Jumaat, 19 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Siapa yang lebih baik?

Posted: 18 Oct 2012 09:52 PM PDT

19 OKT — Setiap ucapan punya konteks dan latar-belakangnya tersendiri termasuklah apa yang diucapkan oleh Datuk Husam dalam perbahasannya dalam penggulungan Belanjawaan Kelantan baru-baru ini.

Ketika menyebutkan tentang DAP lebih baik dari Umno, konteksnya adalah tindakan Umno yang menggunakan peruntukan Akta Kuasa Darurat Kelantan, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Tun Hussein Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977 untuk "memagerankan" Kelantan.

Saya difahamkan masa itu Akta itu masih dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan. Usul yang dibawa oleh TPM itu disokong MCA.

Akibatnya sistem pemerintahan demokrasi digantung dan Kelantan ditadbir secara "de facto" oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.

MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan Umno menang di Kelantan pada PRU Mac 1978 berikutnya.

Husam seterusnya mengingatkan Dewan bahawa ketika itu yang menentang penggunaan akta itu ialah Lim Kit Siang. "Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod Hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu PAS dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Jelasnya apa yang dimaksudkan oleh ADUN Salor ini yang juga Naib Presiden PAS adalah kritikan terhadap Umno tentang hal amalan "demokrasi" dan kalau dibawa lebih luas lagi dalam konteks hari ini adalah perkara yang bersabitan "Tadbir-Urus" atau "governance".

Dan perkara "governance" menyangkut perkara "Keadilan, KeAmanahan, Pertanggungjawaban, Ketelusan, "Rule of Law" (Kedaulatan Undang-undang) dan integriti atau bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tajuknya dan pertikaiannya tidak menyangkut hal aqidah dan keimanan atau siapa Islam atau bukan Islam. Sebaliknya, tajuk utamanya bersangkutan dan tadbir-urus yang seharusnya bagi orang Islam adalah hasil natijah iman dan komitmen kepada prinsip-prinsip penting dalam akhlak dan muamalat Islam.

Disini, perbezaan dan ukuran yang dimaksudkan oleh beliau tentang DAP nyata lebih baik dari Umno disegi amalan demokrasi dan tadbir-urus yang baik atau "good governance".

Sehubungan perkara ini saya suka mengungkapkan apa yang disebutkan oleh Imam Ibn Taimiyymah: (InnalLaha yansuru daulatun 'Adilah, walau kaanat Kafirah, wa inkaanat Kafirah, wa La yansuru daulatun Zolimah, wa lau kanat Mukminah). "Allah membantu negara Adil, walaupun Kafir, dan Allah tidak membantu negara zalim walaupun mukmin".

Mafhum atau maksud kalam Ibn Taimiyyah ini cukup jelas tentang persoalan pemerintahan (daulah) dan tadbir-urus yang mendukungi Keadilan dan KeAmanahan yang diberi Allah bantuan dan pertolongan dengan sifat Ar-RahmanNya ke atas semua mahklukNya. Dalam sebuah hadith Qudsi "RahmahKu mengatasi Kemarahan(Amarah)Ku".

Saya kira Husam tidak perlu apologetik tentang apa yang beliau sebutkan dalam DUN Kelantan itu atau takut serta gusar dengan ugutan oleh seorang ADUN BN bahawa kenyataan ini mahu disebarkan seluas-luasnya. Biar sahaja ia diberikan liputan luas, kelak rakyat seluruhnya akan faham maksud sebenarnya!

Kalau kita panjangkan lagi segala kezaliman dan kebobrokan Umno khasnya dekad-dekad mutakhir ini maka akan lebih menyerlah bagaimana parti politik Melayu yang tidak komited untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam akan akhirnya "menjulang ketuanan bangsa-parti"nya dan sanggup berlaku zalim kepada pihak lain.

Ambil sahaja bagaimana Umno menafi dan merampas hak rakyat Kelantan dalam hal royalti minyak Kelantan. Bagaimana Umno menafikan peruntukan per kapita hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sebenarnya termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Senarainya terlalu panjang samadayang bersangkutan dengan hal urusan ekonomi dan pembangunan termasuklah "penswastaan" dan "monopoli" untuk kroni dan mengorbankan kemaslahatan awam dan rakyat.

Tidak kurang zalimnya adalah dalam "mencekik" dan "menjerut" system Kehakiman dan badan-badan penguatkuasa seperti SPR, SPRM, Suhakam dll sekaligus menghilangkan unsur "Semak-Imbang" sebenarnya yang diperlukan untuk menjaga kewibawaan dan kebebesan semua institusi-institusi penting dalam negara.Tidak termasuk hal yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat amnya termasuklah dalam isu Lynas di Gebeng dan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan mengutamakan kepentingan komersial dan elit bisnes-kroni.

Ini konteksnya yang dimaksudkan beliau bahawa DAP lebih baik dari Umno. Testimoni dan prestasi Pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang hari ini di bawah DAP lebih menyerlah lagi di segi prinsip Kompetensi, Pertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) untuk membangunkan "good governance". Ketirisan berbilion ringgit dalam Laporan Ketua Audit 2011 cukup sebagai bukti dan testimoni.

Sayugia saya sebutkan, pada akhirnya bahawa Aqidah dan Keimanan sememang punya pertalian yang intim dan kuat dengan tadbir-urus atau "governance". Seandainya Aqidah dan Keimanan itu kuat dan mantap pastinya ia akan melahirkan pentadbiran yang Amanah kepada Allah serta menunaikan tanggunggjawab kepada rakyat.

Sebaliknya, ketika pentadbiran itu sarat dengan rasuah, salah guna kuasa serta membolot kekayaan negara, saya berani menegaskan, berdasarkan pelbagai ayat-ayat Allah khasnya mesej dari Surah Mutaffifin, bahawa Aqidah dan Keimanan Penguasa Politik itu adalah sangat dipertikaian bahkan sangat rapuh justeru kerana tidak takut kepada Allah SWT dan Amanah Allah pastinya akan menuntut Pertanggungjawaban di Mahkamah Rabbul Jalil di Yaumul Hisab — Hari Pembalasan.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Are you doing what you love?

Posted: 18 Oct 2012 05:07 PM PDT

OCT 19 — Some time ago, I received an email from a career website I forgot I had subscribed to. The email subject was: "Are you doing what you love?" 

Without opening it, I marked the email as spam and moved it to the trash bin, but the question stayed with me. The first thought that came to my mind was: "Should I be?"

The common perception is that we are better off doing something we are absolutely passionate about. It's a tired cliché shoved as a matter of course at the young and ambitious, looking to start down their own path in life in search of their destiny, and I suspect amid the current convocation season many a fresh graduate will hear it in one form or another.

And yes, to some extent enjoying what we do for a living helps us to become happy and successful. But doing something you love is not the be-all and end-all of success and happiness. In my opinion the key factor is not so much something you love as something you don't hate.

Am I doing what I love? At this point in my life, the answer would be yes. I love to write and I happen to write for a living. But I did not get to it as a job by wanting to do something I love. When I first entered the workforce, I did not have my mind set on finding a job doing something I love. My only thought was to find a job I can do.

And I did. I remember the day I handed in a bound copy of my dissertation to my supervisor and thought, this is it — I'm done, I'm graduating. Along the way I discovered that while I love geology and enjoyed studying it, it wasn't necessarily something that I would like to do for a living. It would be great to write but as a fresh graduate with nearly zero experience that seemed beyond me. So the big question for me was: what now?

As I wandered around the geology building wondering at the newly appeared emptiness that followed the realisation that one is actually done with university, I stopped by the computer lab, surfed the Net and checked out Jobstreet. As I looked through the listings, one advertisement for a sub-editor caught my eye — the only requirements were good English and a degree in anything, along with the standard list of personal qualities, and importantly, fresh graduates accepted. And I thought, why not?

I went for it and I got the position. And I was a sub-editor for nearly three years. While I'm not bursting with passion for sub-editing, I discovered that some of my little habits and quirks helped me do it after an initial learning period. Over time, I discovered that I was fairly good at it and that discovery made me happy doing it.

I was happy with the job not necessarily because I loved doing it, but because I loved being competent at it. The fact that I could do it meant I did not dread coming in to work every day, which I feel is an important factor in workplace happiness and eventual career success, more so than actually loving what you do — contentment as opposed to bursting passion.

If you are pondering your career, avoid giving too much weight to passion and love. If you are good at something and the thought of doing it for a living does not scare you silly, it is probably the right thing for you to do. At the very least, it would be the right step towards what you should be doing.

So, are you doing what you love?

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved