Ahad, 30 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Miss Transgender Malaysia 2011

Posted: 29 Oct 2011 05:21 PM PDT

OCT 30 — The event was called "Fashion and Sense" but behind this euphemism necessary in a "conservative" country like Malaysia was the national beauty pageant for Malaysia's transgender community.

I didn't know what to expect, but after it was all over, I would describe the event as professional, energetic, and awesome.

Such a function is especially needed in 21st century Malaysia. Recently in the media, the transgender community has been portrayed negatively and incorrectly.

On a TV3 talk show called "Wanita Hari Ini" aired on October 4, the transgender community was said to be a "threat to women's livelihoods." A couple of days later, Berita Harian published an unscientific article ("Salah makan punca pondan") stating that "wrong food consumption [is] the cause of effeminate men" and that the transgender phenomenon is increasing rapidly in Malaysian society.

The mainstream media also had a field day when Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz) wanted to change her name from a male to a female one.

After she was denied this human right, this Malaysian citizen went into depression and died of a heart attack.

To make it even worse, the Ministry of Women, Family and Community Development,  which is supposed to protect women, family and community (I hope!) — when questioned about what they do to help the transgender community — said they run programmes with the "intention of 'correcting' behaviour etc. in line with socially accepted norms."

So, in conclusion, Malaysia has a lot of work to do regarding this issue.

For me, this pageant was a sign of progress as human rights by definition includes transgender rights. It is important that all peoples should be able to express themselves comfortably.

Article 19 from the Universal Declaration of Human Rights: "Everyone has the right to freedom of opinion and expression."

This event was organised by PT Foundation's Transgender Programme and Mila Entertainment. From the excellent food, positive atmosphere, gorgeous dresses with traditional influences to the lights, dancing, and laughs, it was definitely very Malaysian.

These people, representing the 14 states of Malaysia, should make their respective states proud. They were intelligent, well-spoken, and much more deserving of such an award than many beauty queens I have seen on TV.

According to freelance designer Shika who attended the event, this was special because "it's made for the community by the [transgender] community itself."

Having it co-organised by PT Foundation was also excellent because half of the money raised went to the programmes they run. They have a strong focus on HIV/Aids Awareness and Sexuality Rights — both honourable pursuits that need more focus and financial attention in Malaysia.

This event wasn't properly advertised though, likely because the organisers wanted to ruffle as few feathers as possible. Hopefully in the future this type of event can be seen and appreciated by many more.

In the end, Miss Kelantan was the winner. Everyone did a great job — an excellent event for all of humanity!

For more photographs, go to Colinizing Photography on Facebook.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.

Masa depan Libya pasca Muammar Gaddafi

Posted: 29 Oct 2011 05:15 PM PDT

30 OKT — Nama Muammar Gaddafi kini tinggal dalam lipatan sejarah.

Kematian beliau pada usia 69 tahun pada tanggal 20 Oktober lalu dipercayai dipukul dan ditembak pada bahagian kepalanya oleh salah seorang daripada pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), membawa bersamanya segala kezaliman yang dilakukan beliau sepanjang 42 tahun memerintah Libya ke dalam liang lahad.

Membawa bersamanya juga ke dalam liang lahad adalah perwatakan dan sikap aneh Muammar yang kadangkala mencetuskan kontroversi hinggakan kuasa-kuasa Barat pernah menggelarkan Muammar sebagai "anjing gila." Segala misteri mengenai riwayat hidup Muammar mati bersamanya dan tidak mungkin dapat dirungkaikan lagi.

Dari awal lagi, kematian Muammar sudah dijangka. Ini kerana kuasa-kuasa Barat melihat Muammar sebagai satu lagi halangan kepada agenda mereka untuk menguasai sumber minyak di negara berkenaan. Tindakan Muammar yang dikatakan menaja keganasan tidak seiring dengan agenda Barat. Sementara pemerintahan kuku besi selama lebih empat dekadnya bercanggah dengan sistem demokrasi dan hak asasi manusia yang diperjuangkan mereka.

Dari detik-detik kediamannya di Bab Al-Aziziya jatuh kepada pihak NTC hinggalah kepada kejatuhan Bani Walid dan Sirte, Muammar tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada memilih untuk mati sebagai syahid di negara kelahirannya ataupun bertindak sebagai pengecut dan mendapatkan suaka politik di negara luar.

Namun pada akhirnya, beliau tetap memilih penyelesaian pertama. Ternyata, Muammar tidak berganjak daripada pendirian asalnya bahawa beliau akan mati di bumi Libya.

Kini, harapan untuk melihat Muammar lenyap daripada persada politik Libya telah tercapai. Muammar sudah pergi selama-lamanya. Yang tinggal kini hanyalah kesan-kesan parut dan pengalaman hitam yang mewarnai sejarah negara tersebut.

Kuasa-kuasa Barat seperti Britain dan Perancis yang mendalangi Revolusi di Libya boleh menarik nafas lega kerana dengan ketiadaan Muammar di hadapannya, hasrat untuk membentuk sebuah demokrasi di negara itu, sudah separuh tercapai.

Lebih signifikan lagi, kejayaan menggulingkan Muammar dalam keadaan yang tersusun dan dalam tempoh yang singkat, memberi petunjuk kepada Amerika Syarikat, apa yang kuasa besar tunggal dunia itu boleh buat di Iraq, Britain dan Perancis juga mampu berbuat demikian. Cumanya apa yang berbeza kali ini, usaha tersebut dibuat secara multilateral membabitkan pelbagai pihak.

Reaksi serta-merta yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Barat seperti Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy dan Perdana Menteri Britain, David Cameron menunjukkan betapa risaunya mereka kalau-kalau operasi untuk menggulingkan rejim Muammar tidak berjaya. Mereka bagaimanapun cukup bernasib baik. Libya bukan seperti di Iraq atau Afghanistan.

Dalam fikiran kuasa-kuasa Barat termasuk pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang mengetuai kempen pengeboman di Libya selama lapan bulan lamanya, sekurang-kurangnya kempen anjuran mereka berbaloi dan tidak sia-sia.

Keputusan untuk menamatkan misi ketenteraan di Libya menjelang esok, 31 Oktober 2011 sekurang-kurangnya menyelamatkan Nato daripada mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam misi penaklukannya di bumi Iraq.

Kejayaan Nato dalam menggulingkan rejim Muammar secara tidak langsung turut menghantar mesej kuat kepada pihak yang melihat Nato sebagai sebuah entiti yang sudah tidak relevan dalam era pasca Perang Dingin untuk berfikir semula. Mesej yang cuba disampaikan di sebalik kejayaan ini ialah "kami masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan."

Bagi kuasa-kuasa Barat dan penentang Muammar, kematian diktator itu membuka satu lembaran baru dalam lanskap politik Libya yang selama ini terkongkong dalam doktrin bawaan beliau.

Pada mereka, selepas kematian Muammar, tidak akan berlaku lagi penindasan, tiada lagi kezaliman ke atas rakyat Libya dan Libya akan muncul sebagai sebuah negara demokrasi contoh kepada negara-negara Arab lain.

Pada pemikiran kuasa-kuasa Barat juga, mereka percaya rakyat Libya akan mengenangkan saat-saat inilah sebagai detik paling bersejarah dalam hayat mereka sekali gus terhutang budi dengan Barat yang membantu mereka.

Dan seperti yang dijangka, NTC beberapa hari lalu telah meminta Nato untuk terus berada di Libya sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini kerana merasakan keadaan keselamatan di negara itu masih belum stabil sekalipun Muammar telah mati.

Walaupun tindakan dan visi itu dilihat terlalu idealistik, rakyat Libya tidak menghiraukan sangat aspek itu. Bagi rakyat Libya, inilah julung-julung kalinya negara tercinta mereka bebas daripada bayangan Muammar dan mereka mahu merasai detik-detik yang bersejarah ini, selagi terdaya.

Begitu tebalnya perasaan kebencian rakyat Libya terhadap Muammar hinggakan ada antara mereka yang sanggup berbaris panjang untuk berjam-jam lamanya untuk melihat jenazah Muammar yang dipamerkan di sebuah bilik mayat di Misrata. Malah, ada yang mengambil kesempatan itu untuk bergambar dengan Muammar dalam keadaan terbujur kaku.

Apapun, adalah satu tindakan tidak bijak untuk membuat rumusan bahawa dengan kematian Muammar, maka berakhirlah segala permasalahan yang melanda Libya. Hakikatnya, perjuangan untuk membina sebuah Libya yang lebih telus, terbuka, makmur lagi membangun baharu sahaja bermula.

Buat masa ini, rakyat Libya tidak boleh dipersalahkan jika mereka masih dalam keadaan terkejut dan optimis dengan masa depan negara berkenaan. Apa tidaknya, "mood" revolusi masih membara dan belum berakhir. Para pejuang NTC masih belum mahu meletakkan senjata mereka sehingga kesemua saki-baki pejuang Muammar dihapuskan.

Tidak salah untuk bersikap optimis dalam hal ini tetapi harus diingat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan wajar dijadikan teladan agar perkara sama tidak berulang di Libya. Sepanjang dekad pertama abad ke-21, bumi Iraq dan Afghanistan ditakluk oleh AS.

Kehadiran AS pada mulanya disambut dengan penuh optimis malah mereka dijulang sebagai hero kerana berjaya membebaskan negara mereka daripada rejim kuku besi. Tetapi lama-kelamaan perasaan optimis itu kemudiannya bertukar kepada perasaan benci dan meluat.

Keengganan AS untuk mengundurkan askar-askarnya daripada bumi Iraq dan Afghanistan selepas kejatuhan rejim Saddam Hussein dan Taliban mengukuhkan keyakinan bahawa kedatangan mereka dipenuhi dengan muslihat tersembunyi.

Apakah dalam kes di Libya, situasi serupa akan berulang? Tidak mustahil ia boleh terjadi jika kuasa-kuasa Barat memandang remeh terhadap sentimen penduduk di sini. Kehidupan berpuak-puak yang begitu menebal dalam kalangan rakyat Libya, masing-masing dengan budaya serta identitinya tersendiri, akan menyukarkan lagi usaha itu.

Dalam menilai perkembangan mutakhir yang berlaku di Libya ketika ini, terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab. Sebagai contohnya, tekad NTC untuk tidak membalas dendam ke atas musuh-musuh politik mereka selepas kejatuhan Muammar berupa omong-omong kosong sahaja.

Pembunuhan ke atas Muammar oleh seorang pejuang NTC (walaupun NTC menafikannya) membayangkan betapa sukarnya untuk mengawal kemarahan rakyat Libya terhadap Muammar. Lebih sukar lagi ialah bagaimana untuk menterjemahkan janji itu kepada tindakan konkrit.

Selain itu, beberapa anggota NTC seperti Mustafa Mohammed Abdul Jalil dan Ali Issawi pernah berkhidmat dalam Kabinet Muammar satu ketika dahulu, sekali gus mengundang tanda-tanya mengenai kesetiaan mereka.

Mustafa umpamanya berkhidmat sebagai Menteri Kehakiman sementara Ali pula Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan. Sejauhmanakah kesetiaan mereka kepada perjuangan NTC boleh dipercayai? Jika mereka boleh berpaling tadah dengan rejim Muammar, apakah ada jaminan ia tidak akan berlaku dalam Kabinet baru nanti? Apakah sebab-musabab di sebalik pengkhianatan mereka kepada rejim Muammar? Adakah sekadar tidak berpuas hati dengan kezaliman Muammar semata-mata?

Dalam dunia politik, prinsip kesetiaan tidak pernah wujud. Jika wujud sekalipun, hanyalah mereka yang berpolitik mengikut lunas-lunas sebenar. Pun begitu, dalam mempertahankan prinsip tersebut, mereka terpaksa membayarnya dengan harga yang tinggi.

Satu lagi trend yang kurang menyenangkan dalam konteks ini ialah saban kali sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas kejatuhan rejim lama, kedengaran rejim baru yang berjanji untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan tanpa menyedari kemampuan untuk mengotakannya. Semua sedia maklum bahawa janji-janji sedemikian merupakan satu kenyataan politik yang ada kalanya tidak realistik dan tidak mungkin dicapai.

Antaranya, rejim baru berjanji untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya, membasmi gejala rasuah dan memperkasakan sistem demokrasi. Namun sering kali janji-janji itu berakhir dengan kehampaan. Dan inilah yang dibimbangi oleh rakyat Libya.

Apakah momentum dan perasaan optimis ini akan berterusan? Sudah pasti, semua rakyat Libya mengharapkan sedemikian. Tetapi kepimpinan baharu Libya perlulah peka untuk memastikan bahawa ia mampu menguruskan jangkaan rakyatnya dengan bijak.

Kelahiran Libya yang baru haruslah bermula daripada rakyatnya sendiri dan bukannya kuasa-kuasa Barat yang berkepentingan.

* Pandangan di atas adalah pendapat kendiri penulis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved