Isnin, 14 November 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Babu juga bisa menulis

Posted: 13 Nov 2011 04:10 PM PST

14 NOV — Pembekuan yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia sejak 26 Jun 2009 terhadap penghantaran pembantu rumah (Tenaga Kerja Wanita, TKW) ke Malaysia akan ditarik balik pada 1 Disember 2011.

Demikian diumumkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono selepas mengadakan rundingan tahunan kelapan bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di Lombok pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, pada 18-19 November ini, kedua-dua negara dijadual mengadakan rundingan di Bali bagi menetapkan pelbagai terma berhubung pengambilan TKW.

Buku 'Singa Bauhinia' membuktikan pembantu rumah juga boleh menulis.

Bernama pada 21 Oktober lalu memetik Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai berkata bahawa TKW antara lain perlu dibayar gaji tambahan sekiranya mereka diminta bekerja pada hari cuti rehat mereka.

Dalam pada itu, khabarnya terdapat sekitar 170,000 TKW di Singapura pada masa ini, tetapi lebih separuh daripada jumlah itu tidak diperuntukkan hak cuti rehat.

Saya mendapat maklumat ini daripada trivia yang dipaparkan di dinding akaun Facebook milik Nessa Kartika, atau nama sebenarnya Anissa Hanifa.

Peluang untuk bertemu Nessa muncul sewaktu kami sama-sama diundang ke Ubud Writers & Readers Festival di Bali pada 5-9 Oktober lalu.

Ibu berumur 28 tahun ini tidak malu untuk mengaku dirinya seorang TKW. Malah, pada blognya di www.nessakartika.blogspot.com, dia mencatatkan dengan berani: "Babu Juga Bisa Menulis".

Dalam Bahasa Jawa, "babu" merujuk kepada wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah. Namun, istilah itu juga boleh membawa makna "bapa", "encik", "adik lelaki", "kerani", "tuan", "datuk" dan banyak lagi mengikut konteks bahasa, budaya dan zaman.

Anissa Hanifa @ Nessa Kartika.

Atau, menurut Nessa sendiri, babu adalah "orang upahan" dalam bahasa paling kasar.

Saya begitu terkesan mendengar perkongsian pengalamannya pada sesi bertajuk "Under the Rug" di Left Bank Lounge, Ubud pada 8 Oktober lalu.

Nessa pernah bekerja sebagai TKW di Hong Kong — di mana dia turut menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikan — sebelum bekerja di Singapura.

Segala pengalaman diri serta apa yang pernah dilihat atau didengar daripada rakan-rakan TKW dan Buruh Migran Indonesia (BMI) di Hong Kong dan Singapura dijadikan asas untuk digarap menjadi fiksyen.

Wanita yang berasal dari Wonosobo, Jawa Tengah ini bekerjasama dengan seorang lagi TKW di Hong Kong, Karin Maulana, untuk menghasilkan kumpulan cerpen berjudul "Singa Bauhinia" (Hong Kong: 2011).

Dalam kesibukan bekerja sebagai pembantu rumah bagi sebuah keluarga di Choa Chu Kang, Singapura, Nessa menggunakan masa terluang untuk menulis.

"Saya amat bertuah kerana majikan membenarkan saya menggunakan komputer dan akses Internet di rumah mereka," kata wanita itu yang boleh bercakap dialek Mandarin, Kantonis dan Hokkien.

Kisah kelahiran buku "Singa Bauhinia" turut mendapat perhatian dan publisiti meluas di pelbagai media di Singapura, Hong Kong dan Indonesia.

Media di Indonesia dan Singapura memuji keberanian Nessa dan Karin.

Akhbar Straits Times (Singapura) pada 22 Februari lalu melaporkan bahawa Nessa yang bekerja di Singapura berkomunikasi bersama Karin di Hong Kong menerusi e-mel dan Facebook untuk menyiapkan buku berkenaan yang memuatkan 14 buah cerpen.

Nessa ternyata mahu mengubah persepsi bahawa golongan TKW adalah wanita yang "bodoh" dan tidak tahu "bersuara" walaupun diperlakukan sesuka hati oleh majikan.

Cerpen-cerpen dalam "Singa Bauhinia" terbukti mampu merakamkan pengalaman sebenar TKW yang diceritakan pula menerusi sudut pandangan serta menggunakan "suara" mereka sendiri.

"Saya dan Karin memulakan projek buku ini sewaktu dunia baru sahaja dikejutkan kes TKW bernama Sumiati Salam Mustapa yang dilaporkan ditikam, dibelasah dan dibakar oleh majikannya di Arab Saudi," kata Nessa di akhbar Jakarta Post pada 1 April lalu.

(Belum diambil kira pelbagai kes besar melibatkan majikan dan pembantu rumah yang dilaporkan — atau tidak dilaporkan — di Malaysia.)

Walaupun cerpen-cerpen di dalam "Singa Bauhinia" menggunakan Bahasa Indonesia, saya yakin bahawa pembaca di Malaysia tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk memahaminya.

Apatah lagi ramai juga generasi muda pelbagai kaum di Malaysia pada realiti memang diasuh dan dibesarkan sejak lahir oleh TKW ("kakak") dari Indonesia!

Bercakap mengenai hakikat ini, saya teringat akan pandangan yang dikemukakan oleh Nessa, Jaladara dan Rida Firtia semasa sesi "Under the Rug" di Ubud.

Harapan dan impian mereka adalah bahawa anak-anak di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan negara-negara lain yang diasuh dan dibesarkan oleh TKW akan lebih memahami golongan itu dari segi psikologi dan kemanusiaan.

"Saya harap apabila anak-anak ini nanti sudah besar, berkeluarga dan punyai babu di rumah, mereka tahu melayan TKW dengan sedikit perikemanusiaan," kata Nessa dengan suara sebak.

Harapan yang diluahkannya itu turut mengundang air mata ahli panel yang lain serta menyentuh perasaan para hadirin yang terdiri daripada kelompok penulis dan peminat sastera antarabangsa.

Mungkin sahaja pengalaman TKW di Singapura dan Hong Kong seperti yang diceritakan menerusi "Singa Bauhinia" tidak sama dengan keadaan serta realiti di Malaysia. Ulang: Mungkin.

Dalam cerpen "Keinginan" karya Nessa, diceritakan kisah Hana yang pergi ke Hong Kong sebagai TKW. Digambarkan rasa rindu kepada anak-anak kecil yang terpaksa ditinggalkan di kampung bagi tempoh beberapa tahun.

Tidak sekadar itu, Hana juga menjadi mangsa apabila majikan mengalami kerugian dalam perniagaan atau menghadapi masalah peribadi.

Selama 15 bulan bekerja di Hong Kong, watak Hana berasa takut dan trauma berikutan gangguan seksual serta menjadi mangsa rogol oleh majikan.

Berbeza pula dengan cerpen "Love Is Not Impossible" di mana Dave, seorang pemuda, jatuh cinta pada Evin, TKW yang bekerja di rumah bapanya.

Cerpen "Kupu-kupu Puncak Beton" menceritakan mengenai watak Novi yang sudah hampir empat tahun bekerja sebagai TKW di Singapura.

Suatu hari, dia bertemu Rana, seorang lelaki Bangladesh yang meminta Novi melayan nafsunya sebagai ganti untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit percuma.

Seterusnya, cerpen "Cinta Singa Bauhinia" berkisar tentang Lia yang kecewa berikutan kekasihnya, Gun, berkahwin dengan wanita lain.

Lalu, ketika menjadi TKW di Hong Kong, Lia menjalin hubungan bersama seorang tomboy bernama Retno. Pengakhiran cerita ini pasti membuatkan ramai menepuk dahi.

Menerusi cerpen "Hanya Aku dan Bintang", Nessa mengangkat kisah Eva yang lari dari rumah bersama kekasihnya, Bintang.

Jaladara bersama buku 'Surat Berdarah untuk Presiden'.

Mereka melarikan diri dari Jawa dan cuba memulakan hidup baru di Bandung. Apa yang menjadi masalah adalah bahawa mereka belum bernikah secara sah.

Kehidupan menjadi lebih rumit apabila Bintang kemalangan dan Eva terpaksa bekerja di kelab malam.

Buku ini turut disertakan komen pembaca yang terdiri daripada beberapa penulis Indonesia serta beberapa BMI dan TKW yang bekerja di Hong Kong, Korea dan Singapura.

Sebuah lagi buku yang secara khusus merakamkan catatan pengalaman sebenar BMI dan TKW di Hong Kong berjudul "Surat Berdarah untuk Presiden" (2010).

Para TKW antara lain mendedahkan bagaimana mereka tidak lagi dianggap atau dilayan sebagai warga Indonesia sebaik sahaja mereka memperoleh permit untuk menjadi BMI.

Buku "Singa Bauhinia" dan "Surat Berdarah untuk Presiden" khabarnya sudah diserahkan ke pejabat Presiden Indonesia tetapi tiada apa-apa maklum balas diterima.

Dalam pada itu, apa yang saya harapkan adalah supaya majikan di Malaysia membaca kedua-dua buku ini untuk memahami jiwa TKW yang sudah/bakal diambil bekerja sebagai pembantu rumah.

Saya akui bahawa "harapan" ini adalah terlalu tinggi dan hampir mustahil untuk menjadi kenyataan di negara bertuah ini.

Mungkin lebih mudah untuk "mengharapkan" kerajaan memberi kerakyatan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) berbanding mengimpikan rakyat Malaysia membaca buku cerita mengenai BMI dan TKW.

Maka, saya memutuskan untuk meletakkan harapan yang lebih diterima akal rasional: Semoga para BMI dan TKW di Malaysia membaca kedua-dua buku ini dan seterusnya mendapat semangat untuk turut menulis fiksyen berdasarkan pengalaman diri.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.

Anak haram?

Posted: 13 Nov 2011 03:35 PM PST

NOV 14 — Anak luar nikah. Bastard. Illegitimate child. Child born out of wedlock.

These are unpleasant terms used to describe a difficult situation. Imagine if your child were labelled with any of the above, and you would have some understanding of the anguish and despair experienced by quite a few Muslim parents in Malaysia when registering their newborn children with the National Registration Department (NRD). 

Imagine being overjoyed at the birth of a first-born daughter only to find out that your husband's name will not be on her birth certificate or MyKid identity card. Instead, in its place will be the words "tiada maklumat" and her having a "binti Abdullah" to her name. 

A few years later when your daughter is at primary school, her friends and even teachers will wonder why her name is "binti Abdullah" when the father's name is Zulkifli. As it is common knowledge that children born out of wedlock are "binti Abdullah," your daughter will experience the name calling and jeering of "kamu anak haram, anak luar nikah" (You are an illegitimate child, born out of wedlock!)" Kids can be quite cruel sometimes.

Fast forward 20 years into the future. Your daughter is about to get married and the solemnisation ceremony needs a wali (categorised as a guardian or representative of the bride). Traditionally the father or brother (if the father has died) has the duty of representing the bride during this ceremony. Imagine, despite the fact that she is your biological daughter, and your husband is her father who has been part of her entire life up to that point, and who is physically present at the ceremony... he will be denied the role of the wali. 

Ten minutes of registering a child, a mindless compliance to unnecessary and pointless punitive measures, and a lifetime of pain, trauma, despair and frustration.

When this issue came to light in 2008 through a doctor's letter to the editor of an online news portal, I remember the massive debate which erupted on the Internet back then. Things haven't changed it seems.

Who knew that the time you spend with the NRD clerk at the newborn registration desk could determine how your son or daughter would be viewed for at least the early part of their lives?

Who knew that a civil servant's level of familiarity (or not) with the NRD's rules can determine whether your child will be able to carry the father's name or have a "bin or binti Abdullah" instead? Who gave the clerk these rights and powers to decide? 

Section 13 under the Registration of Births and Deaths Act 1957 (Act 299) indicates that the registrar cannot write the name of the father for an illegitimate child in the birth certificate except upon the joint request of the mother and the person claiming to be the father. Both individuals are required to sign a joint registration as specified under the provisions of this Act. 

I understand and accept that when the father is nowhere to be found and doesn't take responsibility, the "bin" or "binti Abdullah" becomes applicable. What I don't understand is when both proud parents are present, they are then denied the right to register the husband as the father of the child on the account of a NRD clerk's counting his or her fingers backwards and determining whether you had sex on the night of the marriage or before that. 

What's worse is that on the appeal of such cases (such as premature birth) the burden of proof falls upon you as the mother and father to provide the certification from medical officers and decisions from Islamic religious councils. Even then you might have to resort to a court order to force the NRD to change something that could have been avoided in the first place! 

Though the ruling from the National Fatwa Council was much earlier in 1981, the then director-general of the NRD issued an internal circular on this matter dated July 6, 2007. The circular stated that the NRD should be on the "look out" for illegitimate Malay children and that they be labelled accordingly, "bin Abdullah" or "binti Abdullah." 

I ask this question: other than satisfying a bean counter's curiosity of how many children are born out of wedlock in this country, what is the benefit of this exercise?

I believe that the NRD is in error to act as it has on this issue. Let's get this straight. The job of the NRD is to register people. To register births and deaths. It is not to deliver judgment on whether adultery has been committed. The NRD is not an extension of the religious department. The Registration of Births and Deaths Act does not state any role of the fatwa council or the religious department in the registration of infants.

There is law and there is bad law. There are rules and there are also misguided rules. But this enters the realm of cruelty and the lack of compassion.

Compassion, it seems, is in short supply. It seems that we dedicate and spend more time and energy morally policing and judging others.

A birth certificate that has "tiada maklumat" or "tidak berkenaan" in place of a father's name is a dead giveaway and signals the start of the stigma and discrimination which will be faced by the child for at least the first two decades of his or her life.

I believe that this practice is in violation of Section 13 of the Registration of Births and Deaths Act and Article 8 of the 1989 Convention on the Rights of the Child. 

For the sake of the many parents and, most importantly, children, who are in this situation the victims, I hope that the NRD reconsiders its position on this issue and restore to these children their rightful identities.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved