Isnin, 26 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Wishlist for 2012

Posted: 25 Dec 2011 03:22 PM PST

DEC 26 — It is a little less than a week to 2012. 

As many of you know, the Mayan civilization had many theories about the world ending on December 21, 2012. Some also spoke about the return of Planet X with six orbiting satellites displacing our solar system causing... well, the apocalypse that will be the end of planet Earth as we know it.

While the scholars and the astrologists debate about this, Malaysians have much to look forward to in 2012. 

The police and armed forces, for instance, can look forward to a better year ahead, with better equipment and whatnot.

Those who earn less than RM25,000 a year can also look forward to cheaper or more affordable housing under the People's Housing Project, and more shelters will be built for the homeless under the Anjung Singgah initiative.

Anjung Singgah, apparently, will also provide food and welfare aid to those in need.

Taxi drivers can also look forward to a better year with tax exemptions on locally-made taxis, and compensation should they want to dispose of their old ride. This piece of news is, I suppose, the closest our taxi drivers will get to "Pimp my ride."

Just read the "Budget for the people 2012" and I'm sure you will find something in there for you. 

In case the Mayans are right, I am look for something bigger this new year. I am looking for something that cannot be bought, exchanged or traded for. As such, I wish this for all Malaysians, of all walks of life.

I wish Malaysians have better work ethics and take pride in what they do, especially those contractors who build sub-standard roads that become a minefield of potholes after a few weeks, or those who build stadia that last only a few years. 

I wish that Malaysians will stop littering everywhere and I wish that we are allowed to throw water balloons at smokers who light up near us. 

I want our public toilets to emulate those of the PLUS R&R's, and I wish the urinals would stop breaking down and the cleaners have better standards of cleanliness when cleaning the toilets.

I also wish that Malaysians have more courtesy. Don't fart, dig your nose and scratch your front and behind in public, please. Give up your seat to the elderly and expectant mothers in the trains and buses without people asking and hinting for it. Everyone has a handphone so no need to show off by talking loudly on it, especially in cinemas unless you want popcorn emptied over your head.

I wish Malaysians would drive better, and abide by the signboards instead of treating them as part of the scenery. Slow drivers shouldn't keep to the fast lane and those who speed, please do not use the emergency lane. It may be a good idea to have stickers for the elderly, women, pregnant mothers and those who enjoy the scenery by driving at 35km/h.

I've held, and watched, accident victims as they died by the road side while waiting for the ambulance. So maybe, just maybe we should start clearing up the dedicated lanes meant for emergency vehicles please? And if possible have the ambulances on standby at strategic locations instead of lumping all of them in the hospital?

I want to have more halal versions of Chinese cuisine around, i.e. "bak kua" substituted with beef, and let us have more of the chicken and beef floss, please?

On a similar note, but on a different level, I wish our leaders will make smarter statements, and that Santa would bring them more books to read. I also wish that they would stop bickering about Omega watches, porn stars, skin colour, the banning of books, politician's version of Hudud, and instead put Malaysians' welfare and progress where it matters most — in their hearts. We are losing FDI to our neighbours, and even sliding by Transparency International's standards. 

By the way, I am still waiting to hear whether or not Limbang is ours, or if it has been sold for some RM300 billion worth of oil to Brunei.

I have not given up on our MACC, and I wish them the best of luck reducing the outflow of illicit money that came close to RM1 trillion in the past 10 years. I wish that they will act without fear or prejudice for the sake of the people and country they swore to protect. RM1 trillion would have allowed us to have a few successful GTPs, catapulting us many times into the league of the developed world. 

Of course, it goes without saying that I hope there won't be any more "suicides" within MACC compounds nationwide.

To our men in blue, please look after us and not those who abuse us. Please help us keep the streets safe for the next generation and in turn you will get the respect that you so deserve. Tell your colleagues to dress smartly on patrols, and do not try making a quick buck, tarnishing the entire force's integrity in the process. Remember this old adage, respect has to be earned and not demanded. 

As for our students, I wish you all the best in your endeavours as our revered leaders decide on a lasting, education policy. Master English and learn another language or two from your friends. We are after all a nation of colourful fabric.

To all Malaysians, let's look forward by learning from the past. Let the politicians bicker while we hold steadfast to our principles and not let skin-deep arguments tear us asunder. We as a nation, are more mature, and are definitely more grown up today than before. 

Together we rise, and divided we fall. Let's all make this wish list come true, say before December 21, 2012?

From the bottom of my heart: Happy New Year, Malaysia.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.

Pak Lah bakal senasib ‘empat penulis teraniaya’?

Posted: 25 Dec 2011 03:14 PM PST

26 DIS — Dalam pada orang ramai menarik nafas lega kerana "sandiwara politik" ("Drama Paul Lathic") berhubung novel Interlok Edisi Murid sudah tamat pada 21 Disember 2011, jangan pula kita lupa akan satu lagi isu yang juga berkaitan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas).

Saya merujuk pada kes Rohani Deraman, Amy Suzani Mohd Ainuddin, Hazama Harun dan Mohd Izan Abd Hazes yang terus dinafikan hak royalti walaupun karya mereka dijadikan teks Komsas.

Tidak keterlaluan (dan tidak juga bersikap mendabik dada) apabila dikatakan bahawa sehingga kini, hanya Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang tampil memperjuangkan serta membela nasib "empat penulis teraniaya" itu.

Pak Samad menyokong "empat penulis teraniaya".

(Untuk makluman, satu kes lain berjaya diselesaikan pada peringkat permulaan manakala satu lagi kes selesai hampir sebulan selepas diketengahkan oleh Kavyan.)

Kavyan turut menerima sokongan dan kerjasama secara senyap daripada lebih 50 individu yang membantu dari pelbagai segi bagi terus memperjuangkan nasib "empat penulis teraniaya".

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang juga Penasihat Agung Kavyan sejak 2003, juga menyokong usaha murni memperjuangkan hak royalti, hak cipta dan harta intelektual pengarang.

Topik berkenaan turut dibincangkan semasa pertemuan kami di Bangsar, Kuala Lumpur pada 24 November 2011.

"Memikirkan bahawasanya sasterawan (penulis) adalah golongan yang selalunya tertindas, saya fikir, secara insani, penerbit haruslah menjadi pihak yang tahu ihsan. Apa salahnya diberikan sejumlah hasil (royalti atau honorarium) kepada penulis yang menghasilkan karya itu? 

"Jadi, perlu ada perikemanusiaan. Tapi dalam kes ini, nampaknya Kementerian Pelajaran pun tidak berbuat apa-apa bagi membela hak penulis. Pada hal, kementerian patut membantu. Walaupun barangkali ada tugasnya yang lebih besar, tapi ini adalah rakyat juga. Seniman adalah rakyat," beliau menegaskan.

Sasterawan berjiwa rakyat yang lebih mesra dengan panggilan "Pak Samad" berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran perlu "membisikkan" kepada para penerbit terbabit supaya "berdamai" dan memberikan sedikit hasil yang wajar kepada penulis berkenaan. 

Seperti kata Pak Samad, tindakan penerbit tidak membayar royalti akan memulakan suatu permusuhan antara pihak penulis (yang sentiasa merasakan dirinya agak tertindas) dengan pihak penerbit (yang sentiasa untung).

Bercakap mengenai isu pembayaran royalti, Pak Samad mengakui bahawa beliau juga ada pengalaman seperti itu.

"Agak buruk juga. Tapi akhirnya berjaya diselesaikan barangkali kerana penerbit terbabit tahu bahawa saya boleh 'memanjat' jauh lebih tinggi jika hak royalti itu dinafikan. 

"Empat penulis yang terlibat dalam kes ini, barangkali dilihat sebagai tidak begitu besar dan penerbit fikir boleh ditindas tanpa ada pihak yang tampil membela nasib mereka," kata Pak Samad yang sentiasa mengikuti perkembangan Kavyan dari jauh dan dekat. 

Surat seorang Exco kepada penerbit terbabit.

Di pihak "empat penulis teraniaya", mereka gembira dan bersyukur kerana Pak Samad sudi tampil memberikan sokongan pada saat begitu ramai "rakan seperjuangan" (penulis dan persatuan) memilih untuk berdiam diri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Selepas lebih empat bulan isu berlanjutan, saya bertanya kepada mereka, adakah mereka masih yakin bahawa pihak terbabiy akan membela nasib mereka dalam isu royalti teks Komsas.

"Saya rasa Menteri Pelajaran beranggapan isu ini isu remeh yang tidak penting walhal teks Komsas melibatkan ratusan ribu pelajar di Malaysia," Amy Suzani meluahkan perasaan kecewa baru-baru ini.

Bagi Rohani, beliau merasakan seolah-olah menteri berkenaan bukan sahaja tidak sudi membantu, malah tidak mahu menjeling pun masalah mereka. 

"Tak tahulah sama ada beliau tidak tahu, tidak diberitahu atau tidak mahu tahu. Kalau beliau tidak mahu ambil tahu, maknanya beliau adalah pemimpin yang tidak ambil berat tentang masalah penulis dan rakyat," tegas penulis sepenuh masa itu.

Pasangan suami-isteri Mohd Izan dan Hazama juga mengeluh dengan berkata, "Keyakinan kami semakin terhakis. Sudah nyata, Menteri Pelajaran bagaikan tidak berminat membela nasib penulis."

Bagi Kavyan, perjuangan belum selesai. Seperti ditegaskan Mahatma Gandhi, "Tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani mengetegahkan kebenaran."

Pak Samad turut menegaskan bahawa penindasan atau penganiayaan dalam apa bentuk sekali pun tidak harus dibenarkan. 

"Kalau dikatakan 'kerajaan', perlulah sentiasa membela 'rakyat'. Para penulis ini pun rakyat juga. Saya fikir, Kementerian Pelajaran harus segera beri perhatian terhadap hal ini dan selesaikan segera kerana isu ini ada kaitan dengan hasil cipta, hak cipta dan rezeki yang halal," beliau menegaskan.

Pak Samad menghuraikan bahawa jika kementerian tidak memberi perhatian segera, maka menteri terbabit seolah-olah sengaja membiarkan penulis-penulis kecil sentiasa ditindas penerbit. 

Mengenai tindakan "empat penulis teraniaya" meminta campur tangan dan bantuan Wakil Rakyat atau ADUN, Pak Samad melihat tindakan itu sebagai langkah bijak dan positif.

"Memanglah, akhirnya, kalau tak boleh bergantung pada menteri yang kita harapkan, kita kena ada saluran alternatif. Kalau mahu minta bantuan Wakil Rakyat dari parti pembangkang pun tidak salah. Biar orang kata kita 'buat bising' tapi itu adalah 'bising' yang wajar," katanya.

Surat Pejabat Menteri Pelajaran kepada penulis terbabit.

Mungkin juga ada pihak yang mempersoalkan mengapa penulis terbabit meminta bantuan Wakil Rakyat atau ADUN, dan bukan menghubungi mana-mana persatuan penulis (selain Kavyan).

"Kami juga rakyat Malaysia. Malah, hasil karya kami dibaca dan dipelajari oleh rakyat Malaysia. Jadi, tentulah tak salah minta Wakil Rakyat membantu kami dalam isu ini," Amy Suzani menjawab.

Rohani pula berhujah begini: "Kami bersedia menemui Wakil Rakyat kerana kami adalah 'rakyat' dan mereka adalah 'wakil'. Wakil Rakyat memang dipilih oleh rakyat untuk membela nasib rakyat. Untuk mengadu kepada persatuan penulis tertentu, kami dikatakan tak layak. Pertama, kami bukan ahli persatuan. Kedua, kami hanya penulis kecil yang belum ada nama."

Pada pengalaman Mohd Izan dan Hazama pula, persatuan penulis tertentu tidak berminat dan langsung tidak mengambil tahu meskipun keluhan dan rintihan mereka berempat sudah sampai ke pengetahuan persatuan terbabit.

"Mungkin bagi mereka, kami adalah beban. Maka, kepada Wakil Rakyat kami kemukakan dengan harapan mereka akan melaksanakan tanggungjawab sebagai 'wakil rakyat'. Kami rakyat Malaysia, bukan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau imigran," Hazama menegaskan.

Kavyan menghubungi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi tujuan ini atas permintaan "empat penulis teraniaya". 

Saya bertemu ADUN dan Exco terbabit untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Malah, mereka sudah sedia mengikuti perkembangan isu royalti teks Komsas menerusi laporan media dan blog saya sejak 15 Ogos 2011. 

Pada 19 Disember lalu, salah seorang Exco mengirim surat rasmi kepada penerbit terbabit iaitu Edu Quest Publisher, Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd, Nur Ilmu Sdn Bhd, Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd, Karya Hartamas Enterprise dan V-Nice Resources.

Sebelum ini, kesemua penerbit terbabit tidak sedikit pun gentar walaupun laporan polis dibuat dan aduan dihantar ke Pejabat Menteri Pelajaran. 

Seolah-olah (ulang: seolah-olah) penerbit ada "sokongan" orang dalam; atau penerbit "lebih berkuasa" daripada Menteri Pelajaran.

Terkini, bagi surat rayuan yang diserahkan pada 29 September 2011, Amy Suzani menerima surat makluman pada 18 Disember lalu yang memaklumkan:

    "Pejabat YAB Menteri Pelajaran telah meneliti dan memanjangkan surat tersebut kepada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk perhatian dan tindakan selanjutnya."

Bagi saya, kesemua penulis terbabit sebenarnya sudah mendapat "kemenangan moral" sebaik mereka berani tampil bersuara apabila penerbit tidak mahu membayar royalti bagi karya mereka yang dijadikan teks Komsas.

Pak Lah perlu dibayar royalti bagi "Interlok Kulit Merah" dan "Interlok Kulit Biru".

Pak Samad juga menegaskan bahawa walaupun akhirnya nanti "empat penulis teraniaya" mungkin tidak akan dibayar royalti, tapi ini adalah permulaan supaya penulis-penulis lain (yang sekarang ini masih memilih untuk membisu!) sedar bahawa jika mereka tidak ada kesedaran, mereka juga akan menjadi mangsa. 

Mengulas lanjut, Pak Samad menjelaskan bahawa dalam dunia ini, selalunya perjuangan adalah perjuangan menentang ketidakadilan. 

"Kita tidak harus malu untuk berjuang. Walaupun kita tidak terus menang, tidak apa. Kalau kita hanya "menang dalam kalah" (kemenangan moral) pun tidak mengapa.

"Seperti kata Allahyarham (Sasterawan Negara) Datuk Usman Awang, "jangan diam". Maksudnya, berterusanlah bersuara dan berjuang demi hak dan menentang ketidakadilan," Pak Samad memberikan kata-kata semangat.

Ya, tentu sahaja Kavyan akan meneruskan perjuangan walaupun dipandang serong dan penuh iri oleh pelbagai pihak.

Malah, dalam perkembangan terbaru kontroversi novel Interlok Edisi Murid karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah), novel itu ditarik balik secara rasmi dan digantikan dengan Konserto Terakhir.

Kini, Kavyan mahu Kementerian Pelajaran serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi jaminan bahawa Pak Lah tetap dibayar royalti penuh bagi sekitar 390,000 naskhah "Interlok Kulit Merah" (cetakan 2010) dan sekitar 390,000 naskhah "Interlok Kulit Biru" (cetakan 2011).

Jika tidak, tentu sahaja nasib Pak Lah nanti sama seperti Rohani, Amy Suzani, Hazama dan Mohd Izan. Lahirlah "lima penulis teraniaya"!

Dan tidak mustahil bahawa penulis dan persatuan penulis tertentu yang "membisu" sekarang akan terus "bisu" pada waktu itu kerana mahu "carma" seperti kata Pak Samad.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved