Isnin, 15 Ogos 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Perak timbang naik elaun Adun

Posted: 15 Aug 2011 03:11 AM PDT

IPOH, 15 Ogos – Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar elaun kesemua 59 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang merupakan antara terendah berbanding negeri-negeri lain.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kenaikan terakhir elaun Adun Perak adalah pada 1 Januari 2004 dengan kenaikan 10 peratus.

"Itu (cadangan kenaikan elaun Adun) satu cadangan yang bernas," katanya ketika menjawab soalan Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) pada sidang DUN Perak hari ini.

Sum mempersoalkan jumlah elaun Adun di Perak yang masih jauh lebih rendah berbanding yang diterima Adun di negeri lain dan mencadangkan kerajaan negeri menaikkan elaun itu.

Dipetik Bernama Online, Zambry berkata perbandingan jumlah keseluruhan elaun sebulan yang diterima di negeri-negeri adalah RM7,300 (bagi Adun Sabah), RM7,500 (Johor), RM5,400 (Kedah), RM8,200 (Kelantan), RM6,012 (Pulau Pinang), RM8,500 (Pahang), RM9,700 (Selangor), RM7,500 (Sarawak), RM6,000 (Terengganu) dan RM7,730 (Melaka).

Beliau berkata setiap Adun di Perak menerima elaun berjumlah RM5,912 setiap bulan yang mana RM4,112 merupakan bayaran perkhidmatan, RM400 bagi elaun keraian, RM400 bagi elaun pemandu, RM200 elaun tetap, RM300 untuk elaun telefon dan elaun khas sebanyak RM500.

Ketika menjawab soalan Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji) Zambry berkata sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan akan mengkaji semua aspek yang dibincangkan dalam persidangan DUN.

Ia termasuk kadar kenaikan elaun Adun dan pelantikan lima hingga 10 orang pegawai penyelidik bagi memastikan kelancaran persidangan DUN seperti yang dikemukakan kedua-dua wakil rakyat itu, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nazri: Saya tak pelawa DAP

Posted: 15 Aug 2011 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

"Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP," katanya sambil menambah, "MCA mesti bekerja keras" apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved