Ahad, 30 September 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


An overseas education does not make you superior

Posted: 29 Sep 2012 05:24 PM PDT

SEPT 30 — I'll be the first to admit that our local education system is not the best in the world and if you get the chance to study abroad, by all means go! 

Having said that, I have come across a certain arrogance and air of superiority among some overseas graduates. (Hence, leading to demands in starting salary and such.) 

Before I start sounding like a sore loser who didn't get the opportunity to study abroad, let me admit that I was under a scholarship to study locally and also had the opportunity to do a distance learning course from the UK as well as a certification stint in Europe. 

I have seen overseas graduates return to Malaysia armed with degrees from UK universities who ended up with their superiors berating them for poor reports written in English. 

I also had colleagues who boasted about their Masters from Australia, hence demanding a higher pay check, who then performed poorly at the work place... well, certainly not befitting the salary they were demanding. 

Admitting they were still learning would have made matters better but they continued to go on and on about how superior they were to local graduates and thus deserved their higher salaries despite not performing. 

I am all for an overseas education but it is not a licence of superiority over local graduates. 

And if you make a mistake despite having a UK degree, at least have the humility (or deflate your ego) to admit you were wrong. 

I know outstanding local graduates who are doing well. For instance, two Rezas who are academically well trained locally come to mind. One is Muhammad Reza who is a successful businessman who was featured on "Seeds" (a TV magazine show in 2007). He was offered a scholarship to study abroad but turned it down. 

The other is Azmil Reza, an editor who made his way to the top despite not being an overseas graduate. Then, there is Nim Nathan who earned her degree in English at a local university and has better English than some UK graduates. 

There are many locals who cannot afford to study abroad who are at the top of their game through hard work, dedication and street smarts. An overseas education is ideal but not a necessity. To those without the opportunity to study abroad, I have this to say: "The world will recognise and reward talent and hard work." 

To those who think they are above the local graduates just because of an overseas paper qualification, I have this to say: "Pride comes before a fall." 

It is not the end of the world if you don't have a degree from abroad and certainly there is no shame in admitting it is difficult to get the opportunity to study abroad. If the opportunity comes, congratulations and all my best wishes. Just don't let it go to your head.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Dimanakah tahap profesionalisme Persatuan Bola Sepak Negara?

Posted: 29 Sep 2012 05:20 PM PDT

30 SEPT — Sebut sahaja Liga Perdana Inggeris atau BPL, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran peminat adalah pasukan kesayangan mereka. 

Sudah tentu, nama-nama pasukan ternama seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal mahupun Chelsea menjadi sebutan. 

Ke mana sahaja pasukan-pasukan ini menjelajah, mereka akan dikerumuni dan mendapat perhatian umum. 

Ada yang menjerit, dan ada pula yang menggilai pemain idola mereka. Senario sedemikian bukanlah sesuatu yang menghairankan malah sesuatu yang dijangka. Sedia maklum inilah satu-satunya peluang keemasan untuk bertemu dengan pemain idola di tanah air sendiri. 

Peminat-peminat setia ini menggilai kelab kesayangan mereka atas pelbagai sebab. Antaranya, faktor nostalgia, barisan pemain yang ada di dalam pasukan ataupun alasan bola sepak semata-mata. 

Namun begitu, satu lagi faktor yang dianggap penting ialah pengurusan pasukan yang efisien. Di England umpamanya, semua kelab bola sepak ditadbir secara profesional. 

Profesional dalam konteks ini merujuk kepada sistem pengurusan yang cekap, tiada campur tangan pegawai dalam hal ehwal di padang dan kurangnya kerenah birokrasi. 

Itu sebabnya kita lihat mengapa kelab terkemuka di dunia, Manchester United begitu berjaya sejak dua dekad lalu. Di sini, tidak kelihatan campur tangan pegawai persatuan mereka dalam hal ehwal di padang. 

Sebaliknya, pengurus pasukan Sir Alex Ferguson diberi kuasa penuh untuk mengendalikan pasukan dari aspek pemilihan pemain, metod latihan hinggalah kepada strategi perlawanan. 

Barangkali kerana kebebasan yang diberikan untuk mentadbir yang dapat menjelaskan kepada kita mengapa Ferguson dapat bertahan begitu lama.  Dalam erti kata lain, beliaulah bos besar, hakim dan beliau juga yang akan membuat segala kata putus. 

Pegawai-pegawai persatuan pula hanyalah terbabit dalam urusan pentadbiran sahaja. Inilah profesionalisme yang sebenar-benarnya, bukannya pada nama sahaja. 

Di Malaysia, keadaannya cukup berbeza. Insiden-insiden yang berlaku sebelum ini sudah cukup membuktikan pengurusan persatuan sukan di negara ini masih belum mencapai tahap yang dimahukan. 

Salah sebuah persatuan yang sering kali mendapat perhatian umum ialah persatuan bola sepak. Umumnya, masih banyak kepincangan yang wujud. Bukan sahaja gaji pemain tidak dibayar berbulan lama-lamanya bahkan juga kedengaran segelintir pemain tidak mahu mengikuti nasihat jurulatih. 

Begitu juga dengan masalah politiking dan campurtangan pegawai-pegawai sukan dalam persatuan sukan negara termasuk persatuan bola sepak negeri. Biarpun ia berlaku secara senyap, namun itu sudah cukup untuk membantutkan perkembangan sukan terbabit. 

Kita tidak perlu pergi terlalu jauh dalam mengupas hal ini. Lihat sahajalah kepada skuad Peteh yang sebelum ini dikendalikan oleh jurulatih mereka, Peter Butler. 

Seperti yang kita sedia maklum, Butler adalah ketua jurulatih Terengganu. Sebagai seorang jurulatih, beliau mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam soal membabitkan pasukannya.  Soal ini juga termasuk mendisiplinkan anak-anak buahnya. 

Malangnya, Butler tidak berkesempatan berbuat demikian.  Sebaliknya, beliau digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT gara-gara mendedahkan kelakuan anak-anak buahnya kepada media. 

Apa yang menghairankan mengapakah hukuman terhadap Butler dijatuhkan dengan begitu cepat? Apa rasional untuk PBSNT mengatakan bahawa rayuan Butler tidak mempunyai merit dan tidak berasas? PBSNT perlu sedar bahawa imej bola sepak negeri itu kini menjadi perhatian dunia. Betul atau salah, hanya PBSNT sahajalah yang mempunyai jawapannya. 

Jika seorang jurulatih seperti Butler tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam hal berkaitan pemain, apa gunanya mengupah beliau untuk melatih skuad Peteh? Bukankah lebih baik Butler tinggal sahaja di rumah dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarganya? 

Menjadi seorang jurulatih tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa-apa, apa bezanya kedudukan itu dengan seorang pemimpin yang tidak berkuasa? 

Pegawai-pegawai sukan perlu membezakan apa yang dikatakan sebagai isu pentadbiran dan pengurusan bola sepak secara keseluruhannya. Ada banyak aspek sebenarnya yang boleh dibantu oleh pegawai persatuan sukan – tidak semestinya hal-ehwal di padang semata-mata. 

Umpamanya, mereka  boleh memberi nasihat atau idea bernas untuk memajukan sukan bola sepak negeri. Mereka juga boleh bertukar-tukar pendapat dengan jurulatih pasukan sebagai satu cara memantapkan pasukan. Pokoknya, apa sahaja yang ingin dilakukan, ia harus dibuat secara berpada-pada. 

Sejarah telah membuktikan bahawa campur tangan keterlaluan pegawai-pegawai sukan dalam hal ehwal pasukan hanya akan membinasakan keyakinan pemain-pemain. Lebih daripada itu, ia akan mencetuskan ketegangan yang mungkin mampu menjejaskan prestasi pemain. 

Apakah kita mahu melihat situasi sedemikian berleluasa? Jika itulah niatnya, maka bersedialah untuk melihat sukan bola sepak terus jatuh ditimpa tangga. Kita boleh terus berbangga dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia tetapi keputusan di padang bola menceritakan segala-galanya. 

Bersediakah kita untuk menerima realiti pahit itu? 

* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved