Selasa, 11 September 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Meningkat daya saing negara?: Tangani bersama ‘Penagihan Tegar’ Umno-BN.

Posted: 10 Sep 2012 05:55 PM PDT

Meningkat daya saing negara?: Tangani bersama 'Penagihan Tegar' Umno-BN.

SEPT 11 — Ketika kedudukan daya-saing global (Global Competitive Report, GCR) dilaporkan oleh World Economic Forum (WEF) dalam kajian Global Competitiveness Index (GCI), melonjak dari tangga ke  25 tahun 2010 ke tangga 21 untuk tahun 2011 yakni peningkatan 5 mata, PEMANDU segera membuat kenyataan bahawa program Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan telah Berjaya menatijahkan prestasi yang baik.

Dalam laporan GCI terkini, bukan sahaja Malaysia tidak dapat mengekalkan kekdudukannya pada tangga ke-25, bahkan telah jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 24 sekaligus meletakkan prestasinya lebih rendah dari kedudukannya berbanding sebelum PEMANDU melancarkan program GTP dan ETPnya.

Seperti PEMANDU telah mensabitkan kejayaan prestasinya  dahulu kepada GTP dan ETP, beranikah PEMANDU terangkan kepada rakyat kenyataan bahawa GTP dan ETP yang dikendali PEMANDU telah jelasnya Gagal menambahbaik prestasi daya-saing Negara bahkan sebaliknya menyebabkan penurunannya?

PEMANDU yang merupakan kunci penggerak Agenda Transformasi Kerajaan Najib-BN kini, mesti bertanggung jawab menjelaskan apakah dan sebab apakah kejatuhan ini berlaku sekaligus menunjukkan dan mengesahkan bahawa dakwaan Pakatan dan pihak NGOs dan analysts, ada kebenarannya.

Metodologi Laporan GCI ini menggunakan 30% data statistik dengan 33 kriteria, 70 per cent data kajian (survey) dengan 78 kriteria dari pungutan pandangan pihak Eksekutif.

Laporan ini juga menekankan aspek factor-faktor pengkeupayaan (enabling factors) yang mampu menjana pertumbuhan yang mapan dan bersifat jangka–sederhana dan jauh dengan menggunakan 11 tunggak kritikal (pillars) dengan 111 indikator penting.

Dengan pencapaian yang tidak memberansangkan ini, rakyat ingin tahu apa lagi dari kelemahan GTP dan ETP yang menjadikan ianya tidak mampu menjana daya-saing yang diharapkan Najib dan pemimpin Umno-BN kini? 

Lebih khusus lagi, Malaysia mengalami kejatuhan dalam 77 indikator dan penambahbaikan dalam 48 indikator dengan 23 tidak berganjak atas apa jua sebabnya. Kejatuhan markah Malaysia dari 5.08 dalam tahun  2011 kepada 5.06 tahun ini mengakibatkan juga Malaysia dipintas oleh beberapa Negara seperti Korea, Luxembourg, NewZeland dan UAE.

Sementara kita bersedia mengiktiraf PEMANDU dalam apa yang jua yang baik di segi pencapaian negara (dalam laporan ini), namun yang ketara ialah lebih banyak perkara-perkara menyinggung ekonomi dan program transformasi kerajaan, yang nampaknya menunjukkan kemerosotan daya-saing.

Contoh-contoh kegagalan Negara adalah dalam hal 'Kedudukan Imbangan Belanjawan Negara' dalam Strategic Reform Initiatives (SRI) yang merudum dari 110 ke tangga 96, 'Pengurangan Jenayah dan Keganasan' di bawah NKRA yang jatuh dari tangga 69 ke 63, dan 'Kerancakan Persaingan Tempatan' yang jatuh dari 36 ke 26.   

Penelitian yang lebih terperinci akan menyerlahkan bahawa indikator-indikator penting yang disebutkan contoh-contohnya ini, mampu memahamkan kita bahawa 'transformasi ekonomi' negara bakal gagal kalaulah kerajaan Najib ini hanya ghariah dan cepat untuk mewawarkan pebagai projek mega dalam infrastruktur dan pembinaan, sementara gagal meletakkan asas-asas atau penekanan yang lebih kukuh dan mapan dalam menjana pertumbuhan mapan yang bersifat jangka-panjang.

WEF telah mengenalpasti bahawa antara faktor yang merencat pencapaian prestasi ekonomi sesebuah negara ialah birokrasi kerajaan yang tidak efisien dan system 'delivery' yang lemah, rasuah dan ketirisan, ketidakcukupan tenaga berketrampilan dan berpendidikan tinggi, etika kerja yang tidak mantap dan peraturan dan undang-undang buruh yang terlalu menyekat.

Sebaliknya pula negara-negara yang berkedudukan tinggi seperti Switzerland yang menduduki tangga daya-saing pertama, diikuti oleh Singapore, Finland, Sweden, Netherlands, Germany, US, UK, Hong Kong dan Japan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Negara-negara ini, berbeda dengan Malaysia, dikesani sebagai memilikki kelebihan dan kelainan seperti persaingan pasaran yang rancak (intense) dan efisien (tidak diherot oleh monopoli dan oligopoli serta amalan-amalan kronisme) dan mempunyai iklim serta kerangka bisnes yang mesra dan sangat membantu, disamping mempunyai daya penyelidikan dan inovasi serta kehadiran ramai pekerja 'berpengetahuan' dan ' enterprising' (daya keusahawanan yang tinggi).

Najib wajar tahu bahawa tidak akan dapat dikeluarkan negara dari 'kereputan' dan 'kelembapan' ekonominya akibat ianya telah terlalu dikongkong  dengan budaya 'kronisme' yang mencekik dan membunuh persaingan sihat dan mengherot pasaran menjadikan ia kerap tidak efisien dengan monopoli-oligopoli, dan 'subsidi yang regresif' yang menguntungkan golongan yang kaya dan pihak yang punya pertalian politik serta bisnes dengan penguasa BN.

Najib wajar tahu bahawa segala cita-cita besarnya tentang transformasi akan gagal seandainya ia tidak didahulukan dengan Reformasi yang 'genuine' dan menyeluruh dalam aspek politik, penambahbaikan institusi-institusi kritikal negara agar benar-benar bebas dan berintegriti tinggi (SPR, SPRM , PDRM, Judisiari) dan etik serta sikap penguasa serta pihak birokrat yang semestinya bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tidak guna kalau secara zahir komited dengan system 'Tender Terbuka', tetapi telah awal awal lagi mengurniakan kontrak kepada kroni seperti dalam kes pemberian kontrak kepada konsortium George Kent dalam RM1 bilion LRT Ampang, mengulangi tabiat lama mengurniakan kontrak kontrak dalam kes MRT SBK (Sungai Buloh-Kajang) sedikit waktu dahulu. Terlalu panjang senarai buruk amalan Umno-BN yang mesti dipertanggungjawabkan. Sampai bila mahu begini? Pemberian pelbagai projek mega MRT, Suruhanjaya Tenaga (EC) dalam pemabaharuan kontrak IPP dalam waktu terdekat akan ditunggu semua pihak dan akan dinilai dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) oleh Institute for Management Development (IMD) dan 'Doing Business' Report (DB) oleh Bank Dunia, disamping GCR oleh WEF.

Najib dan BN tidak akan belajar untuk mengalami serta menghayati 'Reformasi Sebenar' selagi mereka tidak dikalahkan dalam satu pilihanraya kerana jelasnya keputusan PRU ke-12 belum cukup parah untuk mengajar mereka.

Maaf, saya terpaksa sifatkan tabiat Najib-BN ini persis seumpama seorang 'Penagih Tegar' yang meskipun telah cuba berubah dengan memakai kopiah dan menunjukkan bahawa beliau telah 'reformed' namun sebaik sahaja wujud 'peluang', akan terus 'tersungkur' akibat daya kekebalan 'ketahanan' yang sangat rapuh untuk 'terjerumus' kembali buat kesekiankalinya kepada cara dan tabiat lamanya! 'NFC' adalah lambang 'penagihan tegar' Umno dan 'PKFZ' akan menjadi symbol kesepaduan pimpinan BN 'merompak' negara.

Umno sejak tiga dekad mutakhir ini telah dihinggapi kebejatan Rasuah dan kerasukan tamak haloba sehingga telah menjadi sinonim parti Melayu terbesar ini dengan narratif sedih dan mengecewakan ini. Mengeluarkan negara dari kebejatan ini bagi memungkinkan dayasaing negara dilonjakkan menuntut supaya Umno-BN ditangani terlebih dahulu atau bersama dari kebejatan Rasuah dan salah-guna kuasa yang menjadi kelaziman dan darah-daging sebahagian besar kepimpin tertinggi dan menyangkit hingga ke akar umbinya.

Dzulkelfy Ahmad merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.                                      

Alternatives to salvaging our education system

Posted: 10 Sep 2012 04:51 PM PDT

SEPT 11 —  There is a general consensus that the solution to many of the problems concerning a society stems from education or the lack of it. Think about the problems in our community -- political awareness, social awareness, appreciation for the humanities, economic understanding and so forth -- and most of the time, the answer to these problems is education.

Quite often, these problems stem from the fact that we may not have a sound understanding of issues and very often, we should have learned it in, perhaps, school.

For example, what part of our education system teaches us the true meaning of politics? Where is it in our system that teaches us the understanding of the arts -- not just of the West but also of our own, South-east Asian flavour?

In Malaysia, particularly, our education problems stem just beyond Science and Math being taught in Bahasa Malaysia, and beyond the differences of vernacular schools and national schools. The truth is that our entire education system, not just parts of it, needs a major overhaul.

Our education system fails not just to prepare many of us for the working world, it also fails to prepare us to be wholesome human beings. A good proportion of our society seems oblivious to matters beyond their own field.

The fact of the matter is that nothing operates in a vacuum. Everything in this world is indirectly related to another issue.

Yes, everything is related.

Think about it: medicine will have some relation to economics (think healthcare systems), politics will have some relation to the arts (think of George Orwell who wrote brilliant dystopian novels) and so on.

The fact that many students are completely sucked into just their own academic material is worrying. Many issues in politics, economics and the arts are so inherently intertwined in our lives. Yet many people do not understand these issues or have half-understandings, or choose not to care!

I suppose I need to state a bias. Perhaps the lack of understanding beyond a person's main academic field bothers me greatly because of my background as a liberal arts student, where there is emphasis on breadth learning. That coupled with the fact that I am in a culture where students from the sciences are able to engage in conversations about the humanities and the arts (and vice versa) makes it, altogether, a refreshing experience.

Realistically, it is almost impossible to overhaul our education institutions in a short span of time, given how politicized our education systems have become. For the time being, I would like to present what I think we can do to instil education beyond schools and universities. Then perhaps later on, in another article, I would talk about ways to incorporate this into an education system.

1.    Talk to people from different backgrounds

If you are in the Science field, approach someone from a completely different field such as the Humanities or the Arts. If you had previously thought that economics or politics is boring, talk to someone who is passionate about it as they may be able to distil the terminology into ways that you may understand.

2.    Utilise social networking

One thing about social networking that I absolutely love is its power to disseminate information quickly. Having established that, I urge those who are creative to find ways and means to distribute information about issues you think are important. Create a talk show on Youtube. Make infographics to be shared on social networking sites. The possibilities are endless!

3.    Be bold

If you have questions, ask. If you want to clarify something with someone who is more knowledgeable in a particular field, go for it.

4.    Share the love

There is no shame in being extremely passionate about a particular field. If you know of friends who say that what you are interested is boring, perhaps you may want to ask why they are disenchanted. Probe them. Get them to get interested. Make them see things the way you do by telling them the interesting things about your field. Show them how your field matters (because I am sure it does).

If we are able to take small steps like this collectively, we will at least be able to do something real other than just sitting around and complaining about our problems behind a computer screen. Instead of waiting around for higher ups to get moving, this is a temporary solution to a big problem.

After all, change does not come from waiting around and complaining. It comes from people who are actively involved in small processes that ultimately result in big changes.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved