Isnin, 5 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dua bekas pegawai kanan PUNB dipenjara palsukan cagaran bon RM18b

Posted: 05 Dec 2011 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Dua bekas pegawai kanan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) didapati bersalah berhubung tuduhan memalsukan dokumen berupa satu cagaran sijil bon bernilai RM18 bilion (AS$5 bilion) syarikat itu lebih satu dekad lalu dengan niat mahu membuat kontrak yang nyata.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari, 70, dikenakan hukuman penjara lima tahun manakala bekas Setiausaha Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 55, dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Hukuman dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan rayuan pihak pendakwa sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman setelah mendapati tindakan mereka dalam mengeluarkan bon tanpa kebenaran lembaga.

Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin dituduh bersama memalsukan dokumen pada 13 Oktober 2000 di Wisma UOA II, Jalan Pinang di sini.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh pada 27 Januari 2010.

Ahmad diwakili peguam Goik Kenzin manakala Mohamad Aminuddin pula Datuk Mohd Taqiyuddin Yahya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk' Abdul Razak Musa yang merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaaan SPRM mewakili mengendalikan pendakwaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Nik Aziz tanding PRU-13

Posted: 05 Dec 2011 01:37 AM PST

KOTA BARU, 5 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu," katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.

Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu "hujung pangkal" perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.

"Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved