloured ceramic tiles, adorning the front of this house, settled in just below the two large semi-circular windows. This fantastic creature is the queen of birds and it symbolises the sun, the heat of summer and the bountiful harvest.

In the middle of this pair of birds is a bouquet of colourful flowers also made of broken coloured ceramic tiles and it signifies a fruitful season. Different flowers represent each of the months of the year and the plum blossom indicates the coming of spring.

This type of common floral arrangement, set in colourful square frames, in different sizes and combination, is repeated in between the windows and the sides. The rest of the facade is painted all over with different floral motifs.

What can these artistic combinations of bird and flower images mean to us today? In the old days these were important symbolic and metaphysical protections for the houseowner and his family and businesses.

But many of these families (and their fortunes) have come and gone. New entrepreneurs have moved in to this touristy part of Malacca.

These new tenants or owners are also concerned about prosperity and wealth but these days they rely more on the steady supply of cheaper products from China, Philippines and Thailand and cheap labour from neighbouring countries.

No.78, Jalan Kampong Pantai, Malacca. This is another one of my watercolours. The Greek-like pediment of this shophouse, constructed 78 years ago, is broken in at the top and standing in the middle of this opening is a statue of the Chinese Goddess of Mercy and she is surrounded by a lotus garden and flowering plants.

This is an exquisite artistic expression of the Baba Nyonya period of the shophouses in Malacca. On this facade, the East and the West come freely together.

The Western root is in the triangular pediment which is from the Greek temples and this architectural form had come through the maritime trade route from Europe. The creative and unknown artists and craftsmen proudly put it on top of the first floor facade of this building with the other European-looking cornices, pilasters, bases and capitals. 

The Chinese builders confidently inserted on top of this Greek temple pediment one of their popular goddesses — the Goddess of Mercy, Kuan Yin. This Buddhist bodhisattva has a long history which includes Roman and Indian legacies but when it reached ancient China, the Chinese decided to turn it from a male figure into a female one.

Accompanying her in her lotus garden are other flowers, birds, bats, and a pair of lions or unicorn-looking animals. This facade is a classic symbol of the marriage of the different faiths and a trust in the good omens. It's also a uniquely Malaysian architectural heritage.

Although all this artistic imagination, still on ago old walls, had a metaphysical origin in the past, their aspirations were for the common good; living a life of peace with your neighbours and caring for a sustainable harvest or relationship with Nature are still clearly relevant to us today.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved