Ahad, 11 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur jadi calon PRU-13

Posted: 11 Dec 2011 01:58 AM PST

SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan  Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini.

"Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon.

"Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon," kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini.

Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat.

Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti.

Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu.

Shaari memberi alasan bahawa Hasan tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Ketika diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak penjelasan Shaari.

"Kami tidak tahu sama ada kami akan dicalonkan ataupun sebaliknya (di peringkat bahagian)," kata beliau.

Mohamad juga enggan mengulas isu berkenaan pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Rakyat.

"Masih di peringkat akhir perbincangan," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Karpal gesa minta maaf, Ramasamy rela keluar DAP jika perlu

Posted: 11 Dec 2011 01:11 AM PST

BUTTERWORTH, 11 Dis — Timbalan Pengerusi DAP Negeri P. Ramasamy perlu memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan "godfather" dan menjaga akhlaknya serta menghormati pemimpin veteran, kata Pengerusi parti Karpal Singh.

Bagaimanapun dalam reaksinya Ramasamy pula menegaskan, beliau lebih bersedia untuk meninggalkan parti daripada meminta maaf.

"Jika saya perlu meninggalkan parti, saya akan meninggalkan parti. Saya bukan mengejar jawatan dan saya tidak berminat dengan perkara-perkara sedemikian," kata beliau dalam ucapannya pada Persidangan DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, Karpal (gambar) berkata tanpa pemimpin veteran yang berjuang dan berkorban masa serta tenaga membina parti, sudah tentu DAP tidak akan berada dalam kedudukan sekarang.

"Siapa yang bina DAP? Pemimpin veteran yang membina parti dan jangan sekali-kali lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin ini. Pemimpin-pemimpin hari ini tidak akan menjadi pemimpin tanpa pengorbanan mereka," katanya ketika berucap pada persidangan yang sama.

Laporan Bernama Online menyebut, ucapan Karpal yang membidas Ramasamy itu menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong Timbalan Ketua Menteri II itu.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal dan kembali tenang.

Karpal turut membidas Ramasamy kerana melabelkan dirinya sebagai "godfather".

"Godfather menggambarkan imej kumpulan mafia, DAP tidak pernah bertoleransi dengan mafia," katanya.

Selain itu, Karpal juga mengkritik Ramasamy kerana cuba melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri.

"Tiada siapa pun yang boleh menjadi panglima perang dalam DAP, termasuk Ramasamy dengan cuba menamakan nama calon-calon pilihannya," katanya.

Sebelum ini, Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Prai dilaporkan telah mengumumkan dalam satu majlis baru-baru ini bahawa beliau dan tiga calon wanita India bakal bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Berikutan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor memberi amaran kepada Ramasamy supaya tidak mengumumkan konco-konconya sebagai calon.

Dalam perkembangan lain, kira-kira 150 anggota pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi sebagai bantahan ke atas

RSN Rayer dan A Thanasekaran masing-masing wakil rakyat kerusi Seri Delima dan Bagan Dalam berhubung isu yang sama serta menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Ramasamy.

Kesemua peserta demonstrasi membawa lapan kain rentang dalam bahasa Malaysia dan bahasa Tamil yang mengutuk Rayer dan Thanasekaran di samping menyatakan sokongan kepada Ramasamy.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved