Khamis, 17 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


AUKU: Keputusan rayu dibuat hujung bulan, kata menteri

Posted: 17 Nov 2011 03:36 AM PST

SEPANG, 17 Nov – Masih ada tempoh sebulan untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mengemukakan rayuan berhubung kes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ataupun tidak, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata masih ada masa lagi untuk kementerian menentukan tindakan selanjutnya dan pihak berkepentingan tidak perlu bimbang kerana keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan.

"Jangan risau keputusan mengenai perkara itu akan tetap dibuat, kemungkinan hujung bulan ini kita akan maklumkan," katanya kepada pemberita selepas menutup seminar Sains Kesihatan dan melancarkan buku Kajian Hala Tuju Bidang Pengajian di sini hari ini.

AUKU menjadi isu apabila Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa berpolitik adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Khaled berkata bidang Sains Kesihatan boleh diperkasakan lagi oleh universiti menerusi penerokaan disiplin baharu seperti 'Palliative Care' (Penjagaan Paliatif) dan 'Medical Technology Devices' (Peralatan Teknologi Perubatan).

"Ia boleh dikembangkan melalui jalinan kerjasama antara institusi tempatan dan luar negara seperti Ireland yang lebih dikenal pasti sebagai negara yang lebih maju ke hadapan dalam disiplin tersebut," katanya.

Selain itu, beliau berkata penawaran program Sains Kesihatan perlu dipertingkatkan dan berkualiti kerana bidang itu mampu menarik minat lebih ramai pelajar luar negara melanjutkan pengajian di negara ini.

Pada majlis sama, lima lagi buku kajian hala tuju pendidikan dilancarkan iaitu berkaitan pendidikan Sains Bioperubatan, Sains dan Teknologi Pemakanan, Pendidikan dan Latihan Sains Marin dan Maritim, Kaunseling dan Senibina.

Diharapkan penghasilan kajian hala tuju itu akan dapat mendorong kepada penghasilan lebih banyak kajian lain yang berkaitan dengan program ditawarkan di universiti, katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengerusi NFC pertahan beli kondo, dakwa nilainya RM6.9j

Posted: 17 Nov 2011 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah keputusan perniagaan bijak, demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu," katanya di Gemas hari ini.

Kata beliau, masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, demikian menurut laporan Berita Harian Online.

Sebelum ini pembangkang memetik Laporan Ketua Audit Negara mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Salleh adalah suami Shahrizat.

Dalam pada itu, Salleh belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya mengenai isu NFC.

"Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil," katanya.

Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved