Jumaat, 19 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


KPDNKK selar PPIM lancar anugerah kepada organisasi menindas

Posted: 18 Oct 2012 11:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt  — Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) membidas langkah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang memperkenalkan Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK) dan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) untuk organisasi yang menindas pengguna pada hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam kenyataan kepada sebuah Malaysiakini berkata anugerah tersebut ialah bertujuan mempertahankan hak pengguna.

"Saya merasakan langkah oleh PPIM itu tidak wajar dan sepatutnya tindakan hukuman sahaja sudah memadai.

"Mana pernah dalam sejarah negara kita berikan anugerah kepada organisasi yang teruk, anugerah selalunya diberikan kepada organisasi yang betul-betul berprestasi baik," kata Ismail kepada The Malaysian Insider.

Antara organisasi yang tercalon untuk dua anugerah tersebut ialah The Store dan Giant, Bank Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB), penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket Charge.

 "Mereka (PPIM) sepatutnya beri pendidikan dan memainkan peranan proaktif untuk tingkatkan kesedaran di kalangan pengguna, bukannya dengan mengambil langkah seperti ini.

"Sebagai contohnya negara-negara maju lain, kementerian tidak memainkan peranan banyak sebaliknya persatuan pengguna yang lebih banyak memberi kesedaran dan mendidik pengguna tentang hak mereka," tambah menteri itu lagi.

Mengulas mengenai dakwaan PPIM yang mengatakan rangkaian kedai kopi Starbucks memperuntukkan sebahagian wang mereka untuk rejim Yahudi di Israel, Ismail membidas langkah itu sebagai salah kerana mempolitikkan perkara tersebut.

"Tindakan tersebut adalah menyimpang dengan peranan PPIM, mereka sepatutnya tidak mempolitikkan perkara tersebut. PPIM sepatutnya memfokuskan kepada hak-hak pengguna," tambahnya lagi.

Di samping itu, Ismail juga bertindak memuji Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang memainkan peranan mereka mendekatkan diri dan memberi kesedaran kepada pengguna.

PPIM berkata pemilihan calon-calon untuk OXK dan OXP dibuat berdasarkan banyak aduan yang diterima daripada pengguna terhadap organisasi berkenaan.

Pada masa sama, PPIM mempelawa orang ramai yang merasakan diri mereka dinafikan hak sebagai pengguna, untuk mengemukakan pencalonan terhadap mana-mana organisasi atau individu seperti wakil rakyat atau bos mereka.

Sementara itu, berdasarkan beberapa aduan tertinggi yang diterima oleh PPIM beberapa organisasi telah dikenalpasti untuk dicalonkan.

Selain dua anugerah tersebut, satu lagi "Anugerah Kambing" terhadap mana-mana organisasi di bawah dua anugerah tersebut yang didapati mendapat respon yang paling teruk daripada pengguna. 

Selain organisasi, anugerah ini juga menerima pencalonan untuk individu. 

Ekonomi lesu dunia jejas permintaan minyak sepanjang baki tahun ini, kata Ernst & Young

Posted: 18 Oct 2012 11:31 PM PDT

Ekonomi lesu dunia jejas permintaan minyak sepanjang baki tahun ini, kata Ernst & Young

SINGAPURA, 19 Okt — Pasaran bagi baki tahun 2012 kekal tidak menentu dengan harga minyak menjadi agak tidak berkait dengan asas pasaran, kata Unjuran Suku Ke-4 Minyak dan Gas Global Ernst & Young.

Ernst & Young (E&Y) berkata dengan kelembapan ekonomi global, ia menjangka ini akan membantutkan pertumbuhan permintaan minyak pada jangka pendek.

Bagaimanapun, harga minyak sedikit kukuh pada suku ketiga dan ini akan menjadi asas kepada pelaburan oleh syarikat minyak dan gas meskipun keadaan ekonomi masih tidak menentu, katanya.

E&Y berkata baki tunai yang sihat di kalangan syarikat bermodal tinggi dan keperluan untuk menggantikan rizab akan meningkatkan aktiviti pelaburan pada suku keempat hingga memasuki 2013.

Ia juga berkata ketibaan musim sejuk di Hemisfera Utara juga akan memberikan peningkatan bermusim kepada permintaan minyak dan gas.

Laporan itu berkata kebimbangan mengenai keadaan ekonomi global menghalang harga minyak mencecah ketinggian yang dicapai pada suku pertama tahun ini.

"China dijangka mewakili hampir satu pertiga peningkatan permintaan minyak dunia pada 2013 seperti yang diunjurkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa," katanya.

Sementara itu, ketua minyak dan gas global E&Y, Dale Nijoka, berkata berikutan keadaan ekonomi global yang lesu, permintaan sepanjang baki 2012 ini dilihat terus lemah. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved