The Malaysian Insider :: Bahasa |
Marina Mahathir selar media, Seksualiti Merdeka bukan promo seks bebas Posted: 07 Nov 2011 02:35 AM PST Ambiga Sreenevasan bercakap kepada media selepas kenyataan diambil polis di pejabat Tenaganita di Jalan Gasing, Petaling Jaya petang ini dengan ditemani (dari kiri) Maria Chin Abdullah, Irene Fernandez, Pang Khee Teik dan Marina Mahathir. ― Foto oleh Jack Ooi Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik. "Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda," kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini. Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu. Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. "Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden," katanya. Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang. "Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan. "Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?" kata beliau. Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang. Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan. Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan. "Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang. "Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini," kata beliau. "Jaga-jaga, TV3." Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam. Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu. Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka. "Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya. Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini. Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam. Full content generated by Get Full RSS. |
Guan Eng: Anwar tetap PM jika Pakatan tawan Putrajaya Posted: 07 Nov 2011 01:03 AM PST
Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak. "Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. "Kami telah pun mengatakan siapa yang akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat menang (kerajaan pusat). Jadi, ia sangat jelas," kata Lim dalam rakaman sidang media yang diadakan di George Town hari ini. Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, sedang berhadapan kes liwat ― yang kedua sejak 1998 dan kini berada peringkat penghujahan selepas pihak pembela selesai membentangkan kes mereka. Dalam satu temu bual baru-baru ini, Anwar berkata, berdasarkan sokongan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu pihaknya akan memperoleh kejayaan lebih baik dan berpeluang memenangi Putrajaya meskipun beliau disabitkan kesalahan. "Beliau (Anwar) akan berada di sana (menjadi perdana menteri) meskipun pergi ke penjara. Orangnya masih Anwar. Yang itu telah diputuskan oleh kesemua parti," kata Lim. Dalam pada itu, Lim menegaskan bahawa undang-undang kontroversi hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang. "Tidak akan ada hudud. Jadi persoalan itu tidak timbul," kata beliau merujuk laporan media memetik Dr Chua menyerang Pakatan Rakyat berhubung soal pelaksanaan undang-undang hudud. "Saya sudah pun berkata di Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau pinang dan kemudian Umno menyerang PAS (bertanya) mengapa tiada hudud, seolah-olah Umno mahukan hudud," kata beliau. PAS, komponen Pakatan Rakyat, berulang kali mempersalahkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebagai halangan kepada langkah pihaknya mahu melaksanakan hudud di Kelantan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan