Jumaat, 5 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


NGO buat laporan polis terhadap Anwar dan tiga MP Pakatan

Posted: 05 Oct 2012 02:03 AM PDT

Kelab Wartawan Muda membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama tiga ahli Parliment PR, hari ini.

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.

Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.

"Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?

"Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.

"Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?" kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.

Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.

Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.

Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media.

Kerajaan disaran laksana kajian untuk gubal sistem subsidi baharu

Posted: 05 Oct 2012 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Kerajaan disaran melaksanakan kajian untuk menambah baik sistem subsidi dan memastikan hanya yang benar-benar layak menerima keistimewaan itu.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) berkata sistem sedia ada perlu dihentikan kerana mereka yang tidak sepatutnya turut mendapat manfaat daripada usaha kerajaan membantu rakyat tidak berkemampuan.

Jika sistem yang lebih efisien dilaksana, peruntukan subsidi yang sekarang dinikmati golongan tidak sepatutnya boleh dimanfaat untuk pembangunan negara, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP), di sini hari ini.

Beliau juga berkata kajian perlu agar rakyat "tidak terkejut" jika pemberian subsidi diberhentikan secara tiba-tiba.

Pada 20 Jan lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata kerajaan dijangka menanggung bebanan subsidi berjumlah RM18.92 bilion bagi barang-barang kawalan bersubsidi pada tahun ini. 

Ditanya mekanisma yang boleh diguna untuk tujuan itu, Khairy berkata kerajaan boleh mengunakan maklumat golongan yang kurang berkemampuan melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kita akan guna maklumat hasil pemberian BR1M bagi memastikan sistem yang akan mengantikan sistem sekarang akan memanfaatkan mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sahaja dan ia untuk peringkat permulaan.

"Melalui pemberian subsidi yang sistematik saya yakin jumlah wang untuk subsidi mampu dikurangkan dan boleh digunakan untuk membuat program mesra rakyat seperti pembangunan luar bandar," katanya.

Sementara itu, Khairy memaklumkan Majlis Jawatankuasa IPACC telah bersetuju untuk menubuhkan Sayap Orang Muda yang akan berpangkalan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

"Ini satu peluang untuk kita memainkan peranan di peringkat antarabangsa dan kita bercadang menjemput pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia, tidak sahaja kepada pemimpin parti yang memerintah tetapi juga parti pembangkang termasuklah

pemimpin muda parti pembangkang di negara kita untuk terlibat sama dalam Sekretariat Sayap Orang Muda ICAPP," katanya.

ICAPP ialah forum melibatkan parti pemerintah, pembangkang dan bebas dari rantau Asia-Oceania dan ditubuhkan di Manila, Filipina pada September 2000.     Persidangan ICAPP di sini itu dihadiri 26 delegasi dari 11 negara dan 11 parti politik. Delegasi Malaysia diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim. — Bernama 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved