Ahad, 2 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Farewell to fags?

Posted: 01 Oct 2011 04:31 PM PDT

OCT 2 — It sounds too good to be true but Hong Kong could be on its way to becoming the developed world's first smoke-free city.

The findings from a survey by the Census and Statistics Department inform us that only 11.1 per cent of people aged 15 and above smoke in Hong Kong — a record low in 30 years.

Now, if you ask me, most of these 11 or so per cent must congregate at the ashtray bin in front of Times Square in Causeway Bay. It seems every time I make my way from the shopping centre to the taxi stand, there is a fug of smoke engulfing the area.

One curious blip about this survey is that Hong Kong health officials define smokers as those who smoke at least one stick a day. Therefore those who smoke occasionally do not figure in the statistics.

I am not a strong opponent of smoking. I sympathise with smokers who seem to be pushed out of every comfortable area there is (see list below). No more lighting up in pubs (though this is still not strictly observed), in public parks or bus terminals.

In many developed countries, and in Malaysia too, it is natural — commonsense I should say — to not light up in indoor venues like restaurants, shopping malls and cinemas.

But on a recent holiday to Hainan Island, it was as if I had stepped into one big smoking room. Whether in a fancy restaurant or riding in a taxi, the cigarette was still king. During dinner one night, I spotted a father seated at the next table blowing smoke into his toddler's face.

I liked the smell of cigarette smoke as this was what I grew up with. My dad used to be a heavy smoker and even though he quit maybe 20 years ago the smell of Benson and Hedges still brings back memories.

Something changed though when I was pregnant with my son. That was the one smell that repelled.

I only realised this when a cousin came to stay with us and although he was kind enough to smoke outside the house and usually when I wasn't home, the smell that clung to his clothes and breath made me want to throw up.

That was four years ago and I still hold my breath automatically when I see someone smoking.

Like moths to a flame, the ashtray bin is the place to be seen.

Since moving to Hong Kong – and I blame this squarely on the pollution here – an inhaler has taken up residence in my bag. Cigarette smoke, fumes from buses and dust can trigger off an attack. So now, I am looking forward – albeit with suspicion about the validity of the claim – to this being a smoke-free city.

The main reason behind the declining number of smokers here is the steep tobacco tax which was increased by 41.56 per cent earlier this year bringing the current tax to 70 per cent. A pack of cigarettes now costs HK$50 (RM19).

Asking visiting friends and relatives to buy cheaper ciggies at duty free shops in Malaysia won't work anymore as each passenger is only exempted 19 sticks or one shy of a pack.

The survey showed that female smokers are exceptionally low as is the case in most Asian countries – again, I seem to run into many women puffing on the streets of Ap Lei Chau – at only three per cent of the population compared to 19.9 per cent of males.

Interestingly, there has been a slight increase of 0.3 per cent in female smokers over the past decade whereas the percentage of male smokers has decreased by 8.6 per cent

Those who have stayed their ground tended to be in the above 60 age group who are unlikely to change their lifelong habit.

The success of taxation is said to be clearly shown especially in the 15-29 age group who are most sensitive towards price rises.

The good news is that the younger generation of smokers appears to be shrinking. Besides hitting where it hurts most, other measures seem to have reached home. These include smoking cessation clinics run by the Department of Health, hospitals and the Hospital Authority, a quit smoking hotline and a smartphone app.

The quit smoking hotline received 14,787 calls as of August compared to 13,880 in 2010.

The free smartphone app which includes tailor-made quitting tips, a tool to keep track of your progress and encouraging messages from 44 celebrities. It is currently only available in Chinese.

Sitting right up there with the goal of creating the most spectacular fireworks display ever for National Day on October 1 is achieving the target of achieving a smoke-free status — when five per cent or less of the population smoke.

Until then, here's to my neighbour who enjoys a smoke-infused dump every day at 11pm: please shut your window.

* Before you light up on your next visit to HK, check out some of the statutory no-smoking areas in the city:

    Escalators

    Public beaches

    Karaoke establishments

    Mahjong tin kau premises

    Massage parlours

    Public transport including ferries

    Hong Kong Stadium

    Bars

    Markets

    Amusement game centres

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Krisis JMB: ‘Lupakan sengketa lama, ayuh bergerak ke hadapan’

Posted: 01 Oct 2011 04:19 PM PDT

2 OKT — Suara majoriti penduduk pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung pada pagi Ahad lalu di tempat tinggal penulis, menceritakan segala-galanya.

Krisis kepimpinan yang melanda Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sini sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang dikhabarkan akan tegang pada awalnya berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Malah secara keseluruhannya perjalanan EGM berkenaan berlangsung dengan penuh tertib sekalipun kedengaran pekikan darai segelintir individu tertentu.

Ternyata, strategi yang dirancang berbulan-bulan lamanya oleh kumpulan berkepentingan untuk meraih pucuk kepimpinan JMB di sini dengan menggunakan pelbagai cara tidak kesampaian.

Sebaliknya, niat buruk itu telah dipatahkan dengan sebulat suara oleh majoriti penduduk yang hadir pada EGM itu. Sokongan padu yang diberikan penduduk kepada barisan kepimpinan yang sah, menghantar mesej kuat kepada kumpulan berkepentingan itu.

Mesej mereka cukup jelas yakni mereka tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan nekad segelintir pihak untuk memporak-perandakan keharmonian dan kesejahteraan penduduk setempat.

Secara tidak langsung juga, mereka sebenarnya memberi isyarat kepada kumpulan berkepentingan berkenaan bahawa segala gerak-geri dan kelakuan mereka sedang diperhatikan!

Biarpun dilihat tidak begitu lantang dalam pendirian mereka dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum ini, itu tidak bermakna penduduk-penduduk mengiakan atau mempersetujui niat kumpulan berkepentingan terbabit. Sebenarnya penduduk-penduduk mahu memerhati dengan lebih lanjut tindak-tanduk kumpulan berkepentingan itu yang berikutnya sebelum menyatakan pendirian mereka.

Sistem demokrasi yang mana suara penduduk adalah suara keramat wajar dipertahankan kerana kegagalan untuk mempertahankannya, bermakna berkuburlah suara penduduk di sini. Apabila suara penduduk pun tidak diendahkan apatah lagi diperlekehkan, maka apa gunanya untuk membentuk sebuah JMB. Apa gunanya juga diadakan pemilihan jika suara penduduk tidak dihormati.

Secara tidak langsung, pemilihan semula 3 anggota lama dari JMB terdahulu (bukan dari kumpulan berkepentingan yang mencetuskan krisis kepimpinan) dalam kepimpinan baharu, merupakan satu kemenangan kepada sistem demokrasi di sini.

Ia bukti bahawa dalam demokrasi, anda bebas memilih mana-mana calon yang layak untuk menerajui sesebuah organisasi dan dalam konteks perbincangan ini, JMB. Justeru, tidak timbul soal pilih kasih atau ketidakadilan kerana pemilihan yang dibuat datangnya dari penduduk-penduduk sendiri.

Semestinya, penduduk-penduduk mempunyai sebab-musabab untuk memilih semula tiga calon yang dimaksudkan itu. Ia mungkin disebabkan sifat kepimpinan, kebertanggungjawaban dan komitmen mereka kepada usaha menambahbaik mutu perkhidmatan kepada penduduk-penduduk setempat di sini. Rekod perkhidmatan ketiga-tiga ahli JMB lama sebelum ini juga dikatakan cemerlang kerana berjaya mengurus tadbir soal kewangan dan pengurusan dengan cermat.

Sebarang cubaan untuk terus mempertikaikan kewibawaan JMB yang baharu dilantik itu atas pelbagai alasan seperti pengundian tidak sah, korum tidak mencukupi dan sebagainya hanyalah satu taktik lapuk untuk menghalang JMB baharu daripada menjalankan tugas.

Yang pasti, cubaan bacul sebegini hanya memperlihatkan ketidakmatangan dan ketidakmahuan kumpulan berkepentingan untuk turut serta memajukan kawasan pangsapuri yang berusia tiga tahun itu. Lebih buruk lagi, sikap sedemikian hanya mewujudkan suatu budaya yang tidak sihat dalam kalangan penduduk yang mana budaya untuk merampas kuasa secara tidak sah akan menjadi ikutan.

Bermakna, jika segelintir penduduk tidak menyukai JMB yang dipilih, JMB tersebut boleh dijatuhkan walau dengan apa cara sekalipun. Apa yang dibimbangi selepas ini jika budaya ini menular, akan wujud anarki. Dalam konteks ini, bukan undang-undang sedia ada yang dijunjung tetapi undang-undang rimba.

Bayangkan apa akan terjadi jika undang-undang rimba menjadi ikutan. Dalam undang-undang rimba, seseorang itu boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan. Di sini juga, terbongkarlah segala pekung sebenar mereka. Apakah ini yang mereka mahukan? Apakah manfaat yang akan diperolehi jika undang-undang rimba menjadi ikutan?

Penduduk-penduduk setempat perlu faham bahawa undang-undang rumah atau house-rules yang dikuatkuasakan bukan bermakna kebebasan mereka dikekang. Penetapan "House-rules" bertujuan untuk memantau dan memelihara kesejahteraan sesebuah pangsapuri.

Bagi mereka yang selama ini tidak mempunyai masalah dengan "house-rules", ia bukan satu masalah besar tetapi perkara sama tidak boleh diperkatakan untuk mereka yang terang-terang tidak mahu mematuhinya.

Umpamanya, jika ada seorang penduduk yang telah melanggar "house-rules" dengan meletakkan kereta di lot yang tidak dibenarkan, apakah pihak pengurusan wajar membisu dan membiarkannya begitu sahaja? Peraturan tetap peraturan!

Di sebalik kemungkinan itu, usaha untuk menambahbaik, mencantik dan memajukan kawasan pangsapuri berkenaan tidak harus tergendala hanya kerana rungutan sesetengah pihak. Rungutan tetap berlaku di mana-mana dan akan terus wujud selagi ada manusia yang berasa iri hati dan tidak mahu melihat kemajuan berlaku di pangsapuri tersebut.

Apa yang penting, gunakan kritikan dan rungutan penduduk itu sebagai penyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dalam menambahbaik keadaan pangsapuri-pangsapuri.

Sudah tiba masanya episod hitam krisis kepimpinan JMB di pangsapuri ini melabuhkan tirainya. Kini adalah masanya untuk semua pihak bertelagah melihat ke hadapan, melupakan sengketa lama dan bersama-sama mencorak satu visi baharu yang lebih kondusif untuk penduduk-penduduk.

Hanya dengan perpaduan jitu sahaja, baharu kita boleh maju ke hadapan. Tanpa perpaduan, ia hanya akan membuka peluang dan ruang kepada oportunis untuk terus memporak-perandakan keharmonian yang sedia wujud. Sudah pasti, penduduk-penduduk setempat di sini tidak mahu melihat episod hitam yang melanda JMB baru-baru ini berulang kembali.

Ini kerana sebarang proses untuk mengadakan pemilihan semula bukan sahaja membuang masa bahkan juga menjadikan JMB di pangsapuri ini bahan ketawa kepada pihak luar.

Yang pasti, segala cubaan selepas ini untuk terus mensabotaj (jika ada) JMB baharu ini tidak boleh dikompromi dan perlu ditentang habis-habisan!

* Segala pandangan yang diluahkan disini adalah pandangan peribadi penulis.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved