Selasa, 2 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Haram jika Najib panggil PRU-13 tanpa reformasi pilihan raya, kata Nurul

Posted: 02 Aug 2011 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pemimpin Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melakukan pembaharuan pilihan raya yang dituntut rakyat termasuk janjinya Ahad lalu.

Ahad lalu, Najib berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.

Kata Perdana Menteri, sistem biometrik yang akan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.

Justeru kata Najib, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

Sehubungan itu tegas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar), adalah tidak bermoral dan haram bagi Najib untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

"Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi  yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

"Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara," kata beliau yang juga Ahli

Parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Nurul Izzah juga berkata, sebagai peringatan dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih Najib sebagai perdana menteri dan oleh itu, peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.

"Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB (Najib) tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata Najib juga perlu menyelami hati nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi sistem pilihan raya akan memastikan beliau mendapat pengesahan daripada rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas "takhta politik YAB."

Katanya, dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

"Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan  refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum pilihan raya umum ke-13," kata beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ramadan: Ekoran kecaman, Media Prima tarik balik iklan rasis

Posted: 02 Aug 2011 02:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Ekoran tekanan daripada orang ramai, Media Prima Bhd memutuskan untuk menggugurkan iklan sempena Ramadan, yang disifatkan banyak pihak sebagai berbaur rasis dan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Ketua pegawai operasi Media Prima Ahmad Izham Omar (gambar) mengumumkan keputusan itu menerusi Twitter ekoran kritikan pelbagai pihak sejak awal hari ini.

"OK kawan-kawan. Kami menarik balik iklan itu. Terima kasih atas keprihatinan anda," kata Ahmad Izham dalam mesejnya yang dikeluarkan menerus Twitter pada pukul 3.40 petang tadi.

Ahmad Izham kelihatan mengambil ringan isu ini dengan mengubah topik perbincangan tujuh minit kemudian.

"Dan, sekarang perkara lebih penting ... adakah satu seksyen bunyi hon lebih baik berbanding empat trombon? Atau hanya tiga trombon sudah memadai?" tulis beliau lagi.

Awal hari ini, bekas ketua eksekutif 8tv ini cuba meredakan keadaan dengan meminta orang tidak membesarkan iklan berkenaan yang menasihatkan bukan Islam supaya bersopan ketika bulan Ramadan.

Diterbitkan sebagai pengumuman perkhidmatan publik menerusi 8tv, tiga iklan menggambarkan seorang budak perempuan 'Cina' makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan seolah-olah mencetuskan kurang senang di kalangan umat Islam.

Umat Islam di negara ini berpuasa sejak semalam selama sebulan.

Iklan-iklan itu mengesyorkan agar bukan Islam menjauhkan diri daripada tingkah laku sedemikian dan mahu mereka memahami dan menghormati bulan Ramadan.

Tahun ini, Media Prima berhadapan dengan kritikan apabila menyiarkan iklan sempena Aidilfitri, didakwa membawa gambaran dan mesej penganut Kristian.

Iklan itu turut ditarik balik ekoran kritikan orang ramai khususnya kalangan Muslim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved