Ahad, 11 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Caj perkhidmatan di restoran vs kualiti layanan yang diberikan

Posted: 10 Dec 2011 09:03 PM PST

11 DIS — Setiap daripada kita pasti mempunyai keinginan untuk menjamu selera di restoran atau kedai makan yang memperlihatkan "class" dan kelainannya tersendiri.

Apa tidaknya, kelainan yang wujud di restoran-restoran atau kedai makanan bertaraf sedemikian bukan sahaja mencetuskan keselesaan kepada pengunjung bahkan meletakkan mereka seolah-olah berada di rumah sendiri.

Secara tidak langsung, keadaan berkenaan membolehkan mereka boleh menjamu selera dengan baik. Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pelanggan-pelanggan. Daripada aspek layanan oleh si pelayan kepada cara penyampaian makanan hinggalah kepada kualiti makanan yang dihidangkan.

Nama-nama restoran seperti Tony Romas, Manhattan Fish Market, Madam Kwans dan Kenny Rogers Roasters sudah tentu berada dalam senarai teratas restoran-restoran yang dimaksudkan. Semuanya gara-gara kerana reputasi berterusan dan publisiti meluas yang diterima dalam media.

Sudah menjadi kebiasaan dalam dunia perniagaan, restoran-restoran berkenaan akan dijulang dan diangkat sebagai restoran yang memberikan makanan yang terbaik kepada pelanggan. Pelbagai janji diberikan dengan harapan pelanggan-pelanggan yang hadir, akan tertarik dengannya.

Sebagai seorang pelanggan, penulis tidak begitu kisah dengan aspek itu kerana selagi perkhidmatan yang diberikan adalah baik, ia sudah memadai. Dalam industri perhotelan, permakanan dan perkhidmatan sebagai contohnya, segalanya berkisar kepada khidmat yang diberikan. Dalam erti kata lain, khidmat (service) adalah segala-galanya.

Namun begitu, berapa banyakkah restoran yang benar-benar memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan itu? Apakah kakitangan pekerja yang diupah benar-benar bersedia untuk memberikan layanan baik seperti yang dituntut? Wajarkah kita sebagai pelanggan dikenakan caj perkhidmatan untuk beberapa peratus sekiranya layanan yang diberikan kurang memuaskan? Bagaimanakah kita mendidik dan melatih pelayan-pelayan untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan mereka?

Bercakap mengenai soal yang dibangkitkan itu, nampak gayanya penekanan kepada kualiti perkhidmatan di restoran-restoran sedemikian masih tidak sebaik yang digambarkan sebelum ini. Biarpun trend ini tidaklah menyeluruh, tetapi kecenderungan untuk mengabaikan aspek berkenaan akan memberikan impak yang hebat bukan sahaja kepada imej negara sebagai sebuah destinasi makanan terkemuka dunia bahkan memberikan tanggapan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang peramah.

Ini terbukti apabila penulis sendiri mengadakan kunjungan ke beberapa restoran makanan  di sekitar ibu negara dan Petaling Jaya yang menawarkan hidangan yang lazat-lazat belaka dengan harapan dapat menikmati hidangan makanan itu.

Akan tetapi, segala-galanya musnah berkecai akibat sikap sambil lewa, tidak profesional dan biadap yang ditunjukkan pelayan-pelayan. Pernah beberapa ketikanya, penulis diberikan layanan yang cukup dingin oleh si pelayan dengan mimik mukanya yang selamba, menengking malah membalas pertanyaan penulis dengan jawapan yang kurang sopan.

Tiada sebab untuk menjelaskan mengapa si pelayan berkelakuan sedemikian tetapi dilihat secara luarannya, dapat disimpulkan bahawa kumpulan pelayan secara terang-terangan memang tidak berminat untuk melayan dan mengalu-alukan kehadiran penulis. Dari saat itulah, persepsi penulis terhadap kehebatan dan "class" restoran-restoran besar ini berubah dalam sekelip mata.

Agak menghairankan mengapa pekerja-pekerja sebegini boleh diambil untuk bekerja sedangkan perkara pertama yang perlu ada oleh pekerja apabila menceburi bidang ini ialah keupayaan mereka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Maka kerana itu, tertanya-tanya juga dalam diri penulis, apakah relevannya untuk kita sebagai pelanggan dikenakan caj perkhidmatan (service charge) yang tinggi dalam bil makanan tetapi kualiti perkhidmatan yang dikenakan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan? Ini belum lagi mengambil kira cukai 5% yang dikenakan oleh kerajaan. Jumlah cukai perkhidmatan yang dikenakan itu pula bukannya sedikit dan ada kalanya mencecah RM2 hingga RM3.

Penulis tidak kisah sangat untuk membayar lebih tetapi sekurang-kurangnya pihak pengurusan sesebuah restoran berkenaan harus memastikan tahap perkhidmatan dan layanan yang diberikan kepada pelanggan haruslah konsisten. Usahlah menunjukkan mimik muka yang masam dan tidak bermaya ketika mengambil pesanan. Dan jika tidak berminat untuk melayan pelanggan, mereka adalah dinasihatkan untuk berhenti terus daripada kerja itu. Langkah ini penting kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah destinasi makanan tersohor di rantau ini. Jangan disebabkan oleh perbuatan segelintir pekerja restoran tidak bertanggungjawab, rosaklah seluruh rancangan Kementerian Pelancongan dalam mempromosikan Malaysia sebagai hub makanan terkemuka.

Sebagai pelanggan, kita mengunjungi sesebuah restoran itu kerana percaya bahawa makanan-makanan yang disajikan adalah lazat. Tetapi jika inilah layanan dingin yang diberikan, maka apa perlunya untuk mengunjungi restoran-restoran yang dimaksudkan? Lebih baik, untuk mengunjungi kedai-kedai makanan yang lebih kecil dan menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Pekerja-pekerja ini haruslah diberikan latihan serta bimbingan yang secukupnya bagaimana untuk melayan pelanggan-pelanggan dengan cara yang sebaik-baiknya. Mereka perlu ingat bahawa pelanggan-pelanggan adalah sentiasa betul.  

Pengalaman pahit yang dialami penulis ini sesungguhnya wajar membuka mata pihak pengusaha restoran dalam negara untuk terus memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka ke tahap yang sepatutnya. Maklum balas dan kritikan yang diberikan pelanggan haruslah diterima dengan hati yang lapang.

Kepada pengusaha-pengusaha restoran, mereka tidak boleh mudah berpuas hati dengan keadaan sedia ada kerana kegagalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi restoran (jika ada) hanya akan membawa kepada kemerosotan kepercayaan terhadap restoran-restoran tersebut.

* Segala pandangan di atas adalah pandangan peribadi penulis.

Full content generated by Get Full RSS.

The nowhere kids: Shortage of school places, expats reject HK

Posted: 10 Dec 2011 04:26 PM PST

DEC 11 — I met a lovely eight-year-old boy last weekend at a friend's home. Bright, friendly and able to speak three languages, the Dutch native arrived in Hong Kong with his family in October.

He is now in the midst of packing up to return home — while his parents stay on.

He can't find a school to take him in.

Expat families who have managed to secure jobs in the Hong Kong glittering financial hub are facing a huge problem — a severe shortage of school places for their children.

There are simply not enough places available at international schools across the island. Primary schools, in particular the lower years, are notoriously difficult to get into. The waiting list can be 18 months long.

There is a severe shortage of school places for expat children across Hong Kong.

The American Chamber of Commerce has warned the Chief Executive that the problem has reached a crisis point based on findings from a poll by a US relocation company.

Brookfield Global Relocation Services found that although Hong Kong is still a highly desirable destination for companies wanting to relocate their employees, the city also suffers from the highest rates of relocation failure, meaning employees decline the move.

Reasons include schooling, the high cost of living, housing and problems with driving.

There are numerous international schools here but costs can be prohibitive. A popular international school, Hong Kong International School (HKIS) offers debentures of HK$500,000 (RM190,000).

Another hot favourite, the bilingual Chinese International School (CIS), has not issued debentures in six years but in October 2010 a CIS corporate debenture was sold (there is a secondary market that trades debentures legally) for HK$4.95 million (http://guides.wsj.com/hong-kong/guide-to-hong-kong/education/).

The HKIS debenture is not mandatory but debenture holders receive priority placement. Yet another popular school is Singapore International School which recently raised its debenture from HK$100,000 to HK$180,000.

These debentures are non-interest bearing and some are refundable when the child leaves the school. Funds are used for maintenance and daily running of the school. It may be a family-paid debenture or corporate debenture. The latter is used by companies to entice staff to relocate to Hong Kong. Some companies are even restricting their foreign staff to singles or childless applicants.

Debentures only help get your foot through the door. There is still the monthly school fees to contend with which are about HK$10,000.

A trawl through expat discussion forums asiaXPAT (http://hongkong.asiaxpat.com/) and GeoExpat highlight the panic many new arrivals to Hong Kong experience. There is advice to find a school first before searching for a house. Enrol in a local school if the child is aged four or five. Choose a less popular international school but risk spending two hours travelling each day.

My son is three years old and I get asked on an almost daily basis if I've decided which primary school I wish to send him to.

Ishan is in K1, the first of three years of kindergarten. We will have to apply for a spot in a primary school next year. With no corporate debenture in our pocket, international schools are not an option. Why, just the application fee (non-refundable) for some of these schools can be as much as HK$2,000!

I promptly answer that I hope we won't be here long enough to deal with that headache.

As such, the government-subsidised English Schools Foundation (ESF) primary schools are perennially popular for the more affordable international school education. ESF chief executive Heather Du Quesnay said in an interview that they received nearly 2,000 applications for 1,000 places in Year 1.

The thing is, expat children are not the only ones fighting for spots in international schools. Local parents who have the means are also eyeing these schools as they believe the curriculum will a) better prepare their children for an overseas education; b) provide a better standard of English, which some believe has deteriorated since the handover in 1997; and c) remove the burden of the local education system.

You may ask, what's the harm in learning some Cantonese in a local school? Not to sound like a pansy but local schools are notorious for dishing out six hours of homework daily. I do not want that for my son at age six.

We have "lost" two friends and their families to Singapore in the past three months. Their top reasons for moving? Schooling and rent.

So is it glamorous being an expat? Not if you're a poor one.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved