The Malaysian Insider :: Bahasa |
PAS Selangor dan Pahang sokong cadangan isytihar harta Posted: 11 Nov 2012 02:10 AM PST KUALA LUMPUR, Nov 11 â Cadangan Pemuda PAS supaya calon-calon mengisytihar aset mendapat sokongan pemimpin tertinggi daripada parti Islam tersebut di Selangor dan Pahang hari ini yang juga menyokong langkah tersebut serta bakal menambah tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno menjelang pilihan raya nanti. Parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tersebut dilihat mendahului dalam langkah pengisytiharan aset menjelang PRU yang pasti sengit kali ini dengan isu rasuah menjadi fokus utama untuk semua parti pada pilihan raya kali ini.
"Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. "Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen," kata pesuruhjaya PAS Pahang tersebut di dalam akhbar rasmi mereka Harakah hari ini. Selain itu, ketua PAS pusat Selangor, Dr Rani Osman juga turut sama melontar sokongan kepada cadangan pengisytiharan tersebut. "Calon PAS Selangor pada PRU Ke-13 nanti juga akan mengisytiharkan aset supaya rakyat dapat menilai dan melawan Umno," kata beliau. Pengumuman dari Pahang dan Selangor tersebut hadir selepas kenyataan daripada setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang memuji langkah yang dikemukakan Pemuda PAS sambil menyifatkannya sebagai sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawabab yang disyorkan Islam. "PAS telah lama amalkan perkara ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Ia adalah baik jika perkara ini dilaksanakan secara terbuka," kata Mustafa dalam Harakah semalam. Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang. Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut. "Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya Jumaat lalu. Cadangan itu antara langkah yang diambil oleh Pemuda PAS sebagai cabaran kepada parti politik lain walaupun sebelum ini dilihat golongan Islam radikal yang sering membantah kedatangan artis barat ke Malaysia. Dengan cadangan ini, Pemuda PAS akan menyertai rakan mereka dalam PR yang sudah pun mengambil langkah tersebut dan membuktikan mereka tidak bercakap kosong. Awal tahun ini, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli exconya telah mengisytiharkan aset mereka. Lim yang juga salah seorang setiausaha agung DAP turut menegaskan langkah tersebut merupakan antara salah satu daripada enam kunci "langkah ketelusan" yang beliau perkenalkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang sejajar dengan prinsip CAT (bersih, bertanggungjawab dan telus). Selain Pulau Pinang, kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran tan sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mengambil langkah sama apabila memaparkan aset mereka di dalam laman rasmi negeri pada Mac 2009 lalu. Isu rasuah menjadi isu yang sering dibangkitkan terutamanya oleh pihak Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) yang memberi peringatan kepada penjawat awam untuk mengekalkan ketelusan masing-masing ekoran kedudukan negara yang terjatuh dalam senarai negara rasuah antarabangsa. |
Polis beri jaminan siasat terperinci dakwaan wanita Indonesia dirogol anggotanya Posted: 10 Nov 2012 11:48 PM PST
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kerajaan Indonesia tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan menyiasat secara adil tanpa melindungi mana-mana pihak. "Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes itu dan siasatan dijalankan secara terperinci termasuk dalam semua aspek. "Jadi mereka (Indonesia) tidak perlu bimbang kerana siasatan dijalankan tanpa melindungi sesiapa walaupun yang ditahan itu anggota polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata tiga anggota polis dari Balai Perai itu kini direman sehingga 16 Nov ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. "Mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada pukul 7 petang iaitu selepas empat jam wanita warga Indonesia berkenaan membuat laporan polis pada Jumaat lepas. "Selepas selesai soal siasat berhubung kes berkenaan kita akan menghantar laporan itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," katanya. Dalam kejasian itu, seorang wanita warga Indonesia mendakwa terpaksa melayan nafsu tiga anggota polis yang menahannya di kawasan flat di Perai, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran awal pagi Khamis. Mangsa Siti Maemanah Kasman, 25,yang bekerja di sebuah kedai makan di sini mendakwa dia tertekan dengan kejadian terbabit dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap anggota polis berkenaan. â Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan