The Malaysian Insider :: Bahasa |
Mahkamah: Suara Keadilan siar sembilan perkataan fitnah Zambry Posted: 30 Nov 2011 02:19 AM PST
Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian dalam kamar hari ini dengan dihadiri peguam Datuk Firoz Hussein Ahamd Jamaluddin yang mewakili Zambry selaku plaintif, dan peguam Jamie Wong yang mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain. Pada 22 November lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan tiga perkataan lain dalam artikel yang sama turut membawa maksud fitnah selepas defendan mengakui bahawa perkataan-perkataan tersebut adalah palsu dan tidak berasas. Firoz Hussein yang ditemui pemberita, berkata mahkamah memutuskan supaya taksiran ganti rugi dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar, namun tiada tarikh ditetapkan, lapor Bernama Online. Pada 25 Februari tahun lepas, Zambry (gambar) memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd. Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat. Katanya beliau tidak dihalang dari memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak. Zambry berkata lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media, dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja. Menteri Besar Perak itu berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan. Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya. Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk "Mohon Maaf Dr Zambry" dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac-6 April 2010. Full content generated by Get Full RSS. |
PKR: RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti Posted: 30 Nov 2011 01:49 AM PST
Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini. PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services. Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat "memberitahu siapa yang pergi bercuti." Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC. "Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?" kata beliau pada sidang media di sini. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan kawasan kediaman. "Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang. MENYUSUL LAGI Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan