Rabu, 26 September 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Tak ke mana Bob Dylan di Malaysia

Posted: 25 Sep 2012 04:35 PM PDT

26 SEPT ― Saya percaya bahawa jika penyanyi folk legenda Amerika Bob Dylan itu dilahirkan di Malaysia, kariernya tidak akan ke mana-mana dan untuk album pertamanya yang diterbitkan pada awal tahun 60an itu dengan satu gitar, vokal dan harmonika saya boleh gerenti tidak akan laku langsung di pasaran.

Banyak sebab, antaranya suara Dylan bukanlah merdu semerdu suara seorang penyanyi yang bersuara bagus. Lirik-liriknya yang penuh mesej dan bijak pun bukannya orang kita nak fikir sangat melainkan boleh bikin pening kepala mereka sahaja.

"Attitude" pun satu hal juga, dengan gayanya macam orang tak mandi setahun sudah tentu tidak ada dalam list para wartawan yang lebih suka mengambil gambar artis penyanyi yang berposing dengan baju berkilat persis Datuk M.Daud Kilau atau sentiasa tersengih di depan kamera sekurang-kurangnya.

Seperkara juga takkanlah ada "manager" yang sanggup menguruskan karier si Dylan yang bagi pihak media mungkin lagaknya itu hanya seorang penyanyi folk yang bodoh berlagak cerdik.

Kefahaman tentang muzik folk itu sendiri mungkin memeningkan para wartawan hiburan yang rata-ratanya lebih faham dan suka tentang cerita gossip dan skandal sang artis dari apa jenis konsep muzik yang mahu mereka ketengahkan. Muzik folk itu mungkin pada mereka mahupun masyarakat ialah lagu rakyat seperti Dondang Sayang atau Can Malican Ketipung Payung.

Jadi sudahnya saya berpendapat mungkin Dylan yang malang itu akan mengakhiri hidupnya sebagai pekerja kilang yang malas, pemuzik jalanan, putus asa dalam hidupnya lalu menjadi penagih dadah dan akhirnya mati tanpa namanya akan diingat atau dikenang peminat.

Peminat pun hanyalah di kalangan kawan-kawan yang salut tapi tak nak beli albumnya. Sudahnya juga si Dylan yang malang itu mungkin akan mengakhiri hidupnya dalam bentuk yang paling sadis sekali.

Saya kaji juga perkembangan  lirik-lirik dalam lagu yang terkandung dalam album-album para penyanyi popular tanahair dari tahun 50an sampailah ke era hari ini, dan saya dapati kebanyakan lirik yang dihasilkan tidak serius melainkan hanya berkisar kisah cinta yang tidak kesampaian atau memuja para gadis belaka.

Pendekata jika lirik itu bercerita tentang kekecewaan seakan sudah tidak ada hari esoknya lagi.

Segalanya sudah di tetapkan. Untuk lagu ketuhanan kita ada Al Jawaher, Nada Murni, Raihan dan sebagainya dengan imej islamik menampakkan riak yang warak di wajah mereka.

Untuk lagu-lagu patriotik kita ada Zain Azman ataupun Roy dengan lagu-lagu proganda memuji kerajaan dan untuk lagu-lagu puisi kita ada kumpulan Harmoni yang diterajui oleh Zubir Ali (arwah) atau kumpulan Kopratasa.

Saya akui lirik-lirik dalam lagu-lagu mereka ada yang berkualiti cuma bagi saya kurang nilai "ruggednya" tidak seperti saya mendengar lagu-lagu dengan konsep yang lebih terbuka seperti penyanyi-penyanyi folk barat atau Indonesia seperti Doel Sumbang, Franky Sahilatua, Gombloh, Iwan Fals, Nick Drake, Hary Chapin, Bob Dylan, Cat Steven dan lain-lain lagi yang se genre dengannya.

 Seingat saya ada muncul dua tiga artis yang kita panggil singer-songwriter dengan lagu-lagu yang bermesej. Antaranya Sohaimi Mior Hassan muncul di era awal 80an dulu dikira antara artis yang berjaya dengan konsep yang mahu diketengahkan kepada masyarakat dan diterima pula. Sohaimi dikira berjaya menembusi pasaran muzik pop dengan lagu-lagu pop folk puisinya. Satu kelebihan yang ada padanya adalah suaranya yang berkualiti dan mempunyai sebutan yang jelas.

Selepas itu lahir penyanyi dengan imej country Aimen dengan beberapa album, pun dikira gagal menembusi pasaran. Saya pernah menonton persembahan Aimen dengan lagu country Melayunya "Keretapi Tengahari" di televisyen siaran RTM pada tahun 1984 dulu.

Selain itu muncul pula penyanyi unik Waizek di pertengahan tahun 80an juga dengan konsep eksperimen yang dakwanya dipengaruhi oleh muzik-muzik Pink Floyd dan Alan Parson Project. Malang setelah muncul dengan 2 buah album yang mana ke dua-duanya diterbitkan dengan modal sendiri gagal maka senyaplah Waizek dari persada seni tanah air.

Tidak ada lirik-lirik yang bagi saya yang bercerita tentang kehidupan mahupun alam dalam konteks yang lebih telus melainkan apabila muncul album Kembara dan Blues Gang pada awal tahun 80an.

Kumpulan Kembara dan Blues Gang bagi saya adalah satu fenomena di zaman mereka. Anak-anak muda waktu itu termasuk saya mula faham akan istilah rugged dan kami sangat berbangga bila mengenakan seluar jeans yang lusuh dengan baju kemeja kotak dan kasut jenama Fung Keong yang harganya waktu itu tak sampai RM20 pun.

Budaya "kutu" itu berkembang seiring dengan kehendak zaman di waktu itu. Cuma itulah, apabila segalanya disekat oleh RTM pada era muzik rock 80an dulu sewaktu Tok Mat menjadi Menterinya, memang masaalahlah. Takkan band rock nak pakai baju kemeja batik seragam kot?

Jika itu yang telah dididik ke dalam pemikiran masyarakat kita sejak dahulu lagi bagaimana kita nak expect dunia muzik kita akan berkembang pesat dalam berbagai variasi? Atau kita akan melahirkan majoriti pendengar yang suka pada lagu-lagu yang penuh mesej?

Di sini kita hanya mampu berbicara tentang muzik yang "stereotype" yang dicipta dan didominasi oleh para-para komposer yang terkenal sahaja manakala artis dapatlah royalti sebagai artis sebanyak 20 sen atau lebih sikit untuk sekeping kaset atau CD yang dijual. Jadi yang kaya tentunya syarikat rakaman, produser dan komposer.

Di sini sejak dahulu lagi terutamanya di era tidak ada royalti atau hak cipta, muzik sudah menjadi satu industri yang hanya menguntungkan para towkay syarikat rakaman manakala sang artis bak kata pepatah orang Perak, "bio pape ase begaye ( biar papa asal bergaya)".

Maka itu apa yang dihidangkan adalah sama sahaja acuannya dan kita boleh lihat berbagai komposer lahir dari generasi ke satu generasi. Kita boleh lihat era Datuk Ahmad Nawab, kemudian ianya di dominasi pula oleh Datuk M. Nasir turun ke Saari Amri, Eddie Hamid, Ajai sehinggalah masuk era indie para artis kita semakin cerdik maka mereka mencipta lagu dan lirik mereka sendiri.

Apabila ianya di dominasi oleh komposer terkenal sahaja maka apa yang dihidangkan hanyalah kuantiti. Itu sebab apabila kita dengar dari satu lagu ke satu untuk setiap zaman , lagu dan susunan muziknya se akan sama sahaja.

Untungnya masyarakat kita tidaklah pandai sangat dalam menilai muzik dan lirik jadi ianya secara tidak langsung satu kelebihan pada pihak komposer juga syarikat rakaman meneruskan kesinambungan yang seakan sudah menjadi satu kemestian pula bahawa para penyanyi atau kumpulan rock tidak digalakkan mencipta lagu mahupun lirik kerana segalanya sudah disediakan.

Seperkara juga penduduk kita hanyalah di sekitar 27 juta orang. Majoriti mereka hanya minat pada artis dan penyanyi yang lahir dari program realiti kelolaan arus perdana. Maka segalanya di produkkan termasuklah hal-hal cerita gossip, skandal dan segalanyalah manakala bakat mereka tidaklah seberapa.

Jadi untuk kita hidup sebagai seorang penyanyi yang mengikut konsep dan selera sendiri amatlah sukar sebenarnya. Mungkin ada dua tiga yang berjaya, selebihnya hanyalah pelengkap kalendar takdir sahaja, tidak lebih dari itu.

Pun perkembangan mutakhir tentang dunia seni kita hari ini agak positif dari masa ke semasa. Kita boleh lihat hari ini para artis terutamanya yang lahir dari scene indipenden mula diterima masyarakat dan dari sudut kepelbagaiannya agak terbuka cuma penekanan pada lagu-lagu yang bermesej masih terhad.

Mungkin rakyat kita tidak suka pening-pening kepala fikir apa yang mahu disampaikan di dalam lagu.

Selamanya juga mungkin mereka lebih suka yang ringan-ringan gitu.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Nobody loves you, Syria

Posted: 25 Sep 2012 04:29 PM PDT

SEPT 26 ― I had mixed feelings about last week's demonstrations. While I support demonstrations as a necessary and democratic right, the political spectacle surrounding these was off-putting to say the least.

Not to mention, why target the US embassy? It's not like US President Barack Obama decided to fund the regrettable trailer that sparked off an international furore.

There was another embassy I wish I could see people milling around: the Syrian embassy. It boggles the mind that Malaysia has said little about the ongoing conflict. Are we just waiting to see who takes the other out first? Are we quietly deluding ourselves that things will blow over the way they did in Egypt and Libya?

According to the UN food agency, there are now 1.5 million Syrians in need of food aid — up from 250,000 in April.

Malaysians consistently obsess over Palestine. They poured forth offers of shelter to the Bosnians. So many of them cluttered my Facebook and Twitter feeds about the Rohingyas in Myanmar.

But Syria? Is its people's suffering less worthy as the threat is internal and not via "foreign" invaders?

A check on my Facebook account revealed a few Malaysians have created Facebook groups highlighting the Syria conflict, but those groups have fewer than 50 followers each.

Perhaps part of it is due to the sensationalism that pervades our local media. Syria, after all, is boring compared to angry faithful attacking embassies.

It's great that God has so many defenders and I'm sure the world has gotten whatever point you were trying to make.

Now perhaps spare a thought or a prayer for Syria. Because it's no movie going on over there; it's real people dying while the United Nations wrings its hands, stymied by a Security Council divided and countries like Malaysia who have simply decided not to care.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved