The Malaysian Insider :: Bahasa |
PAC akan panggil jabatan kerajaan bermasalah dalam Laporan Ketua Audit Negara beri penjelasan Posted: 15 Oct 2012 02:40 AM PDT
PAC akan panggil jabatan kerajaan bermasalah dalam Laporan Ketua Audit Negara beri penjelasan
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya telah mengenal pasti terdapat lebih kurang 30 jabatan yang mempunyai masalah paling ketara untuk dipanggil. "Kita telah kenal pasti lebih kurang 30 jabatan kerajaan yang mempunyai masalah paling ketara seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Negara 2011," kata Ahli Parlimen Padang Besar itu lagi. Laporan Audit Negara 2011 telah dikeluarkan hari ini dan telah pun diserahkan kepada semua ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Ketika sidang media itu juga, Azmi turut menjelaskan, jabatan - jabatan yang bermasalah itu akan dipanggil secepat mungkin bermula pada tahun ini untuk memberikan penjelasan. Beliau bagaimanapun tidak menamakan jabatan-jabatan kerajaan yang bermasalah tersebut. "PAC akan tentukan jabatan yang akan dipanggil untuk siasatan lanjut, seperti yang dicadangkan ketua audit negara ... kita kaji dan akan buat keputusan. "Ia akan bermula secepat mungkin ... bermula pada tahun ini hingga sepanjang tahun," katanya lagi, dan menambah, PAC akan hanya melihat "perkara yang amat ketara, tak ketara sangat kita tak akan panggil." MENYUSUL LAGI |
Tengku Razaleigh cadang tanam semula di Kesedar diserah pada Felda Posted: 15 Oct 2012 02:18 AM PDT
Katanya Felda mempunyai pengurusan yang cekap dan pegawainya berpengalaman luas dalam bidang itu, berbanding Kesedar yang belum mampu menyempurnakan program tanam semula ladang peneroka sehingga kini. "Kita mahu Felda ambil alih pengurusan tanam semula baki ladang peneroka Kesedar itu kerana kita anggap banyak merugikan peneroka agensi terbabit," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ketua peneroka dari sembilan RKT Kesedar di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, di Bandar Chiku, di sini hari ini. Pada majlis perjumpaan lebih sejam itu, wakil rombongan ketua peneroka RKT Kesedar Mohd Napi Nasir menyerahkan memorandum persetujuan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, berkata sebelum ini pihaknya sudah beberapa kali menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon persetujuan mengenai perkara itu. Sementara itu, Mohd Isa dalam ucapannya berkata pihaknya akan berbincang dengan Perdana Menteri sebaik pulang ke Kuala Lumpur. Beliau berkata Felda tidak mempunyai halangan untuk mengambil alih pengurusan tanam semula ladang peneroka RKT Kesedar jika Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas pengurusan Felda bersetuju. "Kita memang bersimpati dengan nasib yang dihadapi peneroka Kesedar itu tetapi tunggulah keputusan hasil perbincangan dengan Perdana Menteri nanti," katanya. â Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan