Jumaat, 11 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tg Adnan: ‘Kenapa mesti kita tukar calon menang 2008’

Posted: 11 Nov 2011 02:39 AM PST

PUTRAJAYA, 11 Nov ― Barisan Nasional (BN) mahu calonnya yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 bukan sahaja boleh menang tetapi juga daripada mereka yang dikehendaki rakyat, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang tidak meletakkan had umur atau jumlah pernah menjadi wakil rakyat untuk menjadi calon bertujuan memastikan calon yang bertanding nanti adalah yang dimahukan rakyat.

Tengku Adnan (gambar) yang juga Setiausaha Agung Umno dan Ahli Parlimen Putrajaya yakin dengan kenyataan Najib itu dapat melenyapkan persepsi sebelum ini yang mengatakan yang tua tidak boleh menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Penjelasan sudah dibuat semalam dan yakin dengan calon yang akan diketengahkan oleh BN nanti," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau turut mengakui bahawa pilihan raya umum yang akan datang adalah sengit dan yang penting individu berkenaan adalah calon terbaik bagi BN.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata daripada segi bilangan muka lama yang akan dikemukakan parti pada pilihan raya umum nanti, terserahlah kepada presiden menentukannya.

"Anda mestilah sentiasa ingat, pilihan raya umum pada 2008 adalah satu keadaan yang amat getir. Kebanyakan calon yang berjaya pada 2008 adalah calon yang boleh menang. Kenapa mesti kita menukar mereka," katanya.

Mengenai dakwaan mungkin wujud sifat 'menikam dari belakang' di kalangan ahli parti, Tengku Adnan berkata kepentingan partilah yang perlu didahulukan dan bukan individu.

Katanya, ini kerana pilihan raya umum akan datang merupakan satu pilihan raya yang begitu getir kepada parti.

Full content generated by Get Full RSS.

AUKU tak perlu dipinda, kata Naib Canselor UiTM

Posted: 11 Nov 2011 01:10 AM PST

SHAH ALAM, 11 Nov — Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dipinda kerana politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.

"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya pada sidang media hari ini, lapor Bernama Online.

Beliau mengulas cadangan beberapa pihak yang mahu AUKU dipinda bagi memberi ruang dan kebebasan berpolitik kepada penuntut universiti.

Sahol Hamid berkata pada masa ini, penuntut telah diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka melalui persatuan yang disertai serta pilihan raya kampus yang diadakan, dan ini sudah memadai.

"Malah saya sendiri mempunyai akaun Facebook yang digunakan untuk berhubung secara terus dengan penuntut UiTM.

"Mereka boleh mengadu apa sahaja kepada saya dan tindakan yang sewajarnya akan diambil," kata beliau lagi.

"Kalaupun minat sangat dengan politik, habiskan dulu pengajian. Di UiTM, pengajian kita adalah sangat intensif, jadi tidak ada masa untuk berpolitik," kata Sahol Hamid.

Mengulas lanjut, beliau berkata politik orang Melayu pada hari ini menjurus kepada perpecahan dan bukan perpaduan.

Beliau berkata apa yang jelas masing-masing cuba memburukkan sesama sendiri sambil terlupa pihak lain sentiasa bersatu padu dalam memastikan survival mereka di masa depan.

"Jangan terlalu ghairah sampai lupa sejarah, lupa helah dan tidak nampak apa yang sedang berlaku. Melayu sepatutnya kuat dan bersatu padu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved