Rabu, 14 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Apa pula status Mahathir minta Najib lewatkan PRU, sindir Pakatan

Posted: 14 Sep 2011 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Pakatan Rakyat pula menyindir  Tun Dr Mahathir Mohamad agar kembali menyandang jawatan perdana menteri jika pemimpin veteran itu mahu mempertikaikan saranan mereka agar kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang berbincang menentukan tarikh pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum.

"Kalau apa yang kami katakan hendak disindir, maka kami cadangkan Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri dan kami persoalkan apa hak Dr Mahathir untuk menasihatkan agar Datuk Seri Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Salahuddin berkata idea yang dilontarkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menjaga kebaikan rakyat dan demi kepentingan negara.

"Malah perkara ini boleh dilakukan dan sedang diamalkan beberapa negara," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini dengan merujuk kepada amalan di Amerika Syarikat dan pendirian kerajaan campuran di Britain baru-baru ini.

"Apa salahnya kami beri pandangan ini?" soal beliau lagi.

Salahuddin berkata Pakatan Rakyat merasakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewajarnya mempertimbangkang perkara ini jika benar-benar mahu membawa pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.

Itu sebab tegas beliau, pihaknya meminta agar pilihan raya umum tidak dipanggil selagi jawatankuasa pilihan khas Parlimen tidak selesai mengadakan mesyuaratnya untuk mengemukakan laporan.

"Jadi saya berpendirian bahawa itu pandangan Pakatan Rakyat... demi kebaikan negara dan rakyat.

"Jika pandangan ini tidak boleh diberikan apa status Dr Mahathir apabila beliau sendiri meminta agar Najib tangguh panggil pilihan raya?" katanya.

MENYUSUL LAGI

PAS persoal SPR buang 10,000 pengundi kes ‘IC palsu’

Posted: 14 Sep 2011 01:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuang lebih 10,000 nama dalam daftar pemilih badan itu yang dikaitkan dengan kes 'MyKad' palsu dalam tempoh dua bulan lalu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu telah dikesan pihaknya yang kini giat mengenal pasti kepincangan dalam daftar pemilih selepas isu warga negara asing didaftar sebagai pengundi.

Kata beliau, pihaknya telah mengenal pasti lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam daftar pemilih SPR melalui kajian dibuat, namun mendapati ia telah dibuang selepas melakukan semakan terbaru.

Tambah Suhaizan, SPR tidak mempunyai kuasa untuk membuang nama-nama dalam daftar pemilih selepas tempoh bantahan tamat walaupun terdapat keraguan.

"Kita ada rekod SPR, setiap parti politik boleh membeli maklumat daripada SPR, daripada senarai pengundi ini kajian dibuat, kita kaji yang mana kita mencari nama dan nombor kad pengenalan yang sama, hasilnya adalah apa yang kita dedahkan selama ini.

"Lebih daripada 10,000 nama telah dikeluarkan dalam tempoh dua bulan data ini dikeluarkan... peraturan mana yang SPR guna untuk buang data ini, nama-mana ini telah digazetkan... macam mana dengan mudah SPR buang, SPR sepatutnya buang sebelum ia digazetkan iaitu semasa daftar pemilih dipamerkan sekiranya ada bantahan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Jelas beliau, terlalu mudah untuk SPR mengeluarkan data yang salah tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Dengan mudah data dimasukkan dan dikeluarkan, apa jaminan daftar pemilih SPR ini tidak dimanipulasikan? Sebagai contoh, hari ini Pemuda PAS bantah dan nama dikeluarkan kemudian esok Pemuda Umno pula bantah, adakah data ini akan masuk balik? Kalau Pemuda PAS tak bantah 10,000 data ini tidak akan keluar, ini apa yang kita tahu yang kita tidak tahu macam mana," katanya.

Tambah Suhaizan, selain isu daftar pemilih, kerajaan perlu menjalankan siasatan ke atas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung mengeluarkan kad pengenalan palsu.

"Kalau daftar pemilih dalam SPR palsu bermakna ada pihak tertentu yang buat, di JPN ada kumpulan yang buat kad pengenalan palsu, kita nak kerajaan buat siasatan tentang kumpulan ini.

"Dari maklumat kita 10,000 ini adalah warganegara, kita percaya ada agenda untuk membuat kad pengenalan di peringkat JPN, JPN perlu membuat penjelasan," katanya.

Sebelum ini PAS melalui sayap pemudanya telah mendedahkan pelbagai kepincangan pilihan raya terutamanya dalam isu daftar pemilih SPR.

Isu yang besar adalah  tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved