Ahad, 30 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Muhyiddin: Rakyat tiada pilihan kecuali pilih BN

Posted: 30 Oct 2011 03:08 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Okt – Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran perikatan itu berbanding kebanyakan negara lain.

"Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan negara dan kemerdekaan di Sabah kurang sedikit daripada (usia) itu, kita telah menganjak pembangunan masyarakat kita ke satu kedudukan yang lebih baik.

"Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di sini.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.

Muhyiddin berkata kejayaan kerajaan di bawah BN menyatupadukan serta membangunkan rakyat berbilang kaum dan agama turut diiktiraf oleh seluruh dunia.

"Kita telah menolak teori cendekiawan luar bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia selalu tidak aman, tidak tenteram dan mundur.

"Kita telah menerima perbezaan antara kita sebagai sebahagian daripada kehidupan kita untuk membangun dengan lebih pesat," katanya.

Muhyiddin berkata menerusi dasar-dasar yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan BN, kadar kemiskinan juga berjaya diturunkan.

Beliau menjelaskan keadaan di Malaysia selama ini jauh lebih baik daripada negara lain yang mana rakyatnya huru-hara akibat kemiskinan, biarpun negara berkenaan kaya dengan sumber asli.

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan subsidi untuk mengawal kenaikkan harga barangan bagi mengurangkan beban rakyat terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana kerajaannya memberi subsidi yang besar demi kebajikan rakyatnya.

Muhyiddin turut meminta rakyat Sabah terus memberi sokongan padu dan mantap kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman agar Sabah terus bergerak maju dan rakyatnya terus terbela.

Beliau berkata sokongan berkenaan harus diterjemahkan kepada kerjasama secara berpasukan supaya rakyat terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir negeri.

Full content generated by Get Full RSS.

PRU: Koh nafi maklum blog mahu cabar Guan Eng

Posted: 30 Oct 2011 01:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh (gambar) menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya dipetik Bernama Online.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved