Khamis, 25 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Cadangan hapuskan hukuman gantung dapat sokongan Amnesty International

Posted: 25 Oct 2012 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Pengumuman oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk memansuhkan hukuman gantung ke atas pesalah dadah mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Amnesty International dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Walaupun begitu, Amnesty International menggesa pemansuhan ke atas hukuman gantung bukan sahaja melibatkan kes dadah tetapi juga dalam kesalahan lain.

Di samping itu, pengumuman oleh kerajaan pusat ini bakal menangguhkan beberapa kes gantung yang ketika ini masih lagi belum berjalan.

"Cadangan kerajaan Malaysia ke atas hukuman mati harus meliputi semua kesalahan dan ia harus diiringi dengan penangguhan segera ke atas semua hukuman," kata Amnesty dalam satu kenyataan hari ini.

Hukuman mati sinonim dengan kerajaan Malaysia bagi kesalahan-kesalahan daripada khianat kepada membantu dalam melakukan pembunuhan.

Manakala penalti wajib bagi kesalahan membunuh dan kes pengedaran dadah adalah hukuman gantung sampai mati.

Nazri (gambar) berkata sebanyak 900 banduan telah dijatuhi hukuman gnatung bagi kesalahan dadah malahan beliau turut menerangkan dibawha Akta Dadah Berbahaya, seseorang suspek secara langsung didapati bersalah mengedar dadah jika didapati memiliki dadah melebihi berat tertentu.

Amnesty dalam kenyataan mendakwa peruntukkan ini sama sekali bertentang dengan hak untuk mendapatkan pengadilan adil yang mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Dalam pada masa sama, Nazri turut menggesa penggampunan kepada rakyat Malaysia yang menghadapi hukuman gantung bagi kesalahan sama di luar negara sebagai contoh dalam kes rakyat Malaysia Yong Vui Kong yang dihukum gantung dibawah hukuman gantung mandatori di Singapura bagi kesalahan dadah.

"Malaysia perlu mengambil peluang ini untuk membuat penilaian secara positif serta mengikut langkah yang diambil oleh di kalangan ahli-ahli ASEAN yang menolak dengan mengenakan hukuman gantung kepada pesalah," kata Amnesty lagi.

Pada bulan Mac 2012, Badan Peguam Malaysia (Bar Council) telah menggesa satu penangguhan segera ke atas semua hukuman gantung dan pemansuhan undang-undang hukuman gantung.

Rafizi: Saya sendiri akan ke Hong Kong bertemu ICAC

Posted: 25 Oct 2012 01:48 AM PDT

Rafizi berkata beliau sendiri akan ke Hong Kong bertemu ICAC. — Gambar oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 25 Okt —  Sekiranya masih gagal mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mengenai status kes berhubung sumbangan dana RM40 juta kepada Umno Sabah, Rafizi Ramli berkata beliau sendiri akan Hong Kong bagi mengemukakan bukti baru terhadap kes tersebut kepada badan berkenaan.

Menurut Rafizi yang sudah menghubungi ICAC, sehingga kini badan tersebut masih gagal memberikan penjelasan sama ada kes tersebut telah ditutup atau masih berjalan.

"Jika masih gagal mendapatkan sebarang jawapan dan penjelasan daripada ICAC mungkin saya sendiri terpaksa pergi ke Hong Kong.

"Berdasarkan kenyataan dan bukti baru yang diperoleh menerusi kenyataan pemimpin Umno dan di Parlimen, saya berpendapat terdapat asas untuk ICAC menyiasat terutamanya dibawah Seksyen 16 (3), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 memandangkan terdapat keraguan ke atas sumber wang tersebut," kata Rafizi semasa ditemui di Bank Negara Malaysia (BNM) pagi ini.

Namun, Rafizi berkata terdapat statut dalam ICAC yang menjelaskan bahawa sekiranya siasatan kes tersebut sudah melebihi tempoh tiga tahun maka ia tidak akan diteruskan.

"Kami sudah menghubungi ICAC dan tidak terdapat satu pengesahan pun daripada mereka yang mengatakan kes tersebut telah ditutup atas alasan tiada elemen rasuah telah dikenalpasti.

"Walaubagaimanapun seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report menyatakan terdapat statut dalam ICAC yang menghadkan tempoh siasatan hingga tiga tahun. Jika tiada maklum balas daripada negara yang disiasat terbabit, maka kes tersebut tidak akan disiasat lagi," kata Rafizi.

Rafizi menerangkan dia juga akan cuba mendapatkan jawapan daripada ICAC untuk mengesahkan samaada kes tersebut telah ditutup kerana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan memberikan kerjasama dalam siasatan kes tersebut.

Sebelum itu, Rafizi pagi tadi telah menyerahkan kertas laporan kepada BNM bagi menggesa badan pusat terbabit untuk menyiasat sumbangan dana RM40 juta kepada Umno Sabah dibawah peruntukkan Akta Kawalan Tukaran Wang 1953 dan Notis Kawalan Tukaran Wang, ECM 4 dan Seksyen 16 (3), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Dalam sidang Parlimen lalu, Putrajaya telah mengesahkan bahawa Datuk Musa Aman hanya dibersihkan daripada rasuah selepas SPRM memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa sumbangan tunai RM40 juta yang didakwa untuk Ketua Menteri Sabah adalah "derma politik" kepada Umno.

Putrajaya mengesahkan bahawa Musa hanya dibersihkan daripada rasuah selepas SPRM memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa sumbangan tunai RM40 juta yang didakwa untuk Ketua Menteri Sabah adalah "derma politik" kepada Umno.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa SPRM mula menyiasat Musa selepas ICAC ingin mendapatkan maklumat mengenai isu itu.

Beliau berkata ICAC telah meminta kerjasama SPRM selepas peniaga kayu Sabah, Michael Chia telah ditahan dan didakwa dengan pengubahan wang haram pada tahun 2008 kerana cuba menyeludup S$16 juta (RM40 juta) daripada Hong Kong.

Menurut laporan media, Chia pada masa itu memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang yang beliau bawa adalah milik Musa.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved