The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pemimpin PAS: Putrajaya tak serius, panel khas Parlimen hanya ‘penghias jendela’ Posted: 19 Aug 2011 01:41 AM PDT Pemimpin PAS: Putrajaya tak serius, panel khas Parlimen hanya 'penghias jendela'KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala. Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai "penghias jendela" selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya. "Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini. "Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar," katanya memetik Harakahdaily.
Beliau berkata, kenyataan itu hanyalah untuk menutup kesilapan mereka tidak memanggil Pakatan Rakyat untuk berunding sebelum penubuhan jawatankuasa tersebut diumumkan. "Perkara yang paling penting untuk diingatkan ialah kita (Pakatan Rakyat) langsung tidak dirundingkan dalam penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen ini dan kita rasa bahawa kita mungkin boleh bersetuju dan mungkin tidak bersetuju untuk menyertai jawatankuasa khas ini. "Macam mana mereka kata kita bersangka buruk sedangkan kita bersedia untuk bekerjasama dan menyertai jawatankuasa Parlimen ini jika kita dipanggil untuk merundingkan perkara ini," katanya. Semalam Muhyiddin meminta Pakatan Rakyat menggunakan kesempatan berkenaan sebagai medium untuk mengemukakan sebarang isu yang dibangkitkan sebelum ini bagi menambah baik sistem pilihan raya sedia ada. Beliau berkata Pakatan Rakyat seharusnya ikhlas memandangkan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membolehkan kesemua pihak membahaskan sistem semasa. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan pendirian mengenai jawatankuasa itu. "Pakatan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan bersetuju atau tidak untuk menyertai jawatankuasa ini. "Tapi kalau beginilah caranya kita kecewa dengan kerajaan," katanya. Pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen diumumkan Najib Isnin lalu. Jawatankuasa itu akan terdiri daripada sembilan anggota iaitu lima dari Barisan Nasional (BN) termasuk menteri selaku pengerusi, tiga lagi mewakili Pakatan Rakyat dan satu Bebas. Usul bagi penubuhan jawatankuasa khas itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen Oktober ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata jawatankuasa pilihan khas Parlimen itu akan diketuai oleh seorang menteri bukannya wakil Pakatan Rakyat. |
Perkasa: Umno, PAS, PKR korban Islam kerana undi Kristian Posted: 19 Aug 2011 01:05 AM PDT Syed Hassan Syed Ali mengetuai demonstrasi yang diadakan di pekarangan Masjid Negara hari ini. — Foto oleh Choo Choy May Kumpulan membela hak Melayu itu mengadakan satu demonstrasi di Masjid Negara di sini — disertai kira-kira 20 orang — menuduh kumpulan Kristian memurtadkan umat Islam. "Gereja biadab," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali di sebalik persekitaran panas terik. "Mereka berkeras mahu menggunakan kitab injil versi Bahasa Malaysia. Sekarang mereka cukup berani untuk memurtadkan umat Islam, yang mana ia menyalahi undang-undang. Pemimpin-pemimpin Umno, PKR dan PAS terdesak mahu mendapatkan undi penganut Kristian sehingga sanggup mengorbankan Islam," tambahnya. Peserta-peserta demonstrasi turut membawa kain rentang yang tertulis "Haramkan guru-guru Kristian di Sekolah", "Istana perlu mengajar pemimpin Melayu" dan "Guru Kristian sudah melampau! Halau mereka daripada mengajar pelajar Melayu". Penganut Kristian sekitar 9.2 peratus daripada 28.3 juta rakyat Malaysia, menurut bancian terbaru. Mereka juga terdiri daripada hampir separuh 2.4 juta penduduk di Sarawak, negeri Malaysia timur yang dianggap undi kemenangan Barisan Nasional (BN). MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan