Ahad, 21 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Ancaman tak berair dan banjir

Posted: 20 Oct 2012 03:40 PM PDT

21 Okt — Kira-kira 10 hari sebelum rencana ini ditulis tersiar berita dan gambar kolam takungan air di kawasan Sabak Benam diancam kekurangan air dan ia memungkin kawasan berkenaan akan putus bekalan air.

Lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditempelak betapa ia berdegil menolak pelan Langat-2 yang dirancang sebagai persediaan bekalan air yang secukupnya bagi  Lembah Kelang khususnya  dan Selangor amnya untuk beberapa dekat  akan datang bahkan untuk sekurun lagi.

Orang  ramai cuba dibimbangkan betapa Selangor bukan sekadar diancam bekalan air yang dirawat, bahkan kekurangan bekalan air termasuk yang tidak dirawat.

Sedang kerajaan Selangor mendapat nasihat dari pakarnya betapa pesat pun pertumbuhan kemajuan pembangunan dan pertambahan penduduk di negeri itu tidak diancam krisis air tanpa projek Langat-2 kiranya pelan rawatan air dibuat mengikut sistem yang betul.

Bagi Pakatan Rakyat sistem bekalan air itu yang mesti  dibetulkan nescaya ia dapat menyelamatkan dana negeri  dari meneruskan pelan Langat-2.

Untuk menjelaskan isu pertikaian air itu kepada umum maka TV1 mengadakan perbincangan mengenainya oleh orang-orang dirasakan tahu atas masalah itu. 

Tetapi sesi perbincangan itu tidak membawa pakar dari Selangor bagi memberi pandangan kedua atas isu itu. 

Maka penjelasan pihak sebelah samalah dengan perbicaraan tanpa pembelaan oleh pihak yang dituduh. Penjelasan itu seperti  tidak memberi penjelasan saja.

Penjelasan Menteri Besar Selangor atas amaran kekurangan  air   di sekitar Sabak Bernam itu cuba diatasi dengan sistem menabur benih hujan di angkara yang diharapkan agar ada hujan lebat dan sementara itu ia akan  menyiasat punca kekurangan air itu.

Dua tiga hari selepas itu tersiar berita bahawa ancaman air itu kerana  ban di sungai yang menyalurkan air itu pecah. Makan semua pihak yang terbabit  dikerah turun padang bagi membaiki kerosakan.

Di tengah kebimbangan orang akan ancaman krisis bekalan air itu keluar pula  amaran beberapa kawasan  di Selangor mungkin berdepan dengan ancam banjir dan orang ramai mesti bersedia untuk dipindahkan.

Dalam masa seminggu  saja rakyat Selangor diancam dua  kebimbangan berhubung air.  Kebimbangan pertama putus bekalan dan kebimbangan banjir iaitu berlebihan  air. Air tak ada pun  susah dan   air banyak pun susah.

Dalam masa sepuluh hari selepas berita susutan air di takungan Sabak Bernam itu lima enam hari Lembah Kelang disirami hujan yang  amat lebat. Sehari sebelum artikel ini  ditulis hujan di Kuala Lumpur  turun dari pagi hingga ke petang. Dalam hujan lebat itu saya pergi ke Hulu Langat,  sepanjang jalan hujan. Sudah beberapa hari pagi hujan, petang pun hujan.

Apakah memang sekarang musim hujan atau ia hasil semaian benih hujan  di awan angkasa Selangor. Tetapi saya menunggu berita tentang kekurangan air di takungan Sabak Bernam itu. Tiada yang menyiarkan air masih kurang atau kembali penuh. Tetapi kekurangan itu bukan kerana negeri itu benar-benar diancam krisis air, tetapi ia  disebabkan ban sungai yang pecah.

Apakah ancaman air di Selangor itu palsu atau hakikat, tunggu PRU 13. Kalau Putrajaya jatuh, maka kita akan tahu, ia benar anacaman atau tidak. Jika  ia benar ancaman kerajaan baru akan menentukan apakah Langat-2 akan diteruskan atau sistsem bekalan akan  disempurnakan.

Tetapi, kalau tiada perubahan dalam PRU 13, BN akan  mengatakan Langat-2 adalah jawapan atas isu itu.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Ikon - yang konvensional dan tidak konvensional

Posted: 20 Oct 2012 03:40 PM PDT

21 Okt — Pelbagai respon yang saya terima kesan tulisan tentang Datuk M.Nasir di keluaran yang lalu. Ada yang bersetuju dan ada juga yang mempersoalkan. Saya terima apa saja pandangan dengan hati yang terbuka.

Seperti yang saya bualkan dengan seorang sahabat yang juga peminat M.Nasir yang baginya M.Nasir tetap seorang insan yang hebat terutama dari segi muzik dan susunannya.

Saya tidak mempersoalkan tentang itu. Yang saya persoalkan adalah tentang "roots" dan susur galur muzik yang diperjuangkannya.

Apabila bercerita tentang "roots" muzik, saya rasa itu penting untuk kita faham tentang hala dan genre yang kita bawakan.

Pertama kali ke studio Luncai Emas di awal tahun 90an dulu bergaul dan mengenal insan seni bernama M.Nasir sambil membelek-belek koleksi piring hitam artis-artis barat miliknya saya tahu kita punya citarasa yang sama dalam muzik dan kefahamannya.

Beliau juga membesar dengan lagu Dylan, Al Stewart, Beatles, Pink Floyd, Cat Steven, Earth Wind and Fire antaranya. Itu lah yang saya maksudkan dengan "roots". Begitu juga tentang kefahamannya tentang hakikat dan kejiwaan.

Dan perkara paling penting bagi saya jika kita seorang singer-songwriter, bikinlah lagu untuk buat orang berfikir! Itu satu tanggungjawab bagi seorang pengkarya bergantung pada tahap kefahaman mereka.

Jika Amy, Jamal atau Saleem itu tidak ada dalam fikiran saya pun sebab mereka bagi saya hanya duduk dalam genre komersial sejak dari awal karier, begitu juga Ramli Sarip, beliau seorang penyanyi rock, bukan folk singer song-writer.

Sudahnya sahabat saya itu menyatakan , " M.Nasir sudah tua bro!", dan kami pun ketawa di suatu petang yang nyaman itu.

Roger Waters pun sudah tua juga, pun masih maintan rugged. Sting pun begitu juga...Mengapa perlu menjadi "poyo" jika kita sudah solid?

Nusrat Fateh Ali Khan sehingga akhir hayat kekal dengan idealisma dan apa yang diperjuangkannya sehingga dunia mengkaguminya.

Perjalanan yang paling menarik bagi seorang pengkarya adalah seperti yang John Lennon lakukan, dari konvensional kepada tidak konvensional.

Berbeza pula dengan M.Nasir yang mana perjalanan seninya dari tidak konvensional kepada konvensional.

Satu hal yang harus diakui juga ramai kenalan saya , mereka ini adalah peminat yang membesar dengan lagu-lagu M.Nasir. Di usia yang hampir mencecah separuh abad ini kami membicarakan tentang topik dan isu tersebut dalam ruang yang lebih matang dan terbuka.

Saya tidak punya apa kepentingan dalam menyuarakan pendapat dan saya tidak ada hal juga jika M.Nasir itu seorang jutawan hasil penat-lelahnya berjuang dalam dunia muzik dan industrinya, cuma seperti yang saya ralat, beliau seolah mengambus lorong yang telah beliau bina sejak awal berkarya dulu.

Pentingnya bukan untuk beliau, tapi generasi yang akan datang. Tapi apalah yang nak dikisahkannya sangat pun?

Saya akui M.Nasir adalah satu watak menarik dari spesis yang "rare" untuk ditemui. Hebat kerana mampu melepasi ruang mainstream dan lagu-lagunya yang bermesej itu diterima ramai. Juga beliau tahu apa ramuan yang masyarakat Melayu suka .

Seperkara juga tentang pengetahuan beliau tentang hakikat, kefahaman dan sifat keterbukaannya. Banyak perkara yang saya setuju yang mana bagi saya jika kita boleh membezakan antara ilmu usul dan ilmu hukum, kita mampu bermuzakarah dalam ruang yang lebih terbuka dan bukan semua manusia akan faham tentang perkara itu.

Lagu "Tanya Sama Itu Hud-Hud" yang diciptanya yang mana liriknya adalah pengaruh dari kitab Penyair dan ahli sufi Farid ud-Din Attar yang judulnya "The Conference of the Birds", atau dalam versi Indonesianya "Musyawarah Burung" adalah antara lagu komersial terbaik yang pernah diciptanya yang berjaya menembusi pasaran komersial sehingga menang Anugerah Juara Lagu tahun 1994.

Itulah klimaks pencapaiannya sebagai seorang penyanyi dan komposer.

"The Conference of the Birds" adalah karangan penyair dan pujangga kelahiran Persia Barat Farid ud-Din Attar, atau nama sebenarnya Abu Hamid bin Abu Bakr Ibrahim ( lahir tahun 1120 dan meninggal pada tahun 1230 ) yang terhebat.

Hebat kerana pengisian dan gubahan bahasa yang indah serta jalan ceritanya yang berkisar tentang perjalanan nafsu dan diri kita sendiri sehinggalah ke titiknya, untuk sebuah permulaan dalam mengenal diri.

Saya salut M.Nasir kerana berjaya membuka minda dan mengenengahkan kepada masyarakat tentang perkara-perkara serius yang melibatkan kejiwaan.

Berbalik tentang hal komersial, itu jugalah yang terjadi kepada penyanyi folk Indonesia Gombloh yang juga akur dengan kehendak mainstream di awal tahun 80an dulu. Beliau gagal mempertahankan idealismanya dalam berkarya.

Pun walaupun karyanya laku di pasaran komersial , Gombloh masih lagi hidup dengan watak bohemian dan menyatu dengan golongan marhaen dan gelandangan sehingga ke akhirnya. Masih rabak sehinga ke akhir hayatnya.

Begitu juga dengan Bob Dylan yang poyo dengan album Saved nya di tahun 80 dulu. Saya hanya mendengar Dylan melalui album pertamanya "Bob Dylan" (1962) sehingga album "Street Legal" (1978). Suaranya bila sudah semakin tua semakin sengau dan kurang dari segi intonasi. Memang tak sedap langsung!

M.Nasir juga dalam keadaan usianya yang semakin ke depan, dari segi suara dan intonasinya sudah tidak sama seperti di zaman Kembara dan album-album solonya yang terdahulu.

Tanpa Loloq, kata M.Nasir beliau telah patah sebelah sayapnya.

Pun setiap manusia hadir ke dunia dalam bentuk dan acuannya yang tersendiri. Kerana kita juga akan pulang tanpa teman dan meninggalkan apa saja yang baharu sifatnya. Jadi bagi saya itu bukanlah penyebabnya.

Saya tidak akan bandingkan M.Nasir dengan seniman hebat dunia yang bernaung di bawah label Real World milik Peter Gabriel seperti Nusrat Fateh ( Pakistan ) mahupun Salif Keita ( Mali ) atau dengan Iwan Fals sekalipun, tapi untuk negara kita yang serba-serbinya lemah gemalai ini, alangkah baiknya jika kita memiliki seorang ikon yang rugged, berilmu dan rebel seperti Bob Marley, Lennon, Bono antaranya.

Masyarakat kita sudah lama lemas dalam ayat-ayat cinta yang layu dan penuh rindu-dendam.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved