Isnin, 27 Ogos 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Onam dan ‘syaitan’ politik

Posted: 26 Aug 2012 04:42 PM PDT

27 OGOS — Pada 29 Ogos 2012, penduduk keturunan Malayalam (Malayali) menyambut Onam; suatu sambutan berasaskan pesta menuai yang kurang diketahui umum.

Saya pernah menulis makalah bertajuk "Onam 1 Malaysia" (The Malaysian Insider, 4 September 2009) yang memberikan sedikit penerangan umum mengenai sambutan tersebut.

Saya sengaja meletakkan "1 Malaysia" pada tajuk makalah berkenaan kerana kata-kata muluk penuh retorik itu hangat diperkatakan pada masa itu — sebagaimana masih hebat diperkatakan kini, walaupun tidak ramai (khususnya politikus) yang mampu menjelaskan dengan tepat makna ungkapan itu.

Onapookolem dibuat menggunakan bunga-bunga segar bagi menyerikan suasana perayaan.

Apa pun, perkara yang lebih penting adalah bahawa dalam makalah itu, saya menyatakan bahawa saya membayangkan sambutan Onam secara besar-besaran di Malaysia pada tahun seterusnya.

Tentulah saya bersikap sinikal kerana dalam pada rancak melaungkan konsep (?) "1 Malaysia", apa yang berlaku adalah amalan "pecah dan perintah" oleh pihak tertentu yang mahu terus memiliki kuasa menindas rakyat.

"Bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengharapkan sambutan Onam secara besar-besaran di Malaysia; sebuah negara yang meraikan perpaduan dalam kepelbagaian." 

Demikian saya nyatakan dalam makalah pada September 2009 iaitu pada waktu ramai politikus sedang cuba meyakinkan rakyat bahawa tidak akan ada mana-mana kelompok yang dipinggirkan di bawah slogan muluk "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Saya percaya bahawa kenyataan yang sama boleh sahaja diulang pada tahun ini — "Janji Onam Ditepati" — serta pada tahun-tahun akan datang; selagi tidak berlaku perubahan (transformasi) dalam pemikiran pihak pemerintah yang diberi kuasa memerintah oleh rakyat menerusi pilihan raya umum.

Pada masa sama, saya masih beranggapan bahawa belum terlewat untuk masyarakat Malayali di Malaysia (bukan parti politik!) mempromosikan Onam secara lebih hebat dan berterusan supaya masyarakat — dan politikus — pelbagai kaum dan agama di negara bertuah ini menyedari keunikan budaya keturunan Malayali.

Pada penghujung makalah yang disiarkan pada September 2009, saya memberikan gambaran berikut:

"Manalah tahu, menjelang sambutan Onam pada tahun 2010, Mahabali yang menziarah masyarakat Malayali di Kerala; kemudian turut memutuskan untuk berkunjung ke Suwarnabumi dan menyaksikan sendiri kehebatan sambutan 'Onam 1 Malaysia' oleh masyarakat pelbagai kaum di sini."

Mungkin sambutan Onam pada tahun ini (2012) akan diberi perhatian istimewa oleh pelbagai pihak — serta media arus perdana diarah membuat liputan khas dan siaran khas — memandangkan setiap undi Rakyat (termasuk masyarakat India keturunan Malayali) adalah amat penting bagi menentukan masa depan (baca: periuk nasi) pemerintahan negara.

Watak Mahabali sinonim dengan sambutan Onam di seluruh dunia.

Ungkapan "Better the devil you know than the angel you don't know" banyak diperkatakan sekarang. Ramai yang ternyata tidak menyedari bahawa ia membawa makna tersirat ("jangan mengambil risiko melakukan perubahan"), bukan makna tersurat ("percayalah pada syaitan").

Dalam pada tersenyum sendiri menyaksikan reaksi lucu politikus, juak-juak politik dan Rakyat terhadap simpulan bahasa (idiom) Bahasa Inggeris itu sejak hampir seminggu lalu, saya kembali terkenang akan "Onam 1 Malaysia" yang — tentunya — tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, makalah itu menyumbang "bahan" dan idea bagi sebuah cerpen berjudul "Onam di Pulau Cinta" yang disiarkan dalam majalah e@siswa (September 2010).

Seperti yang saya catatkan di blog, tarikh sambutan Onam (23 Ogos 2010) datang dan pergi. Ternyata para pemimpin yang begitu sibuk dan khusyuk menyambut segala "1 Macam-macam" sejak April 2009 sudah lupa semua itu selepas hampir setahun gagasan 1 Malaysia dicanangkan.

Maka, dalam cerpen "Onam di Pulau Cinta", Maharaja Mahabali yang sepatutnya datang ke Malaysia untuk menyaksikan sambutan "Onam 1 Malaysia" telah mengalihkan perhatian kepada Pulau Cinta bagi sambutan "Onam Pulau Cinta" — tanpa perlu menambah apa-apa angka/nombor tanpa makna di hadapan nama pulau itu.

Kisah bagaimana Mahabali mengalihkan perhatian daripada Malaysia kepada Pulau Cinta sebenarnya berlaku secara agak spontan. Pada 21 Julai 2010, editor majalah e@siswa, Azli Halim bertanya jika saya ada manuskrip cerpen untuk disiarkan dalam majalah berkenaan pada September 2010.

Saya bertanya, bila manuskrip diperlukan dan beliau menjawab, "Kalau boleh, segera."

Lalu, saya meminta diberi masa sehingga 25 Julai 2010. Saya percaya unsur genius (kreativiti bawah sedar) akan membantu merangka cerita untuk dikarang. Pasti ada begitu banyak kisah yang bermain dalam imaginasi untuk dikarang dalam bentuk faksyen.

Dua perenggan terakhir berita ini (September 2011) turut memetik makalah TMI, 4 September 2009.

Sebagai tanda peringatan dan motivasi kepada diri, saya paparkan pada ruangan status di Facebook, sekitar jam 9:30 malam: "Kembali berhutang sebuah cerpen kepada seorang rakan (editor). Seronoknya!"

Apabila pulang ke rumah — saya bekerja di akhbar Sinar Harian pada waktu itu — saya mula menaip pada jam 12:15 tengah malam berdasarkan maklumat daripada makalah yang disiarkan di The Malaysian Insider.

Pada bahagian akhir makalah berkenaan, saya nyatakan kemungkinan Mahabali memutuskan untuk datang ke Malaysia pada 2010 untuk menyaksikan sambutan "Onam 1 Malaysia" — selaras gimik semasa. 

Secara spontan, lahir sebuah kisah mengenai Mahabali yang melayari sebuah blog dan mendapat tahu bahawa majoriti penduduk Pulau Cinta adalah diaspora Malayali. Malah, Bahasa Malayalam adalah bahasa rasmi yang dikenali sebagai "Bahasa Pulau".

Dipendekkan cerita, watak "Saya" diutus oleh Mahabali ke Pulau Cinta untuk bertemu mantan Perdana Menteri, Rama dan bekas pemimpin diktator, Ravana bagi membincangkan sambutan "Onam Pulau Cinta" sambil minum kopi luwak.

Manuskrip siap pada awal pagi, 22 Julai 2010 dan saya melakukan penyuntingan kemas bagi memastikan tiada kesilapan bahasa dan kecuaian menaip.

Selesai semuanya, manuskrip dikirim secara lampiran melalui e-mel kepada editor; dengan catatan meminta jasa baik beliau menilai kesesuaian cerpen berkenaan untuk disiarkan.

Simpulan bahasa "Better the devil you know than the angel you don't know" muncul secara tersirat dalam cerpen itu apabila penduduk Pulau Cinta berani mengambil risiko melakukan perubahan pada tampuk pemerintahan negara demi masa depan yang lebih terjamin. Seterusnya, kisah mengenai putera kepada Mahabali, iaitu Mahabali III, boleh dibaca dalam cerpen "Pulau Pendatang" dan "Anak-anak Pulau Cinta" manakala kisah isteri Mahabali, iaitu Wanita Farsa, boleh dibaca dalam faksyen "Wanita Farsa". 

Proses penulisan kisah-kisah itu adalah kisah yang lain pula dan tidak akan saya ceritakan di sini. Apa yang lebih penting adalah ucapan "Onam Ashamsakal" kepada rakyat Malaysia keturunan Malayali.

* Sijil kelahiran Uthaya Sankar SB mencatatkan keturunannya sebagai "Malayalam" dan penulis ini berbangga menjadi Rakyat Malaysia.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Early marriage and lifelong wondering

Posted: 26 Aug 2012 04:34 PM PDT

AUG 27 — "Wah, so young already married?"

That was basically my new colleagues' reaction when they found out last month that I'm married, barely past my mid-20s, with a baby on the way. I smiled and changed the subject — I get that a lot from most people I meet these days.

What most people don't know is that I made up my mind about marriage near the end of primary school so many years ago. I decided then that if I could afford to, and if circumstances permit, I would marry as young as I could. And not because Malays generally do marry young.

Like most of my generation I was an avid reader of Japanese comics back then, and one of the personal effects of my reading preferences is a decidedly romantic view on marriage. Here was a concept that enthralled my young mind: the idea that two people who were born strangers, perhaps growing up strangers, would by chance meet, fall in love and commit the rest of their lives to each other. It amazed me.

How could there be someone out there that matches you so perfectly, so beautifully, that being together makes you more than who you are? How can you grow to have such a strong connection with, affection and love for someone who was once a stranger, whom you were once blissfully unaware of but having met now cannot live without? How can it be possible?

I didn't know the answer then, nor do I now. It's one of life's many miracles, and looking around then and now I saw nothing to refute its happening. Strangers find each other every day and fall in love. I accepted it for what it is — God's gift to mankind.

And having accepted that I will someday meet someone so perfect for me (and vice versa), I decided that I would spend as much of my life as possible with this person when I do meet her. I was greedy. I understood simply that being together means happiness — why not maximise it? If I were to die at 60, why settle for 30 years together when we can have 35?

Life is fragile, and I would not waste what years I have without this wonderful person (whom I have obviously met and married by now). You never know when your life — or your significant other's — might end (may that day be decades away!).

Indeed, that same truth applies to all, parents included. Life can be short. As we grow into adulthood our parents pass into old age. And unfortunately some parents don't even see old age. And it was from this realisation that I decided — around the time I hit puberty — that I will not wait longer than I have to.

My mother's father died when I was too little to remember him; my other grandfather was lost well before my father was even married. I grew up without ever knowing either. So too my siblings.

And sometimes I wonder, what sort of men were they? When I see something of my father in myself, I wonder if it was the same for him... with his own father. Have I unknowingly seen some of who they were in my father, mother, uncles or aunts? Perhaps I have something in common with them, inherited traits of which I am unaware but bind us across generations?

What did I miss out on?

Alas, past is past and such thoughts turn into poison if dwelled upon too much. I was not fortunate enough to have any sort of memory of my grandfathers. And I'll keep wondering, despite the anecdotes and stories my family can share about them, because I'll never know them personally.

But at least — I hope — my children would not have to wonder about theirs.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved