Jumaat, 14 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pegawai khas Azmin dihalang masuk Sabah

Posted: 14 Sep 2012 02:20 AM PDT

Muhammad Hilman Idham, pegawai khas kepada Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali, ditahan dan dihalang dari memasuki Sabah hari ini. — Gambar oleh Ismail Kamal

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63.

Notis penolakan masuk yang dikeluarkan itu mengandungi perintah yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada beliau memasuki negeri tersebut.

"Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.20 petang tadi bersama delegasi seramai 14 orang diketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Dalam pada negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan UMNO-Barisan Nasional.

"Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini," kata Muhammad Hilman dalam kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Azmin yang juga turut berada di lapangan terbang menjelaskan ini merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi tiada alasan diberikan terhadap penahanan dan halangan tersebut.

"Satu tindakan yang diwajar dilakukan, kenapa perlu beri halangan sedemikian sedangan beliau merupakan warganegara Malaysia," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat perlu membuat perubahan pemerintah terutamanya di Sabah pada pilihanraya kali ini bagi memastikan tindakan sedemikian tidak berulang lagi.

"Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman melakukan apa saja mengikut kehendak beliau, warganegara sendiri ditahan tetapi rakyat asing mendapat keistimewaan," jelasnya.

Notis penahanan tersebut ditandatangi oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fenny Fiona J Jeplin.

Pemuda MIC: Pilihanraya berasingan tunjuk Selangor tidak yakin

Posted: 14 Sep 2012 02:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum hanya menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak yakin dan memerlukan lebih banyak masa untuk menutup kelemahan mereka.

Ketua Pemuda MIC T Mohan berkata rancangan itu juga membingungkan memandangkan sebelum ini mereka membayangkan akan membubarkan DUN jika pilihan raya umum dipanggil selepas Jun tahun ini.

"Kami tertanya-tanya sama ada ia usaha mengalihkan tumpuan kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) telah meningkat dan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi akan menjejaskan impian mereka untuk menawan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohan mengulas laporan baru-baru ini bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.

Beliau berkata pembangkang tidak perlu bertanding pada pilihan raya umum jika mereka tidak yakin dengan daftar pemilih semasa di Selangor. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved