Ahad, 4 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mukhriz mahu wakil rakyat Umno buat akujanji elak khianati parti

Posted: 04 Dec 2011 02:59 AM PST

KODIANG, 4 Dis — Sehari selepas perwakilan mencadangkan agar diamalkan sumpah bai'ah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah (gambar) ini berkata cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.

"Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat Umno) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih," katanya selepas merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di sini.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia perwakilan di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Najib sifatkan ikrar itu sebagai sumpah bai'ah.

Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Mengenai pemilihan calon muda pada pilihan raya umum ke-13, Mukhriz berkata, aspek penting calon yang hendak diketengahkan diterima rakyat termasuk golongan profesional muda.

Katanya jika ada 'orang lama' yang disenangi golongan muda, aspek berkenaan juga perlu diberi pertimbangan.

"Dalam menonjolkan golongan profesional muda berpendidikan tinggi, mereka harus bersedia dan bersemangat untuk berkhidmat dan pandai bergaul dengan rakyat," kata Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabansga dan Industri.

Full content generated by Get Full RSS.

Zahid: 50 peratus kemenangan jamin jika wakil rakyat selesai masalah

Posted: 04 Dec 2011 01:58 AM PST

BAGAN DATOH, 4 Dis — Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah setempat atau kawasan yang diwakilinya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata jika seseorang calon gagal maka sokongan boleh hilang dan peluang untuk memenangi pilihan raya tidak dapat dicapai.

"50 peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau telah rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya," katanya di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Zahid (gambar) yang juga Menteri Pertahanan berkata, justeru itu ketiga-tiga naib presiden Umno diberi tanggungjawab untuk memantau setiap bahagian yang masih mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya, masalah di peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dan dalam tempoh yang segera.

Beliau turut berharap tidak ada mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak terpilih untuk menjadi calon pilihan raya umum mensabotaj calon yang dipilih.

Pucuk pimpinan mengambil pendekatan memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya, jentera parti perlu digerakkan dengan semangat perpaduan tanpa mempunyai masalah dalaman bagi menjamin kemenangan pilihan raya umum akan datang, katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved