Ahad, 21 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MB Selangor gesa pembangkang hentikan kelirukan rakyat

Posted: 21 Oct 2012 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pembangkang di negeri Selangor berhenti daripada terus memutar belit isu paras air di Empangan Sungai Selangor.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Abdul Khalid berkata dia berpuas hati dengan peningkatan takungan air di empangan tersebut yang meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat ini sekaligus membidas dakwaan seperti yang dilaporkan Utusan yang mengatakan takungan menyusut kira-kira 40% daripada jumlah 235 juta meter padu.

"Saya berpuashati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini," kata Abdul Khalid (gambar).

MB Selangor tersebut juga memuji pihak pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bekerja keras dalam memantau status empangan untuk memastikan ia berada pada paras memuaskan dan mampu memenuhi keperluan pengguna.

"Kerajaan Selangor sedar dengan usaha-usaha pihak  tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang kononnya bakal berdepan  krisis air ekoran penurunan paras air di empangan.

"Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan," tambah Abdul Khalid lagi.

Pembangkang di Selangor terutamanya Umno menerusi akhbar rasmi mereka Utusan sebelum ini menimbulkan kebimbangan paras air di empangan tersebut dan mengesyorkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilihat sebagai jalan penyelesaian untuk mengelakkan daripada krisis air daripada berlaku.

Dalam laporan tersebut, Utusan mendakwa sekiranya berlaku krisis air di Selangor ia akan mengakibatkan bekalan sebanyak 60 peratus air yang telah diproses bagi keperluan penduduk Lembah Klang iaitu Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus kepada penduduk di kawasan Rawang akan terjejas teruk.

Abdul Khalid dalam kenyataannya juga menegaskan, segala usaha oleh pihak pembangkang di Selangor tidak akan menjejaskan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air yang masih terbantut di samping  meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Bekas KPN nafi sidang media pendedahan kes Altantuya di Bangkok

Posted: 21 Oct 2012 01:38 AM PDT

SHAH ALAM, 21 Okt — Bekas Ketua Polis NegaraTan Sri Musa Hassan telah menafikan beliau dakwaan beliau akan bercakap kepada wartawan di Bangkok esok tentang kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan merasa hairan dengan spekulasi tentang aktivitinya.

Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) telah meletakkan notis tentang sidang media tersebut akan tetapi mengatakan ia bukanlah aktiviti kelab akan tetapi dianjurkan oleh pihak lain.

"Saya terperanjat apabila mendengar berita ini. Saya tahu tentang ini pun apabila ada wartawan menghubungi saya semalam. Mana ada, saya masih di sini (Malaysia)," kata Musa (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Acara tersebut bertajuk "Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya" dijadualkan pada pukul 11 pagi waktu Bangkok dan diadakan enam tahun selepas gadis tersebut diletupkan dengan bahan letupan oleh dua orang anggota pengiring keselamatan Malaysia di Shah Alam.

Kedua-dua anggota polis tersebut telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman akan tetapi kedua-duanya telah merayu hukuman mati yang dijatuhkan.

"Saya tak faham mengapa semenjak dua menjak ni saya sering menjadi sasaran pelbagai spekulasi,"

"Saya harap pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berhenti menganggu saya," tambah bekas ketua polis yang bersara pada tahun 2012 selepas kontraknya tamat.

Secara kebetulan, kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhkan hukuman mati itu akan didengar rayuannya pada 31 Oktober dan 1 November.

Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009, setelah didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.

Penganalisis Abdul Razak Baginda, 50 yang turut didakwa bersama kedua-dua anggota UTK itu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober dengan alasan tiada prima facie terhadapnya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved