Ahad, 4 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Detour 2011: Use-less or useless

Posted: 03 Dec 2011 03:30 PM PST

View of one of two blocks of the Married Police Quarters. In the courtyard are the larger installations as well as a platform dressed like a Chinese Opera stage where "live" music performances take place at night. With guest artists from Germany, Belgium, Korea and Japan the idea is to share Hong Kong culture.

DEC 4 — I spent Friday afternoon skulking along the corridors of the Police Married Quarters (PMQ) in Hollywood Road. 

My friend enquired by text message if I had decided to surrender myself for overspending at the recently-opened Gap store nearby. I doubt the ghosts of police past would be interested in my misdemeanours but I bet my husband would be more than happy to lock up my credit card. 

What I was doing there, however, was checking out the premises, curious about how folks would have lived there 60 years ago, from 1951 until 2000. 

Only later that night while surfing the Net did I learn that the present Chief Executive Donald Tsang and his brother, a former police chief, grew up on the fourth floor of Block B. 

The site itself was originally home to the Central School which relocated there in 1889 as the first government school to provide primary and secondary Western-style education to the public. The premises was destroyed during World War Two and demolished in 1948 to make way for the PMQ. 

What I was less enthusiastic about was the ongoing annual design festival that was occupying the premises — but this was my chance to get inside. 

The Handsome Co. team believes thought and attention goes into every industrial design, recreating taxi light shells in porcelain to highlight their understated beauty. Visitors are invited to take them home on the last day of the exhibition.

So it was a pleasant surprise when I found myself intrigued by the design ideas exhibited inside each of the former flats. 

Detour 2011, themed Use-less, is a brilliant collaboration — breathing life into historical space while educating the public about responsible consumerism. 

The series of exhibitions, installations, workshops and performances takes the visitor away from sterile, white open gallery-like spaces to the musty rooms and dark corridors of the PMQ. 

Initially targeted for redevelopment (read: tear down and build shiny skyscraper/ luxury apartment block), PMQ will, from 2014, become a design hub housing studios for artists and designers and retail space to showcase their products as well as public spaces. 

I get a tingle imagining a similar fate for Pudu Jail, the National Art Museum and the former KTM Railway Station. If only. 

At the festival, there is something to see everywhere you turn: wavy wrought iron windows, narrow kitchens separated from each flat by a corridor, a flat filled with a mountain of sawdust , another with drinking straws reached from floor to ceiling, like a spiderweb. 

The Currywurst inspired the creation of compost-filled cotton nets in the shape of sausages, to be used for sowing seeds.

Some of the more interesting installations include a food cart pulled by a bicycle, titled Waste in a Wurst. 

Trust my Malaysian eye to mistake it for an ice kacang cart but what it was was a sausage-making machine used to make sausages of compost derived from food waste (then stuffed into a cotton net, resembling a sausage). 

Seeds are then sown on the top of the sausage. Designed by KaCaMA Design Lab, inspiration came in the form of the Currywurst sausage the three design graduates from Hong Kong Polytechnic University saw everywhere during the Design Exchange in Berlin. 

The Enlightening Garden by Seiko Mori from Japan highlights how we discard drinking straws with abandon. She created a garden to symbolise the life of a lighting plant using drinking straws and LED lights.

There are also some fun workshops to attend. The Useless Cloth is to raise awareness on fabric wastage. 

Participants are encouraged to bring in their old garments and will be taught to make tote bags and accessories. 

The paper-folding pinhole camera workshop by artist Martin Cheung is bound to be a major attraction as he teaches participants — using just one piece of paper sans glue — to form a pinhole camera. 

They will also be taught photo exposure techniques and how to develop their photos in a darkroom. I will leave you with photos of a few installations. 

Do put Detour 2011 on your itinerary if you happen to be in town. Not only will the PMQ be worth your time but trawling the steep, narrow streets of Central after that will lead you to interesting boutiques, cafes and galleries. 

Detour 2011 is on until Dec 11. Visit http://detour.hk/ for details.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

This is where they lived. Chief Executive Donald Tsang spent his childhood in a single room flat like this one. At the rear is a balcony and bathroom.

Full content generated by Get Full RSS.

Umno vs. Najib

Posted: 03 Dec 2011 03:24 PM PST

Umno vs. Najib

4 DIS — Ketua Pemuda Umno YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini mengatakan bahawa Umno kini dilihat sebagai lebih progresif dan lebih liberal. Jika ini benar, maka nampaknya masih ada yang tidak tahu mengenai perubahan itu. 

Walaupun demikian saya gembira melihat Khairy secara terbuka menyeru Umno menjadi lebih progresif dan liberal. Seruan ini amat penting. Khairy sendiri mungkin perlu berusaha lebih keras untuk mengejar di belakang status Dato Saifuddin Abdullah yang kelihatan mendahului kelompok progresif dalam parti. Umno memang memerlukan lebih ramai pemimpin yang berfikiran progresif. Walaupun Khairy belum lagi sampai ke peringkat Saifuddin, beliau tetap ada potensi. Dan saya ikhlas mengharapkan Khairy akan sampai ke situ secepat mungkin. 

Di kalangan pemimpin Ahli Majlis Tertinggi Umno, Saifuddin nampaknya konsisten menyeru ke arah penambahbaikan. Beberapa cadangan yang beliau utarakan memang bagus, dan beliau terus istiqamah walaupun menghadapi cabaran dari dalam parti sendiri, terutamanya dari kalang cybertroopers pro-Umno. 

Minggu lepas Saifuddin ada mengeluarkan kenyataan yang amat berterus terang. Beliau mengatakan bahawa dalam Umno ada tiga kumpulan. Kumpulan pertama sentiasa mahukan perubahan dan mereka tidak bergantung kepada kemahuan Perdana Menteri. Kumpulan kedua juga mahukan perubahan tetapi komitmen mereka bergantung kepada kata Perdana Menteri. Kumpulan ketiga pula tidak mahukan perubahan besar kerana mereka selesa dengan status quo. 

Menurut Saifuddin, malangnya kumpulan ketiga adalah kumpulan terbesar dalam Umno hari ini. Mereka ini digelar sebagai yang beraliran keras. Pandangan Saifuddin itu betul. Dan bagi saya golongan aliran keras inilah musuh Dato' Sri Najib paling besar. 

Sebagai pandangan sampingan, suka saya mencadangkan agar golongan progresif dalam Umno melihat pengalaman dalam PAS. Kelompok progresif dalam PAS kini telah berjaya memegang pelbagai jawatan tinggi dalam parti itu dan sekarang mereka memainkan peranan penting mencorakkan dasar parti. Mereka memulakan usaha tajdid telah lama, sekurang-kurangnya sedekad yang lalu, dan hasilnya hanya mula dirasakan sekarang. Laluan mereka dalam membawa perubahan pula penuh ranjau dan duri. Ramai yang dituduh tidak setia atau tidak wala' dengan perjuangan asal parti. Pengajarannya, jika benar mahukan perubahan, maka golongan progresif dalam Umno perlu mempunyai stamina dan tahap istiqamah yang sama. 

Mari kita balik kepada Umno. Banyak perkara mulia yang telah Najib cadangkan sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Slogan 1Malaysia merupakan satu idea yang bagus. Memanglah ideal jika kita tidak perlu lagi mengingatkan bahawa negara ini adalah milik semua. Tetapi hakikatnya masih ada segelintir pihak yang suka memecahbelahkan rakyat. Maka slogan itu boleh menjadi satu peringatan yang baik. 

Model Baru Ekonomi juga mengandungi banyak idea-idea bernas, terutama dalam bahagian pertama yang dilancarkan oleh Najib pada bulan Mac 2010. Selepas berdekad-dekad kita hidup dengan campurtangan kerajaan dalam ekonomi, maka amat baik sekali kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang bercakap mengenai keperluan liberalisasi. 

Dan setelah sekian lama kita hidup dengan pelbagai undang-undang yang mencengkam, sudah pasti ramai aktivis kebebasan sivil yang gembira apabila mendengar pengumuman Najib pada malam Hari Malaysia yang lalu. Para aktivis tersebut telah berjuang sekian lama menentang kezaliman ISA serta lain-lain undang-undang yang menyekat kebebasan rakyat, dan akhirnya Najib menyahut seruan mereka. 

Tetapi golongan aliran keras dalam Umno kelihatan berterusan mahu menentang dan menewaskan Najib. Atau, paling tidak, mereka mencipta pelbagai ranjau di sepanjang jalan transformasi yang Najib lakarkan. Mari saya berikan beberapa contoh. 

Tatkala Najib bercakap mengenai kesatuan, ada orang Umno, termasuklah yang berjawatan tinggi, tanpa teragak-agak menggunakan bangsa dan agama untuk membawa perpecahan, termasuklah dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini. Mereka mengulang-ulang tuduhan bahawa orang bukan Melayu, terutamanya dalam DAP, akan menggugat institusi raja, menghancurkan Islam dan merobekkan Bahasa Melayu. Semua ini jelas bertujuan untuk mewujudkan suasana berpecah "kita lawan mereka" dalam negara ini. 

Tatkala Najib bercakap mengenai pentingnya kita mewujudkan ekonomi liberal yang lebih kompetitif, ada orang Umno yang vokal menggerakkan NGO untuk merosakkan perancangan Najib itu. Mungkin antara kemenangan besar orang-orang Umno ini ialah  mereka dapat memaksa Najib mewujudkan agensi-agensi yang tidak wujud dalam perancangan awal transformasi ekonomi negara. Badan seperti TERAJU dan juga unit memantau kepentingan Bumiputera dalam MRT Corp adalah dua contoh, yang mana mereka ini akan menyebabkan dasar tindakan afirmatif yang tidak liberal berterusan menular dalam ekonomi kita. 

Dan tatkala Najib kelihatan radikal dalam mengumumkan transformasi undang-undang, radikalisme itu jelas sekali tidak turun ke bawah ke peringkat jentera parti. Kerana itulah kita kini mendengar beberapa pemimpin Umno mempertahankan sekatan-sekatan yang ada dalam Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibawa ke Dewan Rakyat penghujung bulan lepas. 

Apa yang boleh kita lihat ialah wujudnya satu jurang yang semakin membesar antara Najib dan Umno. Walaupun Najib bersungguh-sungguh mengutarakan idea-idea progresif, Umno kelihatan amat berat hati untuk mengikut halatuju Najib. Umno dan Najib kelihatan seperti dua entiti yang berbeza yang berlawan antara satu sama lain. 

Bagi saya perlawanan antara Najib dan Umno ini adalah lebih menarik untuk diperhatikan. Saya harap Najib akan menang. Kerana yang pastinya, jika Najib kalah, dia dan Umno akan sama-sama tenggelam. 

* Wan Saiful Wan Jan ialah ketua eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my)

* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved