Ahad, 7 Oktober 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Walaupun rungutan meningkat, pemandu teksi minta dilepaskan bayar saman

Posted: 07 Oct 2012 01:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Oct — Bantahan oleh pemandu teksi ibu kota di Bukit Bintang minggu ini untuk minta dilepaskan dari membayar saman membawa perhatian ramai kepada rungutan mereka, juga kepada penumpang teksi yang sering rasa tertipu, di bandar antara paling dikunjungi di dunia.

Dalam bantahan itu, pemandu teksi mendesak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memadam semua saman yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak berkuasa bagi memudahkan proses pembaharuan kad pemandu teksi mereka.

Tetapi banyak media melaporkan kumpulan pemandu teksi ibu kota mengenakan kadar yang lebih tinggi untuk jarak perjalanan pendek dan tidak menggunakan meter mereka.

"Mereka (pemandu teksi) meminta supaya semua saman mereka yang direkodkan dalam pangkalan data dapat dihapuskan," kata pengurus komunikasi SPAD, Noor Hisham Mohd Taha kepada The Malaysian Insider.

Noor Hisham berkata permintaan itu dilakukan oleh wakil dari Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur Bukit Bintang (Bestari) pada Rabu lepas di dalam mesyuarat dengan SPAD, sehari selepas protes.

"Kami berkongsi pangkalan data berpusat dengan pihak berkuasa lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPJ). Jika mereka mempunyai saman dari mana-mana satu pihak berkuasa ini, mereka tidak akan dapat memperbaharui kad mereka ," kata Noor Hisham.

Apabila ditanya jika SPAD berpendapat permintaan ini wajar, Noor Hisham enggan mengulas lanjut tetapi berkata, "Kami akan cuba untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Kami tidak mahu persengketaan."

Noor Hisham menambah bahawa suruhanjaya itu masih mencari tarikh yang sesuai untuk membincangkan permintaan Bestari dengan pihak berkuasa lain.

Satu lagi aduan oleh pemandu teksi adalah melibatkan perkhidmatan bas Go-KL, perkhidmatan percuma intra-bandar yang digunakan oleh pekerja pejabat dan juga pelancong.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu The Malaysian Insider bahawa bas Go-KL tidak bertujuan untuk mengurangkan pendapatan pemandu teksi.

"Kemudahan ini telah diperkenalkan untuk kemudahan kepada orang awam untuk bergerak lancar".

Tender terbuka projek kerajaan bukti ketelusan, kata TPM

Posted: 07 Oct 2012 12:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah melaksanakan persaingan tender terbuka untuk projek dan pembelian adalah bukti ketelusan dan pentadbiran baik yang dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia.

Menurut Muhyiddin lagi, hasil kejayaan tersebut Malaysia telah diiktiraf oleh firma antarabangsa A.T. Kearney yang mengiiktiraf negara sebagai antara 10 negara terbaik dalam indeks keyakinan pelaburan langsung asing pada 2012.

"Perkara ini satu perkembangan yang positif sekaligus memberikan petanda tahap keyakinan dikalangan pelabur dan usahawan asing semakin tinggi.

"Ini bukti Malaysia sebagai satu destinasi yang mampan dan menguntungkan untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan," kata Muhyiddin semasa majlis penutupan sidang Pertubuhan Agensi Penguatkuasa AntiRasuah Antarabangsa (IAACA) di ibu negara hari ini.

Selain itu, Muhyiddin turut berbangga dengan kaji selidik Transparency International pada tahun 2011 apabila 49 peratus rakyat Malaysia berpendapat usaha kerajaan memerangi rasuah berkesan berbanding 29 peratus pada 2009.

"Kerajaan Malaysia sudah melancarkan kempen memerangi rasuah, bagi untuk memastikan usaha ini lebih berkesan kita juga perlu memperbaiki sistem dan memperbaharui sikap dalam pentadbiran.

"Salah satu bukti kesungguhan kerajaan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak untuk membanteras rasuah adalah melalui peruntukan sebanyak RM276 yang diumumkan pada Bajet 2013 yang lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," tambah Muhyiddin lagi.

Di samping itu, Muhyiddin turut menggesa negara peserta IAACA mencontohi kerajaan Malaysia serta berganding bahu bersama untuk menjayakan Deklarasi Kuala Lumpur 2012 yang telah dimerterai semasa sidang keenam yang berlangsung di sini.

Pada ucapan perasmian yang lalu, Najib berkata Putrajaya mengiktiraf keperluan untuk kerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam meneruskan usaha-usaha anti-rasuah dalam negara.

Usaha membanteras rasuah salah satu keutamaan Najib dengan memasukkan ia sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), mengaktifkan agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan mahkamah anti-rasuah.

Tahun lalu, Malaysia mendapat tempat ke-60 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), penurunan sebanyak empat tempat dari tahun sebelumnya.

Ia menjaringkan 4.3 pada kajian tentang tahap persepsi rasuah sektor awam di kalangan 183 negara. Negara juga menduduki tempat ketiga di kalangan negara-negara Asean di belakang Singapura (9.3) dan Brunei (6.3).

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved