Isnin, 26 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ramasamy: The Star punca pertelingkahan dengan Karpal

Posted: 25 Dec 2011 10:37 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy hari ini menyalahkan akhbar The Star atas pengeluaran artikel yang menjadi punca pertelingkahan dirinya dengan Karpal Singh kerana memutar belitkan fakta.

Ramasamy mendakwa kenyataannya berkenaan terdapat penyelewengan dalam kalangan pemimpin DAP dan pergerakan untuk menyingkirkan dirinya dari dalam parti seperti yang dilaporkan akhbar The Star pada 23 Disember lalu adalah tidak benar dan berasas.

Menurut Ahli Parlimen Batu Kawan ini, kenyataan yang dibuatnya adalah berkisar pembangunan Pulau Pinang dan bukannya terdapat cubaan untuk menyingkirkan dirinya dari parti dan penyelewengan dalam DAP.

"Punca kepada kontoversi yang timbul baru-baru ini adalah daripada perbualan saya dengan dua wartawan, seorang dari The Star dan seorang lagi daripada wartawan 'online' pada 21 Disember.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya yakin 99 peratus daripada perbualan berkenaan hanya berkisar berkenaan pembangunan Pulau Pinang dan tidak melibatkan sebarang tuduhan terhadap pemimpin DAP," katanya lagi.

Tambahnya lagi, "kenyataan yang dikeluarkan oleh The Star itu adalah tidak berasas dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya".

"Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian, dan wartawan terbabit turut menyatakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku.

Menurut Ramasamy (gambar) lagi, wartawan 'online' terbabit turut menyemak semula kenyataannya dan mengesahkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya sudah menyatakan kekesalan kepada wartawan terbabit atas berita yang dikeluarkan, dan wartawan berkenaan berjanji akan memperbetulkan kesilapan terbabit, namun begitu, keesokan harinya, kenyataan yang dikeluarkan dalam satu ayat itu berbunyi '' Professor menukar kenyataan lagi'' dan pada hari yang sama juga, Pengerusi DAP, Karpal Singh menuntut saya meletak jawatan," katanya menjelaskan perkara itu dalam sidang media di sini.

Ketika ditanya berkenaan krisis antara dirinya dan Karpal, Ramasamy enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya menyerahkannya kepada pimpinan parti itu.

"Tiada komen, saya tidak mempunyai masalah dengan Pengerusi DAP,  biar parti yang tentukan," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

PAS kutuk serangan ke atas gereja dan masyarakat Kristian di Nigeria

Posted: 25 Dec 2011 09:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis — PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas penganut Kristian dan gereja di Nigeria sempena perayaan Krismas di negara itu baru-baru ini.

Dipetik Harakah Daily, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS mengutuk tindakan terbabit malah pihaknya menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang turut mengutuk serangan itu.

"PAS bersama masyarakat antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap penganut dan gereja Kristian terbabit.

"Malah, kita juga menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang mengutuk serangan tersebut," katanya.

Setiausaha Agung Majlis Islam Britain, Murad Farooq, dalam kenyataannya sebelum ini berkata bahawa orang Islam yang beriman tidak boleh membiarkan serangan ke atas tempat-tempat ibadat penganut agama lain termasuk Kristian apatah lagi serangan itu berlaku pada perayaan yang paling penting bagi mereka.

"Ia menyakitkan hati dan umat Islam mengutuk keras tindakan itu yang telah mengancam hubungan antara orang Islam dan Kristian, yang telah damai di masa lalu.

Pada pagi Krismas lalu, gereja St Teresa dan Evangelical diserang sekumpulan individu yang menamakan diri mereka "Boko Haram".

Sekurang-kurangnya 15 orang menjadi mangsa dalam serangan terbaru itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved