Isnin, 27 Ogos 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Polis Temerloh tumpas sindiket curi kenderaan

Posted: 27 Aug 2012 01:48 AM PDT

TEMERLOH, 27 Ogos — Polis Temerloh percaya mereka menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan yang dipercayai aktif di Pahang dan kawasan Lembah Klang sejak tiga bulan lepas berikutan penangkapan lima anggotanya.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, anggota-anggota sindiket yang berumur antara 24 hingga 36 tahun ditangkap dalam dua serbuan di Mentakab dan Kuala Lumpur pada 28 Julai lepas.

"Pihak polis masih memburu ketua sindiket itu yang dikenali sebagai "Odi" atau nama sebenarnya Norin Azlan Deraman, 36, beralamat terakhir di A-6-10 Cheras Ria Apartment Kampung Baru Cheras," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"Pada 28 Julai lepas, Polis Temerloh telah menahan lima anggota kumpulan itu dan hasil tangkapan itu dan siasatan yang dilakukan, polis berjaya menemui sembilan kenderaan curi, dua pada hari tangkapan suspek terbabit dan tujuh lagi pada dua hari lepas yang ditemui disimpan di sebuah rumah di Mentakab," katanya.

Antara kenderaan yang ditemui ialah pacuan empat roda, lori dan kereta.

"Selain sembilan buah kereta tersebut, polis turut menemui pelbagai alat kenderaan yang telah dileraikan di rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM50,000," katanya.

Beliau berkata modus operandi kumpulan itu ialah mencuri kenderaan dan meleraikan bahagian-bahagian kenderaan untuk dijual dengan harga murah.

Katanya kejayaan tersebut adalah hasil intipan polis Temerloh menerusi Ops Lejang terhadap kumpulan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek yang dikenali sebagi "Odi" diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. — Bernama

Polis panggil Maria Chin dan Stanley Yong berhubung program malam ambang merdeka

Posted: 27 Aug 2012 01:35 AM PDT

Aktivis BERSIH Maria Chin Abdullah dan pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan Stanley Yong hari ini dipanggil polis berkenaan perhimpunan ambang merdeka yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini. — Gambar oleh Choo Choo May

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah dan pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong hari ini dipanggil oleh polis berhubung perhimpunan ambang merdeka yang akan dianjurkan pada 30 Ogos ini.

Menurut Maria yang juga pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), perbincangan dengan polis hari ini bertujuan untuk menjelaskan tentang Akta Perhimpunan Aman 2010.

Stanley pula berkata, pihak polis memberitahu  tentang tugas-tugas polis dan mahu pihak penganjur bertanggungjawab.

"Kedua-dua pihak semua sedia maklum terhadap tugas masing-masing," kata Stanley.

Menurut Maria, program yang dianjurkan oleh kumpulan 'Selamatkan Jalan Sultan' adalah berbeza dengan apa dianjurkan oleh Gabungan Janji.

"Acara kami akan berlangsung selama dua jam dengan tiada sepanduk dan slogan.

"Cuma A. Samad Said (Datuk) akan menyampaikan puisi pada malam tersebut," kata Maria lagi.

Sementara itu menurut Stanley, komuniti Selamatkan Jalan Sultan akan berarak selama satu jam sebelum acara itu berakhir.

"Jika sekiranya mereka (peserta Selamatkan Jalan Sultan) ingin menyertai program satu lagi, pihak kami tidak akan menghalang mereka dari menyertainya," kata Stanley.

Gabungan Janji dianggotai oleh 47 NGO.

Pada 30 Ogos ini di malam ambang kemerdekaan, Gabungan Janji akan berhimpun di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Gabungan Janji memberitahu bahawa perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan akan turut diadakan di negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved