Jumaat, 9 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Hudud: ABIM serah Soi Lek memo, gesa minta maaf dalam 48 jam

Posted: 09 Dec 2011 01:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis― Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud minggu lalu.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

"Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

"Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

MENYUSUL LAGI

Full content generated by Get Full RSS.

Mahathir: Orang Melayu hadapi dilema baru

Posted: 09 Dec 2011 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis ― Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus lantang melahirkan pandangannya mengenai pelbagai isu selepas bersara berkata, beliau telah 'mengunjungi semula' buku kontroversi tulisanya The Malay Dilemma kerana ada perkara-perkara yang merungkaikan dilema baru orang Melayu.

Dalam memoirnya yang dilancarkan Mac lalu, bekas perdana menteri itu berkata, "bila anda miskin anda akan ada dilema dan bila anda kaya, anda ada dilema yang besar."

"Saya harus mengakui bahawa saya telah melihat semula The Malay Dilemma. Banyak perkara sudah berubah, jadi kebanyakan perkara yang saya tulis dalam Malay Dilemma yang pertama, mereka akan kata ia sudah tidak relevan lagi," kata beliau.

"Bagaimanapun ada perkara yang merangkumi dilema baru orang Melayu," kata beliau ketika berucap melancarkan portal buku elektronik MPH yang akan membawa kandungan buku autobiografinya.

Buku Malay Dilemma mencetuskan kontroversi hebat ketika diterbitkan pada 1970, sejurus selepas Dr Mahathir dipecah dari Umno.

MENYUSUL LAGI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved