The Malaysian Insider :: Bahasa |
Kerajaan sokong garis panduan kenali anak gay dan lesbian Posted: 13 Sep 2012 01:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept — Kementerian Pelajaran menyokong satu garis panduan khusus untuk ibu bapa bagi mengenal pasti ciri-ciri gay dan lesbian yang mungkin dapat dicegah sekiranya berlaku kepada anak-anak mereka.
Seminar itu bertujuan untuk menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender dan merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi. Seminar itu juga turut menyebaraikan panduan yang menggariskan empat ciri simptom gay dan lesbian. Simptom gay Mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan, gemar pakaian ketat dan berwarna cerah, tertarik kepada lelaki, suka membawa beg besar, sama seperti yang digunakan wanita, apabila keluar. Simptom lesbian Tertarik kepada wanita, menjauhkan diri daripada wanita lain, selain teman wanita mereka, gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita, tidak tertarik kepada lelaki. Garis panduan itu juga turut memberi amaran kepada ibu bapa bahawa perhatian segera perlu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya menunjukkan simptom-simptom berkenaan. Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak, dan seminar terbaru itu merupakan kali ke sepuluh yang diadakan di negara ini. |
KPN akui jenayah korporat berlaku kerana sikap tamak Posted: 13 Sep 2012 01:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept — Ketua polis negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengakui jenayah korporat atau "kolar putih" yang berlaku dalam negara berpunca daripada sikap tamak sesetengah pihak yang mahu mengaut keuntungan.
"Kes jenayah kolar putih ini berlaku kerana sesetengah pihak yang terdorong sikap tamak untuk mengaut keuntungan," kata Ismail. Ismail juga berkata Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah unit Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) giat menyiasat kes-kes jenayah komersil ini tetapi turut menggesa orang awam untuk turut sama membanteras jenayah ini. Dalam pembentangannya pada majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Ismail mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan talian bebas tol seperti 999 dan lain-lain khusus untuk menerima aduan daripada orang ramai berkaitan jenayah korporat ini. "Saya mencadangkan agar diperkenalkan satu talian bebas kepada orang ramai untuk membuat aduan sama seperti talian 999 bagi menangani jenayah korporat ini," kata Ismail lagi. Turut disentuh dalam pembentangannya, Ismail juga memberikan contoh kes melibatkan Pusat Fidlot Nasional ( NFC) yang mendapat perhatian umum sejak kebelakangan ini. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan