Sabtu, 10 September 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Difficult days for Everton

Posted: 09 Sep 2011 05:47 PM PDT

SEPT 10 — It's been a tough summer for Everton; unfortunately the approaching autumn and winter months might be even harder.

Fans from the blue half of Merseyside have enjoyed a period of relative overachievement in the last few years. Under the sensible management of David Moyes, the Toffees have been solid if not spectacular, regularly finishing comfortably in the top half in the Premier League despite operating on a budget significantly smaller than many of their rivals.

That has all changed now. The club is in severe financial difficulties, with owner Bill Kenwright publicly acknowledging that there is no money to spend and that selling off player assets is the only option until new investment arrives.

Last month's dramatic deadline-day sale of their star player, playmaking Spaniard Mikel Arteta moving to Arsenal for £12 million (RM57 million), was merely the latest in a fairly lengthy line of departures from Goodison Park this year, including strikers Yakubu, Jermaine Beckford and James Vaughan, midfielder Steven Pienaar and experienced defender Joseph Yobo.

Slowly, Everton are losing their most talented players — and not replacing them. The most significant arrivals during the summer transfer window were Dutch international Royston Drenthe and Argentine striker Denis Stracqualursi, neither of whom have done much to excite the increasingly concerned Everton faithful.

Pacey left-sided player Drenthe made a sparkling start to his career, impressing sufficiently for the Netherlands' under-21 side during a summer tournament in 2007 to earn a high-profile move to Real Madrid. But he never looked comfortable at the Spanish giants, and his career has steadily declined since those heady early days.

Moyes will be hoping that Drenthe's move to the Premier League will allow him to rekindle former glories, but that looks a forlorn hope for a player who has done very little in the last three years. (Incidentally, Drenthe wasn't the only member of that Dutch under-21 side to show misleadingly early promise that has not yet been fulfilled: one of his teammates was Ryan Babel, whose subsequent move to Liverpool was a fairly spectacular failure.)

Nor should Everton fans set their expectations too high for Stracqualursi, who has signed on loan from top flight Argentine club Tigre. He's a basic, old-fashioned striker of limited ability — powerful, hard-working, good in the air and with a goalscorer's instinct for a chance, but pretty poor technically and painfully slow.

Having seen Stracqualursi in action for Tigre on a number of occasions last season, I'd be surprised if he's able to establish a regular place in Everton's starting line-up. He might have been the leading scorer in the Primera Division, but he achieved that accolade without ever looking a particularly good player — it bore more resemblance to one of those golden yet never-to-be-repeated runs of goalscoring form that many strikers occasionally enjoy.

Unless Stracqualursi proves me wrong, the big question for Everton is where the goals will come from. A large burden of responsibility will continue to rest on the shoulders of attacking midfielder Tim Cahill, who has been one of the most under-rated players in the Premier League during his consistently excellent seven-year period with the Toffees.

But Cahill can't go on forever, and at the age of 31 there must be doubts over whether the Australian can continue to deliver the 8-10 goals per season to which Everton have become accustomed. And if he doesn't, who will? The current squad looks decidedly shot-shy.

The growing worries of Everton fans have led to a number of supporters banding together to form the Blue Union protest group. Around 400 fans were estimated to attend last week's launch of the group, which is now organising a peaceful protest march towards the directors' box before this afternoon's meeting with Aston Villa.

Their frustration is understandable, but it's difficult to see how much they can achieve. Owner Kenwright's failure to sell the club is the main object of their dissatisfaction, but he's already publicly acknowledged that he's happy to sell if a suitable buyer comes along. The danger of the Blue Union group's actions is that potential purchasers may be put off if they perceive a club in disarray, so they could end up being counter-productive.

On the pitch, it's been a mixed start to the season for David Moyes and his team with one win and one defeat so far. But clouds are gathering in the background, and a couple of bad results could be all it takes for an almighty storm to erupt. Will the first raindrops start falling today?

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Perlukah sejarah kita dinilai semula?

Posted: 09 Sep 2011 04:23 PM PDT

10 SEPT — Kenyataan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu telah menggegarkan seluruh negara, ia bukan sahaja menjadi polemik di kalangan ahli politik, kali ini ahli akademik diheret dalam isu besar yang membabitkan sejarah negara. Ia menjadi besar sehingga ada cakap-cakap untuk menilai semula sejarah negara khusus yang menyangkut soal-soal patriotisma. Saya tidak tahu samada isu ini sengaja ditimbulkan sebagai sensasi politik bersempena 31 Ogos ataupun ia cover-up isu untuk menutup segala kelemahan BN dan kepimpnan Datuk Seri Najib Razak. Apa pun semua pihak rasa teruja hendak mengambil bahagian dan seperti biasa ramai yang menjadi mangsa keadaan tanpa di sedari. Betulkah sejarah kita perlu dinilai semula?

PENAFSIRAN SEJARAH

Saya merasakan politik negara kita bukan dikuasai oleh ahli politik yang bijak pandai menafsirkan sejarah untuk dijadikan bahan pencetus kebangkitan, tetapi otak mereka dikuasai oleh kepentingan sempit yang hanya memikirkan diri mereka dan tidak melihat perspektif sejarah dalam skop kepentingan nasional. Tangapan ini bukanlah sesuatu yang pelik tetapi ia bersandarkan kepada satu pandangan yang melihat bahawa sesuatu penulisan sejarah terpengaruh dengan keadaan dan suasana yang lebih besar seperti sistem kenegaraan, komunikasi, propaganda dan kecenderungan politik si penulis. Pandangan besar ini datang dari tokoh falsafah sejarah Islam Ibnu Khaldun yang melontarkan ide ini dalam karya agungnya Muqaddimah (1377). Tokoh sejarah agung ini membawa konsep baru ketika itu iaitu sejarah dahulu perlu diberi intepretasi memandangkan kepada berbezanya satu zaman dengan satu zaman yang lain dan pengaruh-pengaruh ketika sesuatu penulisan itu dibuat.

KEPENTINGAN POLITIK

Apabila polemik mempertikaikan sejarah negara muncul, kita harus jujur untuk memahami bahawa apa yang diperbincangkan ialah bagaimanakah bahan sejarah itu dituliskan dan apakah pengabsahan kepada data-data maklumat yang terkumpul, ia soal akademik yang perlu perdebatan dengan "kepala yang sejuk" bagi kita membetuli apa yang kita anggap benar setakat ini atau dalam istilah pengajian sejarah dikenali sebagai "political correctness" (pembetulan secara politik). Ahli akademik harus juga jujur mendidik rakyat dengan kesempatan yang ada tentang prinsip-prinsip kajian sejarah. Apa yang negara ini tidak perlu ialah ahli akademik yang dicucuk hidung untuk berkata apa yang dikehendaki oleh tuan-tuan politik mereka kemudian akan "dilambung" pula oleh media-media "kelas jamban dan longkang". Itulah cara rakyat dididik tentang falsafah sejarah di negara kita! Tidak pelik pandangan "political correctness" kerana Jepun yang dikatakan maju sering diberi contoh tentang penulisan sejarah yang cuba menyembunyikan fakta "Penyembelihan Nanking" dalam kurikulum sejarah mereka. Begitu juga di Amerika apabila sejarah "Perang Saudara" antara Utara dan Selatan cuba dilunakkan fakta-faktanya bagi mengelak sensitiviti. Penulisan sejarah Jerman turut dikritik kerana lebih tunduk kepada pengaruh Unesco dan masyarakat dunia daripada melihat kepentingan "superpatriotism" Jerman sehingga merendah-rendahkan kebanggaan negara. Jadi apabila isu "Peristiwa Bukit Kepong" muncul secara tiba-tiba dengan "keseronokan" media "membelasah Mat Sabu" di manakah ahli akademik yang jujur dengan disiplin ilmunya mendidik massa?

PERSPEKTIF SEJARAH RAKYAT

Bercakap tentang sejarah massa ada satu lagi kajian sejarah yang melihat pendekatan rakyat sebagai bahannya dari perspektif rakyat awam, menggambarkan sejarah perjuangan dari bahasa golongan marhaein, golongan non-conformist atau dari sudut bahan dari nama-nama mereka yang tidak disebut atau diabaikan nama-nama mereka. Ini juga satu perspektif, kalaupun apa yang ditimbulkan oleh Mat Sabu dari nama "Mat Indera" itu satu nama yang cuba diabaikan atas apa juga alasan penulisan

sejarah, seharusnya ia diperdebatkan dalam kerangka akademik dan diberi penilainnya dalam perspektif "People's History" dan bukan menyalahkan kajian-kajian yang menyebut nama Mat Indera sebagai salah dan tidak tepat. Soal keluarga anggota polis yang menjadi mangsa Peristiwa Bukit Kepong terguris dengan isu ini tidak timbul dari perspektif objektiviti kerangka kajian sejarah kerana jika dilihat kepada keluarga Mat Indera yang dipersepsikan begitu rupa, apakah keluarganya tidak terguris? Apa yang dipermainkan oleh media tertentu yang bertaraf "longkang dan jamban" hanya bermain sentiment dan emosi lalu aspek objektiviti dan kerangka sejarah diabaikan dan begitulah kehendak golongan bangsawan yang mahu menginjak-injak kerangka "people's history". Bagi saya secara akademiknya ia satu kesalahan dan dari sudut moralnya ia sesuatu yang jijik kerana menutup kebenaran!

SUMBER SEJARAH

Sumber sejarah adalah bahan yang penting untuk memastikan matlamat nasional yang besar tercapai dan ia akan menjadi bahan rujukan sesuatu bangsa untuk mereka mengenali sejarah lampau bagi membentuk masadepan yang hebat. Namun aspek yang besar ini turut terdedah kepada manupulasi dan faktor kepengaruhan yang disebutkan di atas oleh Ibnu Khaldun. Oleh itu apa yang diperdebatkan ialah penulisan sejarah dan kesahihan sumber maklumat. Sumber kepada ilmu sesuatu sejarah itu dilihat dalam tiga kategori. Pertama ialah apa yang tertulis semasa peristiwa itu berlaku, kedua ialah apa yang diperkatakan orang ramai dan ketiga ialah bekas yang ditinggalkan secara fizikal.

Ketiga-tiga kategori ini bukanlah muktamad kerana apa yang membezakan antara sumber dan apa yang dibaca ialah penulisan sejarah itu sendiri. Penulisan inilah yang perlu dibahaskan kerana sejarah akan tetap menjadi sejarah walau apapun diperkatakan oleh generasi kemudian. Kita hanya boleh memperdebatkan pendekatan penulisan dan cara maklumat itu dikumpulkan dan saya mengharapkan isu ucapan Mat Sabu dipandang dari sudut yang lebih terbuka dan minda yang melambangkan kemajuan berfikir bukan gaya dan cara yang dipaparkan oleh media-media yang mendidik pemikiran rakyat kearah lawan jam. Apapun tahniah kepada Mat Sabu kerana mencetuskan pemunggahan semua kerangka pemikiran disiplin sejarah dan falsafah yang selama ini hanya tertimbus dalam buku-buku akademik.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved