The Malaysian Insider :: Bahasa |
Lebih 15,000 jemaah haji berdaftar berumur 75 tahun ke atas Posted: 25 Sep 2012 11:00 PM PDT Jamil Khir Malaysia tidak mendapat kuota haji tambahan seperti yang dipohon daripada kerajaan Arab Saudi. — Gambar file Beliau berkata atas faktor keprihatinan, Tabung Haji memberi keistimewaan kepada kes rayuan melibatkan jemaah haji di usia emas atau yang dipilih menjadi mahram kepada jemaah haji berkenaan. "Secara umumnya, kuota haji Malaysia ialah 27,900 jemaah setahun, maka giliran menunggu untuk menunaikan haji adalah dalam tempoh 35 tahun. "Bagaimanapun, Tabung Haji prihatin dan membuat pertimbangan dan memberikan keistimewaan kepada kes-kes rayuan golongan yang pada usia lanjut," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu usaha yang dijalankan supaya kuota haji negara tidak terjejas berikutan insiden perhimpunan haram melibatkan segelintir rakyat Malaysia di Tanah Suci pada 28 April lepas. Jamil Khir berkata walaupun kuota haji rasmi tidak terjejas berikutan kejadian itu, Malaysia tidak mendapat kuota haji tambahan seperti yang dipohon daripada kerajaan Arab Saudi. "Kita tidak memandang perkara ini (perhimpunan haram) sebagai remeh. Kerajaan mengambil perhatian serius mengenai perkara ini dan berusaha di peringkat tertinggi negara untuk menangani demi menjaga ibadah dan kebajikan jemaah haji dan setiap jemaah umrah," katanya. — Bernama |
Nor Mohamed: Bajet 2013 diarkitekkan untuk tangani masalah luar negara Posted: 25 Sep 2012 10:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Sept — Bajet 2013 disediakan untuk menangani masalah luar negara dan pada masa yang sama dapat memastikan pertumbuhan domestik kekal kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Nor Mohamed berkata Bajet 2013 direka untuk memastikan negara mempunyai kekuatan dalaman untuk mengimbangi kelemahan ekonomi global. "Pada masa yang sama, kita mahu kekal sebagai destinasi mesra pelaburan kepada pelabur asing dan domestik," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pertemuan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Bersama Ahli-Ahli Persatuan Kebajikan Anak-Anak Melayu Pulau Pinang di Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan