Isnin, 14 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MB Terengganu minta polis siasat dakwaan dia khalwat

Posted: 14 Nov 2011 03:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira 3.35 petang.

"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam dipetik Bernama.

Wan Ahmad berkata pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.

Minggu lalu, Menteri Besar Terengganu berkata mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel lima bintang di sini beberapa bulan lalu.

Katanya, fitnah itu memberi tekanan emosi ke atas keluarga beliau.

Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu, namun hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.

"Saya sedih dan dukacita apabila blog hari ini memfitnah saya secara membabi buta," kata beliau.

Ahmad dilantik sebagai menteri besar Terengganu pada Mac 2008.

Full content generated by Get Full RSS.

MAS-AirAsia: MP Umno dakwa Azman, Tony tipu rakyat

Posted: 14 Nov 2011 01:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin (gambar) mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada  penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara," kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.

"Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain," katanya lagi.

"Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat," kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.

Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan "sekarang cuba untuk menipu MAS."

"Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah," katanya ketika membahaskan Bajet 2012.

Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.

"Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.

"Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa," kata beliau sambil menambah, "jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita," kata beliau lagi.

Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna "pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi."

Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved