Ahad, 11 November 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Pemimpin-pemimpin politik jangan kiasu

Posted: 10 Nov 2012 03:43 PM PST

11 Nov — Tempoh empat tahun dalam dunia politik nampaknya begitu lama dan sesuatu yang cukup memeritkan.

Apa tidaknya, tidak pernah satu hari sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12, tidak kedengaran perbalahan politik antara dua pihak yang bertelagah.

Rakyat pula mengaru-garu kepala dan tertanya-tanya – apa sudah jadi dengan wakil rakyat yang dipilih mereka? Mengapa wakil-wakil rakyat yang dipilih ini boleh berkelakuan sedemikian? Apakah mereka sudah lupa bahawa kuasa dan jawatan yang disandangnya ketika ini hanya bersifat sementara?

Suara rakyat yang meminta wakil rakyat melihat ke hadapan tenggelam timbul dan bagaikan tidak diendahkan.

Paling mendukacitakan, perbalahan dan perang lidah antara pihak pemerintah dan pembangkang belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Sebaliknya, keadaan bertambah buruk. Di satu pihak, pelbagai isu dibangkitkan dengan harapan seteru mereka akan memberi maklum balas. Di satu pihak lagi pula, mereka hanya mampu bertahan dan menangkis tohmahan demi tohmahan.

Kedua-dua pihak seolah-olah tidak bersedia menerima kehadiran sesama mereka. Matlamat utama ialah kemenangan di satu pihak manakala kekalahan di pihak lawan.

Apa yang diamalkan itu adalah sesuatu yang lumrah dalam dunia politik. Isu kelangsungan adalah segala-galanya dalam dunia politik. Siapa lebih kuat, dialah yang berkuasa!

Namun demikian, perlukah mereka sampai ke tahap sedemikian?

Lihat sahajalah kepada tindak-tanduk Presiden Barack Obama dan pemimpin parti Republikan, Mitt Romney yang berentap dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

Mereka berdua cukup berlapang dada. Biarpun Romney tewas pada pilihan raya itu, beliau sempat mengajak kedua-dua pihak, Parti Demokrat dan Republikan untuk tidak berbalah sesama sendiri. Menurut Romney, Amerika kini berada di persimpangan dan sebarang perbalahan hanya akan merugikan kuasa besar dunia itu.

Malah, beliau turut mengajak semua pihak untuk bekerjasama bagi menunaikan mandat yang telah diberikan oleh pengundi. Obama dalam ucapan kemenangannya pula berjanji akan bekerjasama dengan Romney untuk memacu Amerika ke hadapan.

Kata-kata oleh Romney dan Obama itu cukup signifikan dan cukup bermakna. Mereka mempamerkan kematangan berpolitik tinggi yang wajar diteladani oleh semua pemimpin politik dunia.

Keghairahan untuk merebut jawatan paling berkuasa di dunia tidak sekalipun melekakan mereka untuk berperang antara satu sama lain. Romney dan Obama mengerti bahawa agenda yang lebih penting ialah negara. Sentimen partisan yang menebal diketepikan buat seketika.

Ketika kita ghairah bercakap mengenai pemimpin Amerika, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin politik di Malaysia? Bersediakah mereka untuk berubah dan menjadi teladan kepada pihak lain? Mahukah mereka terus menjadi bahan gurauan? Apa manfaatnya untuk terus bertelagah? Cukuplah…

Tiada gunanya jika pemimpin-pemimpin politik kita sering bercakap mengenai budaya politik baru namun tidak disusuli dengan tindakan konkrit. Elak menjadi pemimpin yang cakap tak serupa bikin dan kiasu.

Budaya politik baru menuntut kesungguhan seseorang pemimpin untuk berubah, berubah ke arah kebaikan dan menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Kepada pemimpin politik dari parti pemerintah dan pembangkang, ayuh ketepikan perbalahan dan bekerjasama demi kebaikan negara yang kita cintai ini.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Yuna dan para remaja zaman ini

Posted: 10 Nov 2012 03:27 PM PST

11 Nov — Lepak-lepak suatu waktu petang di sebuah persidangan kedai kopi kelmarin bersama kawan-kawan yang sefahaman, kami membincangkan tentang perkara-perkara santai tentang muzik, falsafah dan kejayaan para artis dan penyanyi kita yang berjaya dan kandas?

Mereka gah bercerita tentang kejayaan penyanyi singer-songwriter kita Yunalis Zarai (Yuna) yang berjaya menempa nama di persada antarabangsa.

Sepatutnya kita berbangga dengan kejayaan beliau. Bukan mudah untuk diterima di sana, saya faham sangat tentang itu.

Apabila mereka bertanya pendapat saya tentang Yuna. Yuna? Siapa Yuna?

Adakah lagu dan albumnya setanding album Joni Mitchell bertajuk "Ladies of the Canyon" tahun 1970 dulu?

Atau boleh dibandingkan dengan lagu-lagu dalam album Kate Bush 'The Kick Inside" (1978) dan beberapa album sewaktu awal kariernya dulu umpamanya ?

Atau sekurang-kurangnya dengan penyanyi folk popular Amerika, Tracey Chapman ?

Saya suka lagu "Morning Morgan Town" dan "Ladies of the Canyon" nyanyian Joni Mitchell' kerana lagu itu menyaman dan mampu buat saya berfikir sejenak tentang kehidupan yang biasa ini.

Juga lagu-lagu Bush seperti "Wuthering Height", "Breathing", "The Man With The Child in His Eyes" antaranya.

Dengan suaranya yang suprano dan muziknya yang berunsurkan pop alternative dan art rock juga lirik-liriknya yang penuh dengan mood-mood surreal yang bercerita, Kate berjaya di persada muzik dunia walau suaranya bukan dalam kategori yang mengkagumkan.

Berbalik kepada Yuna, pertama sekali apa ilmu atau mesej yang saya boleh dapat dari lagu-lagu dan lirik Yuna? Lagu-lagunya bercerita tentang apa?

Melodinya hanyalah sambungan dari formula melodi-melodi popular sejak zaman rock n roll Beatles dan yang sewaktu dengannya, tidak lebih dari itu.

Liriknya pula seperti lagunya "Apa Sebenarnya" atau lagu-lagu barunya tidak memberi apa-apa mesej bagi saya melainkan cerita budak sekolah yang penuh dengan angan-angan para remaja bercinta yang baru nak belajar makna hidup.

Jadi saya tidak mendapat apa-apa dari Yuna dan lagu-lagunya. Saya menilai penyanyi terutamanya perempuan bukanlah dari fesyen tudungnya, seluar jeans yang nampak rugged yang dibuat-buat atau apa saja yang melibatkan imej luaran.

Cuma saya akui antara ramai singer-songwriter yang hadir di persada indipenden mahupun mainstream, beliaulah yang paling menonjol, agak cerdik dan mudah diterima oleh masyarakat kita terutamanya orang Melayu warga kota sehinggalah nasibnya cerah diterima di peringkat antarabangsa.

Kita harus akui imej adalah sesuatu yang penting dan itulah antara perkara yang menaikkan nama Yuna juga Ana Raffali.

Yuna dengan tudungnya dan berseluar jeans sambil bergaya dengan jenama gitar tong yang berjenama 'Taylor" dengan kord-kord jazz yang pra-matang sewaktu di awal kemunculannya dulu.

Ana Raffali pula dengan imej baju kurungnya sambil bergaya dengan gitar tong yang berjenama 'Taylor" juga dengan melodi yang lepas tak lepas yang mudah dan lirik gaya anak-anak muda dengan bahasa pasar yang mudah juga.

Apabila orang Melayu melihat Yuna, Ana Raffali juga Mawi, mereka melihat imej yang dibawa itu sesuai dengan cara hidup, kebudayaan serta kepercayaan mereka.

Jadi selepas Yuna, lahirlah ramai klon-klon para remaja perempuan yang mengusung gitar tong yang sana-sini yang punya cita-cita untuk menjadi seperti Yuna.

Juga di antara semua penyanyi perempuan popular di negara kita ini, Yuna punya kelebihan antara yang lain.

Apabila kita memainkan lagu dan lirik yang kita cipta sendiri, itu adalah satu kelebihan berbanding penyanyi yang hanya mampu menyanyi mengkikut rentak melodi yang dicipta para komposer.

Muzik bukanlah hanya sekadar muzik. Sewaktu awal period, The Beatles meletup dengan lagu-lagu rock n roll dengan lirik-lirik ringan di zaman remaja mereka.

Sesuai dengan usia yang makin ke depan , period dan tahap matang, mereka mengubah dunia dan tahap fikir pendengar dengan lagu-lagu yang lebih matang dan bijak.

Kita boleh mendapat banyak mesej dan pengetahuan dalam album-album selepas zaman remaja dan rock n roll mereka seperti "Revolver", "Sgt Pepper Loneheart Club Band", "Abbey Road", "The White Album" juga album "Let it Be".

Proses memang perlu kerana itulah tujuan kita di sini. Kejayaan hanyalah sekadar musim yang datang dan akan lenyap bila sampai waktunya.

Jika kita berpengaruh dalam apa juga bidang yang kita ceburi, kita mampu melakukan perkara yang lebih bermakna dan mendidik masyarakat kita dengan lagu-lagu yang boleh menyentuh naluri mereka ke arah kehidupan, Tuhan juga manusia.

Tolong namakan saya seorang penyanyi perempuan singer-songwriter kita yang punya "attitude" dalam scene indipenden atau mainstream jika ada?

Lagu-lagu mereka hanyalah berkisar tentang mimpi para remaja dengan bahasa lirik pasar yang lemah dan pramatang.

Mereka juga tidak punya minat untuk mendalami ilmu bahasa dan sastera kerana peranan badan kesusasteraan kita seperti Dewan Bahasa dan Pustaka juga PENA juga GAPENA jelas gagal menarik minat anak-anak muda untuk ke sana dan memberikan sokongan kepada mereka.

Mereka hanya syok sendiri sambil menghabiskan geran yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan.

Pun seperti yang selalu saya persetujui, itu jugalah yang masyarakat dunia suka, segalanya yang berkisar tentang hal yang komersial dan ringan.

Saya tidaklah menafikan sangat arus konvensional dalam muzik dan ceritanya, cuma kita perlukan variasi juga dalam muzik dan budayanya, kerana hidup ini bukanlah hanya untuk bermimpi dan berangan sahaja.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved