The Malaysian Insider :: Bahasa |
Polis kesan individu hina gambar pemimpin Pakatan Rakyat Posted: 11 Sep 2012 03:02 AM PDT KUALA TERENGGANU, 11 Sept â Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas. "Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek. Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. â Bernama |
NGO sokong Suaram, desak kerajaan hentikan gangguan Posted: 11 Sep 2012 02:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Sept â Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berdiri bersatu dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan meminta kerajaan untuk berhenti menggunakan penjawat awam untuk mengganggu mereka. Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu pemberita bahawa pihak berkuasa sendiri tidak secara langsung menyiasat ke Suaram, sekali gus meningkatkan syak wasangka tentang motivasi politik. "Kami juga ingin mempersoalkan mengapa Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya melancarkan siasatan sekarang, selepas presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mempersoalkan kesahihan Suaram sebagai sebuah NGO," kata Ambiga, yang mewakili 135 NGO. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan