The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pakatan akan anjurkan perhimpunan pada 3 November tuntut pilihan raya bersih Posted: 03 Oct 2012 02:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Okt — Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) hari ini.
Bersih 2.0 menuntut daftar pemilih dibersihkan, reformasi sistem undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses kepada media yang adil, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor. Gerakan reformasi pilihan raya itu juga telah berkata bahawa ia akan mengadakan konsert pada 13 Oktober untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa lapan tuntutan masih belum ditunaikan. MENYUSUL LAGI |
Belanjawan 2013 bukti kerajaan prihatin, bukan raih undi — Palanivel Posted: 03 Oct 2012 02:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Okt — Belanjawan 2013 adalah satu lagi bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukan untuk meraih undi seperti yang didakwa pembangkang, kata Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel (gambar).
"Kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional sentiasa mengutamakan kebajikan serta keperluan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek Kumpulan Wang Biasiswa Tan Sri Manickavasagam, di sini hari ini. Kumpulan Wang Biasiswa Tan Sri Manickavasagam itu memperuntukkan sejumlah RM1.1 juta dalam bentuk pinjaman kepada 66 pelajar India miskin bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di dalam dan luar negara. Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pinjaman itu adalah sebahagian daripada usaha MIC untuk membantu meringankan beban pelajar miskin. "Setiap pelajar diperuntukkan pinjaman antara RM15,000 dan RM18,000 bergantung kepada bidang pengajian mereka," katanya. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan