The Malaysian Insider :: Bahasa |
Chia tak pernah didakwa jadi tak salah terima wang, kata MP Kota Belud Posted: 22 Oct 2012 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 Okt â Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa tidak menjadi kesalahan bagi Umno Sabah menerima wang daripada Michael Chia kerana ahli perniagaan tersebut tidak pernah didakwa atau ditangkap kerana menyeludup wang sebelum ini, kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.
"Malah individu ini (Michael Chia) juga tidak pernah didakwa oleh Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC)," kata Abdul Rahman (gambar). Sebelum ini di Parlimen, Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Ketua Menteri, Datuk Musa Aman. "Semua pegawai Umno di Sabah yang disiasat oleh ICAC tanpa sebarang sekatan. "Selepas ICAC mendapat maklumat mengenai wang tersebut adalah untuk tujuan derma politik maka siasatan tersebut ditutup," kata ahli parlimen Umno itu lagi. Abdul Rahman juga menyelar tindakan pembangkang yang menuduh dan membuat dakwaan liar bahawa RM40juta tersebut diseludup sambil menyifatkan ia hanya permainan politik oleh Pakatan Rakyat (PR). MENYUSUL LAGI |
Ronnie Liu, Khir Toyo setuju selesai kes saman Posted: 21 Oct 2012 11:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Okt â Exco Kerajaan Negeri Selangor Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan esok untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran. Liu mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008. â Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan